Surat layang dari Sintok.



Assalamualaikum. untuk sekian kalinya aku dapat surat layang dari utara dan aku kurang
pasti siapa pengirimnya. jarang aku peroleh surat sebegini manis gulanya bagi aku.


Untuk si pengirim kad ini dari Sintok terus ke Kuantan, aku mahu kata sepatah dua
kata untuk dirimu nun jauh di utagha sana.

"I love you so much too empunya diri.."

Aku hargai segala penat lelahmu poslaju kan surat ini semata-mata untuk menyatakan
perasaanmu itu. kau tahu aku menyampah? kau tahu tidak tertampung rinduku ini padamu?
pergh. kau buat aku cemburu mendengar berita kebahagiaanmu disana.

Kalau kau ada depan aku sekarang. ada juga aku back-hand sedas dua. baru puas aku.

Aku juga menghargai keprihatinanmu tentang nama penuhku itu. walaupun panjang berjela
tetapi tiada langsung typo dikenalpasti. tahniah. juga alamat diisi dengan penuh tatatertib.
tahniah dariku sekali lagi.

Rindu. mohon sabar bersama-sama aku ya.

Walaupun aku kurang pasti siapa pengirimnya. semoga kau baik-baik saja disana ya.
satu benda aku mahu pesan. lain kali kalau nak pos lagi, jangan lah pos surat dah ya.
old school sangat. kalau nak pos, pos kan aku seguni padi. baru berbaloi posmen
hantar something dari jauh.

Aku nak kau tahu sang pengirim. bahawa aku nak kau rasa aku begitu hargai sekeping
surat layang ini. teruja aku serupa dapat surat cinta lagaknya.

Walaupun nipisnya setebal satu inci. kandungannya memberi seribu satu makna dalam
hari aku. manis bak buluh perinduinya pun.

Penutup kata: terima kasih sang pengirim yang manis. aku rindu. tapi entah kau siapa ya?




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)