Cerita Seorang Egois -,-



Sekarang dah menunjukkan pukul 1.29 AM kot. Tengah malam. Aku sorang tak tido lagi.
Aku pun tktahu kenapa aku begitu asyek gila-gila mengadap mendalah nie hah.
Apa yang aku buat pun aku tktahu. Tiada hala tuju pun sebenarnya.
Rindu dekat blog seharusnya. Seharian tak pegang, tak cium broadband rasa arrggghhhh tak lengkap hidup.
Sebab? Umi ambik simpan dalam bilik beliau buat pekasam sebab pasal mendalah nie anak-anak beliau
jadi malas. Ada ke patut? Kesian broadband. Tak salah pun. Tetiba kena rampas pula. Bengang sekejap.
Dalam 3 hari ni aku tak bertegur sapa dengan seorang hamba Allah.
Semua salah aku. Semua salah aku. Selalu aku yang bersalah. Dunia nie macam tak adil.
Sedih, pilu, sunyi hanya Allah yang tahu. Aku akui aku memang sangat-sangat EGO. 
EGO aku lebih teruk dari ego seorang lelaki. EGO yang ada dalam diri aku ni begitu tinggi dan sangat tinggi.
Kalau bergaduh, aku tknak mengalah dulu. Biar orang itu yang terlebih dulu meminta maaf.
Kalau salah faham, aku tknak aku tegur dulu. Biar orang itu yang tegur aku terlebih dahulu.
Keras kan kepala aku? Yee yee sangat keras! Ramai orang cakap aku ni memang keras kepala.
Aku sanggup tak bertegur sapa dengan orang tersebut berhari-hari malahan berminggu-minggu sekalipun,
asalkan EGO aku dapat dipertahankan. Teruk kan aku? Bukan aku nak bangga cerita semua keburukan
aku ni dekat orang lain jauh sekali nak riak-riak.


Aku rasa bersalah. Tapi disebabkan ego, aku pertahankan.
Aku rasa nak minta maaf cium tangan. Tapi disebabkan ego, niat aku itu semakin pudar.
Semua itu dikaburi oleh ego aku sendiri. Tak faham kenapa aku jadi macamni.
Pagi tadi saje dua kali aku menangis. Menangis ke memendam rasa ke aku pun tktahu.
Sekali masa dalam bilik. Bersiap-siap nak bertolak ke Temerloh. Dudok termenung sambil layan lagu sedih
berjurai air mata. Bertakung air mata dekat kelopak mata. Nak tahan. Tapi jatuh juga akhirnya.
Habis bedak-bedak yang aku pakai tadi. Tapi tangisan tu tak berbunyi, hanya suara hati aku saje
yang mendengar. Yess! Aku sedang memendam rasa. Sedang berlawan dengan ego yang aku sendiri ciptakan
Sekali lagi masa dalam kereta di highway, termenung melihat kearah pemandangan luar melalui cermin kereta.
Teringat pasal itu, terus mata aku berkaca. Tunggu masa nak melimpah ruah. Akhirnya! Mata merah-merah.
Sekali lagi tangisan tidak berbunyi. Aku tak minat bila aku menangis orang lain dengar.
Ambik hujung baju kurung purple yang aku pakai pagi tadi, lap air mata lap hingus slow-slow.
Bila aku termenung, memang fikiran aku suka merewang sampai ke cerita mengarut-ngarut entah hape hape
sampai lah ke cerita budak tuttttt! Eh kau, aku rindu kau. Sumpah rindu gila sangat banyak.
Bila hati aku sedikit lembut untuk meminta maaf terlebih dahulu, mesti ada halangan kekangan semua itu.
Mesti ada saje halangan selepas aku berjaya lenturkan sedikit demi sedikit ego aku ini.
Budak tu selalu mencari pasal. Selalu menyakitkan hati aku. Selalu buat aku naik darah.
Lepastu cakap lah aku ni hati keras, keras kepala, hati batu, kepala batu. Semua benda dia nak cakap.
Mungkin puas bagi pihak hati dia. Tapi bagi pihak hati aku bagaimana? Hancur lebur pedih sakit!
Mungkin luaran aku nampak keras. Yee keras sekeras kerasnya. Degil. Kuat melawan.
Tapi dalaman aku cepat terusik. Cepat tersentuh. Cepat terasa. Cepat segala-galanya.
Orang lain tktahu. Dorang menilai dari luaran saje bukan dalaman. Itu yang pedih sangat.
Bila ada yang buat aku macamtu, mula lah aku nak memberontak sakan. Ego pun dah up level.
Jangan marah. Jiwa remaja seperti aku ni, memang selalu ingin memberontak apabila emosi tak terkawal.
Normal kalau remaja macamtu. Kalau yang tak melalui proses macamtu, aku tktahu dia normal ke tak.
Tapi bagi sesetengah hamba Allah, dia tktahu semua itu. 
Bila memberontak sikit, kata melawan. Bila memberontak sikit, kata dah degil. Apa ni? Tak paham betul.
Kadang-kadang terkeliru bila berhadapan dengan situasi seperti ni.
Ya, semua tak sayang aku. Semua nak bermusuh dengan aku. Apa salah aku sebenarnya?
Memendam rasa lebih baik daripada bercerita masalah kita kepada insan yang tidak berminat untuk
mendengar masalah kita. Am I right? Lama-lama nanti kena tekanan emosi. Bagus sangat latuh.



Saya memang seorang yang keras kepala. Hati sekeras kerikil. Tetapi saya boleh jadi selembut sutera apabila ada yang bersikap lembut dengan saya. Berhati keras tak bermakna selamanya.



Ini lah budak ego sangat tu. Jumpa dia mana mana, bom dia tau! Haha.


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)