Se-malam bersama bey-ef-ef.
Assalamualaikum.
Semalam jumpa bey-ef-ef konon hahaha. bukan senang nak berkumpul macam ni.
kekadang rancang bagai nak rak mati, at last tak jadi gak. lepas tu ada lah yang
frust sampai menonggeng seluar koyak. ehhh?
Jadi. kami decide nak keluar 080214 thats mean hari sabtu. sebenarnya dah rancang
nak keluar dua hari sebelum dah tapi sorang sorang memacam hal ada. nasib baik
jadi gak sudahnya. kalau tak, aku sula sorang sorang hahaha beraninya engko kahkah.
Kalau nak rancang, mesti semua tengah cuti. sorang dekat UUM, sorang dekat UNITEN,
sorang dekat Poli. aku tengah praktikal. huahuahua. so nasib baik semua tengah
cuti sem.
So decide nak keluar malam. aku kalau bab keluar malam ni, tak berkenan sangat. sebab
siang ada yang kerja balik jam tujuh gitu. aku tak berkenan sebab umi tak berkenan
aku merambu memalam. aku memang jarang keluar malam unless dengan family sendiri
or dengan dorang di atas. selain daripada insan-insan tersebut memang tak pernah.
Bila dah jarang keluar malam ni dan bila saat kawan engko ajak keluar malam sebab
siang memasing ada hal sendiri, tak ke rasa awkward gila? bukan berdua lain jantina.
tapi berlima. tapi orang tahu ke kita ada berapa orang? jiran kalau nampak tak ke gosip.
tak ke jadi bahan umpatan.
Aku habis pujuk umi. setelah sekian lama tak keluar malam dengan dorang since
bulan apa entah tahun lepas. seperti biasa, part aku mesti ada limit kena balik pukul
berapa. yang aku paling menyampah bila keluar waktu malam ni, masa mesti tak cukup.
kalau siang tu tak apa. keluar lepas zohor, sebelum maghrib engko balik lah. rasa lah
jugak lelepak tu.
Insan di atas semua tahu sampai part aku,
"Ain mesti kena balik pukul 10 ni. tahu sangat mak Ain."
Umi tak kongkong. aku faham. tapi mulut jiran woi. jiran mana tahu engko keluar berapa
orang dengan siapa kan. kalau siang tu umi kata keluar lah nak balik pukul berapa pun
asalkan sebelum maghrib dan pandai jaga diri.
Jadi. pada malam itu apabila berjaya memujuk umi, umi kasi lah keluar dengan tiket
'jangan balik lewat'. aku pun ok kan saja. umi dah bagi keluar pun kira bersyukur sangat.
Farhan datang ambil jam 8:45. sebelum tu dia pergi ambil Sue dengan Anum. marah betul
aku kalau bab menunggu ni. rumah aku tak ada lah jauh mana dari rumah dorang.
Farhan tu dah lah bawa macam pelesit hahaha still lambat? aku dah tercangok depan
pintu pagar jam 8:20 dah. semangat tak semangat aku.
Bila dah ambil tu masuk kereta semua macam,
"Ain kena balik pukul berapa ni? sebelum pukul 10 ke"- Sue feat Farhan
"Tak pa kot 10 lebih lebih sikit. keluar lambat kan ni. engko lah ni punya pasal farhan".
"Bagus mak Ain. jaga kualiti anak dara dia.."- Farhan
Aku senyum je. macam biasa, kalau bab keluar malam sebab aku lah kena balik awal.
Then ambil kerry lagi sekian hal. lepastu farhan sibuk nak pergi jumpa kawan dia
dekat masjid UIA apa lah. tak ada masa lain ke nak jumpa. borak lagi hoi betul.
so kiteorang berempat tunggu je dalam kereta. dia bagi barang apa entah.
sempat lagi nak kenengkan aku dengan kawan dia yang dekat matrik dulu. taik betul.
suka cantas mood aku tau.
Teringat pula aku. Enam tahun lepas Farhan gak yang kenengkan aku dengan Shahrul.
then melekat. sampai sekarang aku tunggu. mohon Farhan kali ni tak serious.
tak ingin aku.
9:30 baru gerak pergi TC. geram mak noks! dah lah limit dalam 10 lebih kena pulang sudah.
jem lagi maroh betul rasa. sampai TC, terus menapak ke Mc Donald. semua macam
kebulur macam lama tak jumpa MC'D hahaha.
Ada event apa entah dekat TC. ramai gila orang. makan sambil tengok bola. lawan
apa entah. aku tak ambil port sangat. Farhan dengan semangatnya tengok. aku tengok
ramai gak tengok so bila kiteorang snap gambar pun dorang bukan sedar. h-ha-ha.
Sempat je aku terjumpa saghah dekat toilet TC. dah lah seminggu tak jumpa housemate
aku tu since seminggu aku dok ulang alik dari rumah je. tetiba jumpa dekat luar.
kelakau lak den raso.
Lepas makan tu. biasa lah remaja kan. tak nama remaja lah kalau tak abadikan setiap
memori keluar bersama dalam gambar hak hakkk tuihhh betul.
Kekadang Farhan nak gak merasa sweet sweet dengan aku hahaha. aku kenal Farhan
ni since darjah enam lagi. tapi mula rapat waktu tingkatan dua. macam kacip forever lah.
Aku kenal si Sue comel ni since darjah enam gak. tapi mula rapat since tingkatan tiga.
I love you to the moon and back darling. emmuah.
Thanks for the last night. last but not least.
Love chuoulsss!
Assalamualaikum.
4 orang manusia cantik:
Bestnyaaaaaaaaaaaa hihi
Hahah yesssss! mmg syok :)
org kuantan ke ? hehehe ;)
Hahah yup! org kuantan :)
Post a Comment