Alhamdulillah ;)



Okay sebelum aku cerita pasal perjalanan exam aku hari nie. Aku berbesar hati nak bagitawu
yang yang SEJARAH SAYA LULUS DENGAN JAYANYA! Semalam baru aku jawab kertas tu
then then harinie dah dapat. Alooo cikgu dah tkde esok, maknanya memang kena tanda awal lee kan.
Tak payah lah aku cakap markah aku tu berapa. Tapi aku happy doo. Bia lah kan. Aku happy sebab exam
first haritu aku failed. Sedeh tawu. Mana tak sedeh, sejarah tuuuuu. Tapi exam kali nie aku LULUS! yayy.
Semalam aku banyak tibai je. Sukati aku je nak letak jawapan apa pun. Then cikgu perli aku tak baca buku
haih rasa kecewa sikit kot. Tapi saya tak amik hati punnn cikgu. Ala cikgu memang suka bergurau kan.
Aku jeles aku jeles budak tu dapat A tawu. Haish. Rugi betul tak tiru dia semalam. Haha. Tapi aku tetap
bersyukur dengan result yang aku dapat tadi tu sebab aku buat sendirian berhad doo. Gua tak main ah
tiru-tiru copy-copy nie bro. Gua tak perlu bantuan orang lain lah. 


Berbalik kepada exam dikelasku hari nie. Seperti sedia maklum, exam aku hari nie EKONOMI ASAS K1
dan ADDITIONAL MATHEMATICS PAPER TWO kot. Budak ERT pun ada exam jugak harinie tapi
dorang start lepas rehat. Budak EA start pukul 8. So dorang ada masa lee nak study Addmaths dulu.
Kami budak EA whoaaa siap set tempat lagi nak dudok sebelah menyebelah budak bijak EA nie. Cettt!
Budak EA dudok bahagian depan, Budak ERT dudok bahagian belakang. Ya Allah baik betul budak-budak
ERT nie, time kiteorang exam dorang tak bising langsung kot. Iyelah, semua perempuan je kan.
So aku jawab ikut pengetahuan yang aku belaja sebelum-sebelum nie lah. Okay semalam dan pagi tadi
aku tak study punnn. Sumpah cakap. Bukak buku macam tu je. Pagi tadi ingat nak bangun pukul 3 jugak
tapi tapi macam haremmm je bila terlajak perahu sampai pukul 5.30 tawu. Haih. Bila jawab paper EA 
tadi banyak yang form4 punya. Aku terer sikit yang form4 punya nie. # Haha konon lah ken.
Alhamdulillah gua buleh jawab semuanya. Yeah! Semuanya. Sukanya bila dia ceriaaaaa. Hahaha.
Yang form5 punya berapa kerat je kot. Naseb baik aku tak ngafal yang form5 punya tawu.
Tapi aku tak ketinggalan jugak nie main check-check jawapan dengan member sebelah. Alaa apa salahnya.
Dah siap what, nak check je sama ke tak. Buleh kan buleh kan? Time tu pulak time teacher.
Memang teacher tak peduli sangat lah. Dudok dekat meja buat keje. Hemm, sebelah kiri aku Apih.
Sebelah kanan aku Sue. Apih tanya saje aku jawapan. Haih. Depan dia Aliff. Nie lagi seko, suka menanya
jugak nie. Masa jawab Ekonomi memang kena guna calculator so kami menggunakannya dengan
semaksimum yang mungkin. Untuk mengelakkan suara kami didengari oleh cikgu, so kami gunakan
perkhidmatan calculator. Tanya soalan numbor berapa dan jawapannya guna calculator je. senang kan
Alahai, senang betul hidup macamtu ek. Sekali sekala je buat, exam sekali sekala kankan. Jyeahhh!


Okay tutup cerita pasal paper Ekonomi okay. Nak cerita pasal paper Addmaths pule. Soalannya tak
payah bagitawu pun dah memang tahu susah parak. Sampai tak terkira berapa banyak aku dok
garu-garu kepala yang tak gatal nie. Ish, cikgu soalan addmaths nie tkde susah lagi ke? 'Senang' sangat nie.
Hemmm, aku jawab tak sampai sejam kot. Haha hebat kan? Then tengok bebudak nie buat lawak
bodoh. Tergelak-gelak aku. Tak menahan je korang nie. Semua panas punggung dah 2jam setengah
jawab addmaths tu. Ada yang siap bercakap lagi woo. Haha. Dan masa nie jugak cikgu siro masuk
kelas kasi kertas sejarah tu. Pehhh! Debar gila masa nie tawu. Jawab addmaths punn tak tenang. Haha
K lah. Esok Maths. Nak study Maths je harinie betul-betul. Baibai muah muah! <3



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)