Dating dan mimpi.
Assalamualaikum. walaupun line internet aku ini serupa mahu minta tapak kaki
aku saiz 9 serta modem begitu menyokong kelembapannya dan aku sekarang macam
nak campak ia ke dinding..
Rasanya sudah boleh cerita perihal hari semalam ya.
Semalam bagi aku hari yang indah. cukup indah. sebabnya aku dapat keluar dari
sarang. walaupun sarang aku juga tak kurang indahnya tetapi bagi aku bila dapat
keluar sekali sekala itu adalah satu nikmat yang indah. wow.
Lagi lagi indah bila ada manusia yang pick up aku dari sarang aku. itu lagi indah.
tak perlu aku susahkan diri menapak sendiri. itu zaman bila keluar bandar pergi
sendiri sendiri then jumpa sana itu zaman sekolah. sekarang maju. kawan mai ambil. hiks.
Biasanya lantak aku nak bangun jam berapa bila waktu cecuti ini. nikmat woi dapat
tidur lelama bila jadi burung hantu memalam. tapi bila terjadinya pakatan bersama supaya
date ini terlakar, aku terpaksa set alarm.
Sebab aku adalah salah seorang yang pantang bila dengar bunyi sesuatu sewaktu tidur.
aku set alarm then aku buat volume yang paling tinggi. bila aku rasa terganggu
jadi aku akan bingkas bangun. mudah.
Kau ingat mudah nak cetuskan detik-detik berharga sebegini? selalu merancang.
selalu tidak menjadi. dan itu memang sakit hati. dan hari ini terlakar.
Biasalah bila sudah set alarm. lagi boleh anjak kan masa, aku akan anjak kan.
dari jam 8:00 katanya nak bangun. tapi rasa malas. set jam 9:30 pula.
woi cepatnya masa berjalan. dalam masa sejam, aku boleh buat memacam scene
dalam mimpi aku. jadahnya.
Tepat jam 10:30. ini tak boleh jadi. aku capai handphone disebelah dan search nama
Farhan. then call bangla tersebut.
Tutt.. tuttt..
"Hello.."
"Woi hello. amacam hari ni? jadi kan?"
"Haa jadi jadi.."
"Nak keluar pukul berape wei? kau kat mana?"
"Aku sampai sana dalam pukul 1.."
"Ok nanti apa apa hal text aku tau.."
"Ok ok byebye muah muah i love you.."
Farhan memang suka gurau kasar bila dapat cakap dengan aku. nasib baik aku bukan
jenis yang kuat perasan. hahaha. kekadang berbulan-bulan lost contact, tetiba
call aku macam tak ada motif nak cakap benda. rindu aku lah tu. kahkahkah.
Baru jam 10:00. janji dalam jam 2:00 selepas Zohor. aku pun apa lagi menyambung
mimpi mimpi aku yang terbengkalai sebentar tadi.
Aku terjaga semula jam 12:30 tak silap aku. aku selalu dismiss breakfast. aku sedap
nasihat si Aizat jangan tinggal breakfast apa semua. at last, aku sendiri yang abaikan.
aku bila duduk rumah aku jadi pemalas. nak makan untuk isi perut aku pun, aku malas.
nampak tak tahap kemalasan aku itu melampau sangat?
Aku bangun gosok gigi basuh muka (hahaha tak mandi lagi sebab malas). buat nestum
mengadap tv. bosan aku dengan astro sebab asyik ulang cerita yang sama. nyampah aaa.
Jam 1:10. Sue text Farhan ambil dalam jam 2:00. aku pun macam gelabah nak siap bagai
apa semua mandi pun tak lagi. mandi capai baju seluar tudung. curikkkk eyeliner and
lipstik akak sikit then bedak bedak sikit.
Ok done!
Aku tengok jam 2:15. mana engkorang ni? aku punya gelabah sebab selalunya Farhan
sampai on the spot gila aaa. aku pun berdiri dengan grill slinding door main main kasut.
"Otw". Sue text aku.
2:30 kot Myvi putih muncul depan rumah aku. woi macam over excited sikit lah kan
dapat jumpa teman yang sudah berkurun bulan tak ketemu. sorang UUM, sorang UNITEN.
memang haku excited lah jumpa woi!
Then ambil Apih dekat rumah dia. jadi kiteorang berlima gerak pergi sekolah sekejap sebab
nak ambil Sijil SPM dengan Sijil LCCI Accounting yang sedang berhabuk dekat pejabat itu.
so far, sekolah tak banyak perubahan pun. memandangkan waktu kiteorang sampai,
dekat dewan bebudak SPM tengah jawab exam. tetiba teringat diri sendiri pernah
duduk jawab SPM dua tahun lepas. rindunya lahai.
Pergi pejabat ramai aaa jumpa bekas cikgu. yang terharunya cikgu ingat lagi muka muka
nakal ni. lepas dah settle semua hal fuh akhirnya dapat juga ambil Sijil SPM dengan
Sijil LCCI walaupun selalu tak ada masa.
Farhan tanya nak pergi mana. ECM je lah menariknya. lagipun aku macam excited nak
tengok perubahan baru dekat ECM. feeling feeling sebab lama tak jejak dunia luar katengko.
Farhan park kereta dekat atas sekali. macam pelik dulu bila park dekat atas masuk dekat
tempat lain then sekarang tempat lain. bila dah masuk, woi dekat mana ni?
Rupanya tempat parking yang dulunya dia dah buat tapak kedai kedai semua.
nokharom sungguh. punya lama tak pergi merewang. sampaikan mall dah lakukan satu
transformasi pun aku macam jakun semacam je. taik aaa.
Yang aku tak boleh blah sekali bila sistem foodcourt bapak lah menyusahkan diri
sendiri dan pening. masuk masuk foodcourt macam blur.
"Asal macam ni nya? kalau macam dulu kan senang. menyusahkan je kalau macam ni".
Beli kad dekat kaunter macam topup kot. ikut suka hati kau then pergi beli apa kau
nak makan dan minum then nanti dah siap pergi kaunter balik dia pulangkan baki
dari kad yang kita topup tadi. so complicated you know. benci haku.
Aku topup kad tu RM30. mahal gila bak hang makanan dekat situ. kau bayangkan,
nasi lemak biasa RM2.50 then kalau tambah ayam berempah jadi RM6.00. kambing betui.
Kiteorang macam nasi lemak biasa je senang cerita then order air semua. nasib baik
puas hati gak aaa makanan tu sedap gak aaa kalau tak aku nyesal woi.
Habis cerita pasal makan.
Pergi dekat GSC. memula nak tengok cerita Highland Tower. tapi kan..
movie ni macam lambat je nak start 6:45 nak dekat maghrib dah macam tak sesuai.
Then decide balik tengok cerita Thor The Dark World tu lah. 4:45 movie tu start.
merewang kejap then Farhan dengan Apih beli popcorn apa semua. masuk hall 1.
Apa aku nak cakap. movie Thor ni serius best woi! aku bagi 10/10. terbaik aaaaaaa!
walaupun cerita ni nampak macam serius bak hang, tapi dia ada selit sikit part lucu.
riuh gak aaa wayang dengan gelak. macam tengok cerita lawak pun ada. baru rare.
Wayang habis 6:50. gerak pergi solat asar then maghrib dulu sebelum nak pergi mana mana.
7:10. tunggu Farhan dengan Apih dalam 10 minit kot then tanya nak pergi mana.
"woi teluk cempedak jom woi". lagipun Sue nak pergi cari seluar dekat ekspo sana.
Dalam kereta borak-borak. aku seriau betui kalau naik dengan Farhan ni. bapak aaa
laju gila bak hang. aku selawat je bebanyak.
TC tak ramai orang sebab weekdays. cuba kalau weekends, parking full. aku kalau
pergi ekspo ni dapat telan air liur je lah tengok baju cantik cantik. tak sabar aku
nak kumpul duit yang abah kasi sepanjang aku duduk bercuti di rumah ini. yay.
Aku, Sue, Anum pakat beli jersi RM10. hahaha aku mampu beli jersi RM10 je lah pergi sana.
sabar Ain sabar ye.
8:45 gerak balik. abah hantar mesej aku dekat mana apa semua. hahaha risau sangat.
then lama kejap umi pula mesej tanya aku tak jumpa jalan balik ke. kahkahkah.
sebab aku ni terlalu jarang merewang memalam gini. kalau aku keluar pun kena
balik sebelum jam 10:00 malam. itu pun aku berani kalau keluar dengan Farhan je
sebab aku memang rapat dengan dia.
Jalan rumah aku dia hafal siap. sebab selalu datang pinjam novel. hiks.
Aku nak reply tapi no more credit. aku tunggu je umi call. on the way nak balik
Sue pula nak beli burger. lapar katanya aku pun macam terliur jugak wei. nafsu bin nafsu betui.
kalau umi start text aku tanya dekat mana, start tu hati aku tak tenang kalau tak reply.
Waktu ni tengah tunggu Farhan pergi beli burger. kata kejap je sebab stall tu
member dia punya. muka memasing macam kena sapu dengan minyak.
9:20. umi call.
"Eh awak dekat mana ni? tak ingat nak balik rumah ke? ke nak balik esok je?"
"Ye ye nak balik lah ni. beli burger kejap ye umi. ok ok bye.."
Umi kalau tak perli aku sedas dua tak sah. Farhan pula lamanya macam dia pula buat
burger. memandangkan rumah aku antara paling jauh sekali antara mereka, Farhan
hantar aku dulu. lagipun dia dah tahu. kalau umi aku dah tanya tu, memang kena
hantar aku dulu lah jawabnya.
9:30 sampai rumah. salam peluk cium Sue dengan Anum. bila lagi nak jumpa Sue entah.
terima kasih makcik comel belanja kita gelang. me love you so much.
The end untuk hari yang begitu indah ini walaupun waktunya suntuk amat. akan ku
titip ia dalam kotak kenangan kita.
Perihal mimpi.
Semalam aku ada dapat satu mimpi ini. mimpi menyusukan bayi. pergh dalam mimpi aku
tu macam aku excited gila aaa kan anak sapa entah aku susukan ni. tapi aku rasa
anak aku kot. hahaha k tak lawak.
Then aku bagitahu umi pasal mimpi aku tu. aku tanya apa tanda dia? umi buat macam
tak tahu je. aku pun try godek godek dalam google apa maksud mimpi aku tu.
Then i found this.
Tapi dalam mimpi aku tu aku tengah menyusukan bayi dalam keadaan duduk bersila.
ada juga aku baca bila mimpi menyusukan bayi ni saka nak dekat lah jin lah apa lah.
serius aku seriau jugak lah sebab waktu aku search tu tengah malam.
Tapi yang jenis saka jin apa semua tu kalau kita mimpi susukan bayi banyak kali dah.
aku baru sekali dan serius takut juga aku. aku harap tu cuma mimpi.
Assalamualaikum.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment