Safari Park.
Assalamualaikum. pertama sekali aku nak tepuk tangan untuk diri sendiri sebab berjaya
tamatkan semester ketiga dengan jayanya. Ya Allah! cepat betul masa berlalu.
Apa yang boleh aku cakap. semester ketiga ini bagi aku zaman bermasalah.
syaitonnirrojim berjimba sana sini. but alhamdulillah, aku diberi peluang untuk diuji.
Perihal paper final. aku mahu cakap paper Financial Accounting 2 saja yang aku boleh
tersenyum lebar walaupun study last minute. paper Company Law aku gelak tengok
soalan dan aku goreng sesedap rasa walaupun kena berfakta tapi encik Aziz cakap
asalkan berkait. paper Costing pula pergh pergh malas aku nak cakap. titik.
Ok habis pasal mukadimah.
Bersempena cuti semester selama sebulan ini yang aku kira aku bakalan bosan cuma
besarkan badan dirumah. pergh aku sudah terbayang saat-saat getir itu.
Hari ini. hm maksud aku petang semalam. aku dan family ke Safari Park Bukit Gambang.
walaupun dalam 45 minit aje dari rumah. tapi ini baru pertama kali jejak. sebab itu
feeling excited lebih. kambing.
Bertolak dari rumah jam enam petang. kata nak keluar jam lima petang. aku faham
janji melayu. semua family aku orang melayu. kah kah kah hambar.
Baru hari ini aku keluar dari kepompom. itu pun atas cadangan aku juga dan umi sambut
dengan kata setuju. mendap aku selama ini tahu. bila dekat rumah sewa, hidup aku
cuma di Poli dan rumah. itu saja. aku tak ada masa nak merewang. masa begitu limit.
Bila di rumah sendiri pula, kehidupan aku hanya di rumah. juga tak merewang. bukan
tak boleh. cuma diri aku yang lebih selesa di rumah. seronok pun seronok. tapi bila
setiap hari buat benda yang sama mendap juga. jadi aku suggest parent aku untuk
spent time bersama.
Bagi aku umi sangat cantik sekali. abah pula bagi aku begitu handsome. aku lebih rapat
dengan abah sebenarnya. pendek kata, walaupun umur aku ini sudah boleh berlaki katakau.
abah peluk selamba aku bila bergurau apa semua. aku pula naik segan.
aku comel comel aje dengan abah. part paling aku suka bila abah panggil aku, Ain.
kedengarannya begitu lembut sekali.
Umi pula rapat dengan akak aku sorang itu. umi sebagai orang perantaraan kalau aku nak
minta beli apa-apa dari abah. aku ikut baka abah. tinggi macam tiang lampu bergerak.
Jadi untuk masa spent time bersama ini. kami decide nak pergi Safari Park. memang
tempat keluarga sangat. hahaha.
Yang tengah itu banglasia mana entah umi kutip. hahaha jahat gila aku kakak kepada
seorang adik lelaki. memang tak ikut mana-mana muka kakak dia. gelapnya awak adik
mengalahkan buruh kasar. eh.
Actually untuk kedua kalinya aku keluar berserta lipstik dengan eyeliner. geram juga
aku tengok akak setiap kali keluar nak bermekap. lipstik itu aku sengaja nak test.
eyeliner akak yang cadang suruh aku pakai. ini orang cakap keinginan bila dah besar.
Aku ingat lagi. dulu waktu zaman badan tengah tak membesar lagi memasing. selalu
bergaduh duduk belakang sebab tak selesa. sepanjang jalan asyik bergaduh.
abah pun naik tension aku tengok. kereta Gen-2 limit tempat duduk belakang tiga orang
tapi still rasa tak boleh bergerak. aku bersyukur gila adik-beradik aku tiga orang cuma.
Tapi sejak sudah masing-masing makin membesar ini, adik jarang join pergi mana-mana.
aku dan akak duduk seat belakang like a boss. tempat adik di tengah letak handbag.
baru selesa.
Dan bila adik join sekali ikut pergi Safari Park ini, mula sempit kembali. kaki semua panjang.
dan sekarang tiada lagi pergaduhan berlaku. sudah besar semua kan.
Semua ikut baka abah. tiang lampu kaki panjang.
Sampai dekat Safari Park area nak dekat maghrib sudah. whoah gila yang datang
dengan family. ada juga budak sekolah yang tengah buat kem dekat situ.
Umi, abah, adik lepak dekat Park Entrance. aku dengan akak pergi bayar tiket dia dekat
kaunter.
Terkejut beruk juga lah aku memula bila survey tiket dia by google. sebelum masuk mesti
terfikir berbaloi ke dengan tiket dia ini. tapi bila dah masuk. teruja pun ada.
pembinaan dia cantik subhanaallah. memang berbaloi lah kalau bayar tiket mahal bak hang.
Aku satu family lima orang. so total up RM140. actually nak Wild Savannah plus Night Jungle.
tapi Wild Savannah cuma jam dua hingga lima petang aje pun. Wild Savannah best aaaa.
boleh tengok binatang liar dari jarak dekat.
Lepas bayar tiket semua. pakai gelang dia then check bag boleh masuk. makan masa dalam
10 minit untuk sampai ke Simba Hill Plaza. di sini boleh beli souvenirs. aku suka konsep dekat
Simba Hill ini. konsep kayu. memang cantik. souvenirs pun harganya cantik juga.
terkejut aku lagi sekali bila beli tiga air tin RM8.30. pergh patut orang cakap dekat sini
mahal sangat dan sangat.
Lepas dah puas survey dekat Simba Hill Gift Shop. naik eskelator whoah terpegun dapat
tengok White Lion dari jarak tak sampai sebatu. hahaha tapi dalam kaca lah. pergh
tempat kau tak menahan. tersergam indah. agam bak hang kau laki bini duduk dalam ini ya.
Ada White Lion jantan dengan betina. the best part bila dapat tengok White Lion ini
mengawan. kah kah kah. memang tak boleh blah. free show. semua yang tengok
dari arah kaca itu macam buat buat pandang tempat lain. tak senonoh betui hang dua ekor.
Then dah puas tengok White Lion mengawan katakau hahaha. pergi Night Jungle pula.
tempat haiwan-haiwan dekat sini mewah gila woi. sekor-sekor tempat tinggal cantik gila.
aku teruja lebih macam nak duduk situ sekali. binatang selama ini aku tak kenal pun aku
baru kenal sekarang.
'No flash photographer'. teterang dah tepek dekat setiap tempat binatang itu tapi still
lagi ada yang gunakan flash. bangang apa. aku pula bengang. tapi majoriti aku
tengok cina yang buat macam itu. aku bukan racist tau. cuma geram.
Then aku, umi, akak tunggu dekat Night Jungle sementara tunggu abah dengan adik
pergi solat. elok pula kami bertiga bercuti bersama. seperti berjanji kan. kah kah kah.
Dalam setengah jam tunggu. lamanya dorang! aku dah tak sabar nak tengok show dekat
Foreign Village. dekat setengah jam gak aaa last-last abah kata abah pergi solat dekat
Simba Hill yang masa memula masuk tu. jauh bapak aaa.
8:10 PM
Then gerak ke Foreign Village menuju ke Village Arena tengok Tarzan Show.
serius talk macam betul woi. kelakar dan sound effect nya sangat membantu show tu.
bom dan peluru aku syak betul kot dorang guna yang the real one. sibuk dok gelak gelak
fokus tengok tetiba bunyi bom dan bom itu memang bom yang betul.
senak gegendang telinga gua. but the best ever lah!
Tarzan Show dalam setengah jam. tapi jalan cerita dia macam sejam setengah.
overall. best bak hang hak hak tuihh. sound effect terbaikkkk dari kandang babi!
8:30 PM
Keluar dari Village Arena tengok Firehunter punya show pula. terasa diri ini di Africa
pun ado. gempak habis.
Amboi abang bercawat. saya syak abang handsome lah. hahaha pergh minum minyak gas
berteguk-teguk. terbaik aaaa! walaupun gelap dan kering, tapi semua melayu.
mana tak hitam kalau tiap-tiap hari sembur main api aje kerjanya.
Ada yang beregu buat formasi. whoah cantik gila babi step dorang. ha bila aku tekankan
binatang haram itu disini maknanya memang serius lah kenyataan aku ini. tak tipu.
sungguh kabo.
9:00 PM
Firehunter Show tamat. gerak ke Petty Kingdom. Malayan Village just rumah kampung
biasa. nak masuk macam ramai je. Petty Kingdom ini macam haiwan biasa je kot
ada arnab gergasi, ular, kucing apa entah. banyak lagi lah menatangnya.
10:10 PM
Gerak balik.
Aku syak senyum aku statik je setiap sudut. hahaha.
Aku ingat lagi. waktu aku buat report polis sebab hilang laptop tahun lepas,
ada sorang Inspektor ni Inspektor Rizal kot kalau tak silap. aku banyak berhubung
dengan dia lah bagi penerangan apa semua sampai masa kasi penerangan pun aku
asyik senyum then gelak aje kerjanya padahal sebelum tu menangis bagai nak rak.
Aku ingat lagi Inspektor tu cakap waktu hantar aku balik rumah sewa,
"Ain ambil course apa"
"Haa accountancy encik.."
"Ain ni nanti sesuai kerja bank. duduk depan senyum..". sambil cakap dengan
member dia sebelah.
Aku gelak dekat belakang.
Sekali lagi aku di sebelah banglasia. aku ingat aku lagi tinggi. rupanya awak lagi tinggi dik.
nyah kau dari sini!
Bahagia betul aku tengok potret ini. apa yang aku kagum dengan umi. baju kurung
tetap tersarung di badan walau kemana saja. walaupun di paksa oleh anaknya supaya
pakai shawl lah apa lah, umi tetap simple umi. itu yang buat aku kekaguman. aum.
Tamat cerita. Assalamualaikum.
Selamat datang practical dan angka 20! come to mummy. akhirnya aku besar pun!
Nota kaki: tiba-tiba aku rindu seorang insan yang aku tak pernah jumpa dan tak akan
pernah jumpa hingga ke akhir hayat aku. hanya gambar yang menghubungkan kami.
arwah abang, Anas Fikri. Al-Fatihah.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment