Kem Bersepadu Di Gunung Senyum ;)




BERTEMPAT DI GUNUNG SENYUM , TEMERLOH PAHANG
22-24 APRIL 2011 . 3HARI 2MALAM 
















































Okay dah puas tengok gambar? Aku nak bercerita pulak nie . Padahal berlambak-bak lagi
gambar tapi aku malas nak upload kfine haha . Hello readerssss! I'm back . Woi sumpah minggu
nie aku ber-camping gila sakan doo . Kau bayangkan Isnin sampai khamis aku kem dekat Kuala Lipis
lepastu tak dan aku nak tegangkan badan aku yang sakit-sakit nie sebab kena regging 
dekat kem haritu terus hari Jumaat petang fly pulak ke Gunung Senyum , Temerloh .
Haha umi aku cakap pun tak pernah dibuat orang pergi kem berturut-turut cemni . Haih okay kali nie 
terpaksa doo . 

Petang Jumaat tu aku bertolak ke sekolah dengan dihantar oleh Cik Lia selaku jiran aku
yang paling baik dalam bab-bab penghantaran nie . Sebab umi cakap abah tak dan nak
hantar aku dekat sekolah lepas solat Jumaat tu . So aku terpaksa jugak lah mengagahkan diri
kemas barang-barang sikit then iron baju full dress krs tu even badan aku kaki aku still
rasa sakit yang tak terhingga . Mas cakap pukul 2.30petang tu kena ade dekat sekolah dah 
so aku mintak Cik Lia hantar aku pukul 2.15petang . Aku takut terlewat weh dah lah aku taktahu
pahape nie senarai barang yang perlu dibawak pun aku taktahu tuptup pergi je . Kfine .
Sampai sekolah Cik Lia hantar dekat luar je . So aku dengan berat hatinya terpaksa mengusung
beg-beg yang aku bawak tu sendiri . *Cett orang lain pun bawak sendiri-sendiri jugak choi .
Whoaaaaa masok pintu pagar sekolah tu tengok ramai dah sampai sambil tersenyum riang
gembira nak pergi ke Gunung Senyum tu memandangkan selepas 4tahun baru pihak sekolah
buat kem luar dari kawasan kuantan . Sape tak seronok bagai kan? Aku pun tak terlepas merasai
keseronokan diorang tu . Tapi seronok gembira suka aku tu sebelum pergi kem dekat Lipis tu .
Minggu lepas . Tapi petang tu aku langsung tak ceria tak gembira tak seronok tak happy 
macam diorang-diorang . Aku nak happy-happy-happy macamane doo badan aku pun tak habes lagi
penat tahu dah kena pergi kem lain . Kalau ade yang perasan aku senyap sikit masa hari nak
bertolak tu . Nak rasa ceria pun tak ter-ceria aku tau . Dah lah muka legam haha maluuuu gila weh .
Ada jugak yang cakap hari Jumaat tu aku tak pergi sekolah then pergi kem bersepadu nie pulak .
Choi ah korang nie . Ingat aku nie robot ke hah? Balek kem lepastu pergi kem semula . Dah tu
kalau aku pergi sekolah hari Jumaat tu bila pulak aku nak kemas barang nak pergi kem dekat
Gunung Senyum tu? Cakap ikut sedap mulut memang cemni . Tak rasa dekat tempat aku memang
cakap macam tahik . Kalau kem nie dia tak buat dekat Gunung Senyum Kalau aku tak bayar
lagi duit nak pergi kem nie Kalau tahun nie bukan tahun last aku . sumpah aku tak pergi lepas
balik dari kem dekat Lipis tu . Sebab aku teringin sangat nak pergi Gunung Senyum tu . 
Sebelum nie aku berpeluang usha dekat google je hoi . Nak rasa jugak bila ade dekat gunung .

Kami bertolak dari sekolah dalam pukul 3 something cemtu lah then sampai area pukul 
6petang . Sampai je dekat Gunung Senyum tu terus berkumpul di tempat berhimpun tu .
Weh kagun gila ah , cantek doo Gunung Senyum nie! Dengar taklimat dari kemkom tentang
tempat tu then bersurai kejap pergi solat asar . Hoi surau dekat situ memang BESARRR GILA DOO!
Sampai tak muat orang nak masok . Uish sangat besarrrrrr! Amek air sembahyang pun terpaksa
berhimpit-himpit . Choi betol lah! Lepas dah habes solat tu masok dorm haha aku ingat bila
dorm tu ade katil lah hape lah tapi just papan je tinggi jugak lah . Setiap unit uniform dikasi
kawasan tempat yang seluas mungkin . Cukup lah tu untuk 3hari 2malam . Then lepas siap letak
barang-barang tu terus bersihkan diri nak bersolat pulak . Aku tak mandi pun alah baru je lagi .
Peluh pun tak melekat lagi hah buat hape nak mandi . Dah lah ramai gila kena tunggu turn .
Aktiviti malam? Hemm just dengar ceramah jelah lepas solat dengan baca yassin tu haaa . Lepastu
pukul 11malam semua kena tidooo dooo doo . Tak buleh tido pun terpaksa dan dipaksa untuk
meniduri diri . Urusetia yang dianggotai oleh akak-akak form five tahun lepas suroh dan paksa
kami tido . Buat bising je errghhhh! Tido ramai-ramai macam mangsa banjir pulak rasanya haha .
Tapi adat lah kan kalau ber-kem . Tido pulak kena ber-statik gila . Kena straight baring tak buleh
ah nak meniarap ke menyerong ke . Okayy sabar jelah! Yang tak puas hatinya bila ade sorang 
budak dari unit tetttt nie kejut kami pukul 3.30PAGI! Katanya cuma nak mengejutkan ahli unitnya
saje tapi terbuat bising pulak ye dik? Hah masa tu tengah syok-syok mimpi terus terbangun 
lepas dah bangun tu nak paksa tido semula pun tak buleh dah so terus pergi mandiiiiiiiiii .
Okay kali nie first time aku pergi kem siap mandi lagi . Biasanya pergi kem 4hari , 4hari jugak lah
aku busukkan diri . Tuan aku cakap masa dekat kem Lipis tu mandi angka ke 200 doo . ke 200!
So kalau pergi kem tak payah nak pikir sangat nak mandi-mandi okay sebab mendalah tu tak wajib
pun kalau kita tak kotor bila nak solat . *Okay aku sedang merapuuuuu! ;)

Pagi sabtu tu lepas solat subuh dan sarapan kiteorang ada senaman pagi . Yeah! lepas senaman tu
kami dipecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan satu Kadet Bomba , Kadet Remaja Sekolah ,
Pandu Puteri dan JPA3 . Kumpulan dua pulak Kadet Polis , PBSM , Puteri Islam dan Pengakap .
So group one bergerak mendaki ke Gunung Senyum dulu . Hooyeah suka lah doo dapat daki
Gunung pagi-pagi sebab kalau petang mesti panas punya kan . Dan group two ade aktiviti
dengan pegawai bomba kalau tak silap REPAIRLING haha aku taktahu eja dia macamane nie .
Kami jelajah 5 gua sahaja . Tapi dalam tu ada 100 lebih kot gua tapi kalau nak masok semua 
insyaAllah 3hari 2malam tak habes-habes . Kami just sempat menjelajah GUA KOLAM 7 ,
GUA TAMAN SATU , GUA MAKAM TOK LONG . GUA TERANG BULAN dan GUA SILAT . First time
masok gua nie . Haih haruslah teruja kan . Gunung Senyum nie ade sejarah dia . Pencerita tu
cerita dekat kami macam-macam ah . Dari gua ke gua dia cerita . Aku suka bila dengar cerita! yay
Menarik sejarah dia Loikeeeee muah! Tiga jam kot kami dalam gua ke gua tu . Penat tak
terkata doo . Then rehat solat kalau nak mandi ah kejap sambung aktivit petang dengan 
aktiviti REPAIRLING pehhhh mantap ah! Best gila-gila . First memang rasa takut kalau belum cuba .
Kalau dah cuba terus rasa nak cuba sekali lagi . Repairling nie macam Wall Climbing jugak ah .
Tapi wall climbing naik atas turun ke bawah tapi Repairling nie dari atas turun ke bawah guna
tali yang disediakan tu . Memang syiok habes . Wakluuuuuuu! Tambah lagi pakcik-pakcik
bomba yang baik hati gila lah tapi diorang tegas sebab nie kan melibatkan nyawa . Kalau lemah
lembut sangat sape nak dengar kan . Okay first time aku naik tu bergetar lutut doo tengok bawak
fiuuu fiuuu je takut nyawa melayang . Tapi alhamdulillah aku dapat buat dengan jayanya haha .


Okay nie slot malam pulak haha seperti tahun-tahun lepas jugak malam ahad ialah malam
kebudayaan iaitu malam untuk buat persembahan lah . Setiap unit uniform perlu amek bahagian .
Krs buat last minit gila kot tapi aku berpuas hati sebab dorang serius and over all best ah
even tak menang haha kadet polis meleret sangat ishhh! Okay aku perasan sesuatu malam tu
tapi aku buat bodoo je sebab tahu tempat tu tempat keras dan bukan kami je disitu tapi ade
makhluk lain jugak so kesimpulannya jangan tegur . Malam tu lepas habes persembahan semua
tu tidooooo terus ah! Badan penat nie tak dipaksa pun relakan je paksa kot . Then tepat
pukul 2.55pagi kalau tak silap aku kami dikejutkan secara betol-betol mengejut! Dan bila dengar
suara tu memang secara automatik terkejut lah aku! Bangun angkat kepala pehhh kejang sekejap .
Rupa-rupanya kena denda ber-night walk pada malam tu . Aku ingat dah pagi , terbawak
kain sembahyang doo naseb baek dalam dorm lagi haih maluuuuu! Denda sebab budk laki dorang
mandi dalam kolah mandi tempat yang sepatutnya berkongsi tapi dorang berendam dan 
budak laki bising malam tu . Pehhh kena jalan sambil pegang baju budak depan . Aku depan bagi
budak perempuan . jalan macam jauh je kan tuptup area situ je . Okay sorang-sorang kena
tarik dekat satu pokok ke satu pokok . Belakang aku Nana haih dia terlepas dah pegang baju
aku . Then tiba-tiba kena tarik dengan abang izat . Dia bawak pergi bawah pokok . Okay aku
tak puas hati nie . Dia pegang lengan aku punya lah kuat okay aku pakai lengan pendek malam
tu sebab tak dan capai sweater mahupun inner jadi terasa sangat lah . First time kena pegang
dengan budak laki . Sentap jugak masa kena tarik tuuu! Dan-dan tepuk bahu aku haha choii .
Haih sebelum nie tak pernah pun rasa dipegang atau terpegang dengan budak lelaki tapi okay
lah memang tugas dia kena buat cemtu kan . Sorry nadhirah! chillax ;) Aku dah lah dudok tempat
yang ada semut api doo dudok pulak tempat macam nak condong mulut terkumat-kamit baca
ayat kursi lagi . Satu tangan garu-garu peha haha . Lepas setengah jam kot baru cikgu kutip
kami balik berkumpul dekat tempat berhimpun tu haaaa . Semua cuak bila ada sorang budak
perempuan krs dan sorang budak laki pengakap hilang! Yesssssss semua tu hanya lakonan jeee .
Alah buat penat je buat muka cuak . Glamorous kejap dhira haha . Sampai ke pagi lepas tu
siap-siap untuk solat nak tido pun dah tak dan woi .

Then pagi ahad tu just berkemas untuk persiapan majlis penutupan dan balik! Hooyeh semua
tak sabar nak balik sebab nak tidoooo dalam bas . Masok dalam bas semua terlelap dan 
aku pun turut terlelap . -The End-


Berjela aku cerita kan? Rinduuuu serindu-rindunya dekat blog i yang comel tiptop nie hah .
Eh eh aku ter-minat dekat sorang budak nie  weh . Okay aku minat je . MINAT je okay! Aku minat 
cara dia bercakap cara pemakaian dia . Aku memang senang nak minat orang tapi susah
gila nak sayang orang haha ntah aku ter-minat dekat dia! Sorry weh! Suka cara dia
berkomunikasi ataupun bercakap dengan aku . Sukaaaa sangat!




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)