Sweet Moment. #Haha konon



Cerita nie patutnya aku cerita hari khamis lepas. Tapi aku cerita hari nie lee. Best sikit!
Hari nie cuti. Hari wesak kan kan. So Selamat Hari Wesak lah ek. Mesti ramai pergi Batu Cave
hari nie. Haha betul ke tak aku eja tu hah. Aku hari nie bangun nak kata awal tak awal pun jugak weh,
tapi awal jugak lah. Aku stay sorang hari nie. Bangun subuh tu nak tido balik aku set time pukul 9.
Niat hati nak study lagi. Tapi tapi bila onnnnn astro ria ada Cinta Melody lee pulak. Nie aku tak
menahan nie. Semalam dah lah aku tengok separuh jalan jee pun. Hemm bersantai depan tv kejap
stupidnya aku rasa dah lah membusuk bagai lagi. Heh. Adik aku yang lelaki tu ada dekat rumah
dia cakap semalam dia nak masak nasi goreng pagi nie. Eyeahhh! Adik aku yang laki tu minat masak,
tapi aku tak cenderung sangat ke arah itu sebab tu sampai sekarang aku tak reti masak sangat.
Haha Eh eh bukan tak reti tapi nanti lee belaja. #covercover. Bosannnn betul dudok rumah harinie. haih.


Okay panjang pulak intro aku kan. Hari khamis tu ada paper English 1 dan 2 dan dan sejarah 1.
Aku nak cerita masa aku jawab Essay english paper 2 lee kan. Masa tu masa bonda.
Belumm rehat aku rasa. Entah lah. Sebab jadual hari rabu nie aku pening sikit. Bonda tu cikgu
BM kelas aku. Kami panggil beliau BONDA. Sebab? Entah dah terbiasa sejak dari form four lagi. Hehe.
Bonda biasa lah masok kelas Ya Allah bisingnya mengalahkan budak kecik menjerit tawu.
Suara bonda cukup nyaring youuuu. Kadang-kadang aku tak larat nak dengar. Haha konon ;)
Masa tu tengah jawab Essay BI lee kan. Bonda tarik kerusi sebelah Azham dan sebelah kanan
bonda adalah Mira Mohd. Azham selalu diskandalkan dengan si Mira Mohd nie. Aku tak masok campur
urusan mereka laki bini. Hahaha. Dan aku pulak dudok depan si Mira Mohd nie. Aku selalu dengar
lah dorang berantam. Begaduh je keje tawu korang nie. Ada aku kawenkan nak? Haih laa haih laa.
Bonda bila dudok sebelah Azham je mula lah nak bising. Pulak tu dekat dengan aku. Dah lah
aku tengah pikir macam-macam ayat nie. Bonda buad 'suara nyaring' dia. Memang aku rasa menggelegak
jugak lee. Hehe. Aku rasa macam nak selotape je mulut bonda tu tawu. Wuwu. Nie antara
dialog aku dengan bonda dengan tak semena-mena aku men-sound bonda tau. Beraninya aku. Ngehngeh!


Ain : Bonda..... senyap lah sikit, saya nak pikir ayat nie. Ya Allah! #sambil tangan menongkat kepala.
Masa nie bonda tengah marah Azham kot. Aku tak pasti woi.
Bonda : Azham nie Ain, dia tanya bonda. Bonda jawab lah. #sambil pandang macam tak puati dekat aku. Haha.
Ain : Yela okay okay. #sambil pandang kedepan dan teruskan jawab Essay tadi.
Alangkah beraninya aku saat itu. Men-sound bonda. Terasa aku terkurang ajar disitu tau. Harap-harap
bonda tak terasa dengan kata-kataku itu. Hmph.


Lepastu terus aku hilang fokus doo. Terus fikiran aku rasa melayang-layang. #Peh ayat kau Ain gramatis amat
Sekejap pandang Dila, sekejap pandang Sue. Sekejap tongkap dagu. Sekejap main-main dengan sapu
tangan pink yang aku baru beli tuu bawu kedai lagi tawu. Haha. Sekejap mengelamun dan termenung
seterusnya berangan-angan ada rumah superb haha yelah aku tengah buad essay punnn pasal
'Dream House' tawu. Kalau buleh, aku nak letak lapangan terbang sebijik sebelah rumah aku tuuuu.
Baru lee cantik. Alangkah indahnya berangan-angan dalam essay. Cerita lah apa kau nak cerita punn
ada padang golf belakang rumah ke, Ada swimming pool dalam setiap bilik ke, Ada panggung wayang
sebijik ke kan. Syokkkk uh! Tapi kalau karangan aku suka, tapi kalau essay Bi nie otak aku selalu
stuck sikit lee. Kurang suka dengan essay BI lagi pulak dalam kelas teacher aku tu tak selalu buad
essay pun. Jarang sangat. Buleh kira berapa kerat essay dalam E2 aku tu tawu. Sebab tu bila exam kalau
buad essay nie aku kebengapan sikit. Hehe. Chill dooo! Then tengok bonda bangun. Aku tutup sikit
essay aku tu tknak kasi bonda baca. Fiuuuu naseb baik bonda tak datang dekat aku. Budak laki selalu
jadi mangsa dengan bonda. Padan muka lee. Haha. Bonda jalan sambil pegang kertas kajang. Takut-takut
ada yang nak ke kan. Bonda datang menghampiri aku. #Cehhhh


Bonda : Ain nak kertas? #sambil senyum. Haha macam mengejek ke senyuman bonda tu.
Ain : Hemm, taknak lah bonda, Nie pun ada satu ketas lagi. #Buad muka nak tknak je cakap dengan bonda.
Then bonda punnn berlalu pergi.


Aku sambung buad essay aku yang tak berapa nak 'essay' sangat punn. Menci menci betul tawu.
Bonda nak kasi ketas kajang padahal dekat aku ada satu lagi ketas yang tak berusik. Errrrggghh!
Geramnya aku. Lepas dah siap-siap tu masa pun dah tamat. So aku berserah jelah. Redo je kalau
kena denda dengan teacher nanti. Sekurang-kurangnya aku dah cuba buad terbaik dah.
Aku pernah terasa dengan kata-kata bonda selama aku belaja dengan beliau sejak form four lagi.
Sapa yang tak pernah terasa dengan bonda, orang tu memang hebat lah. Rasa geram rasa sakit hati
rasa tak puas hati rasa macam nak bako je bonda, aku pujuk hati aku macam nie tau. 
"Kalau takde orang macam bonda, kau tak akan cemerlang dalam BM tahu tak" Lepastu okay lee balik.
Aku tahu perangai bonda tu macamane so aku tak makan dalam sangat lee. Bonda aku tu
Guru Cemerlang Bm. Pehhh! memang bangga lah bila dapat belaja dengan dia. Muka kerek je. Muahh bonda!
Terima kasih bonda sebab selalu kasi A dekat saya masa exam Haha eh eh tak! terima kasih bonda
sebab selalu mengaja saya sampai saya selalu dapat A kot since belaja dengan bonda. #Haha konon.






Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)