Freedom ♥



Last paper hari nie, PRINSIP PERAKAUNAN paper 1. Alaaa, paper 1 je kot kan? Chill doo!
SENANG sangat. Suka-suka! Kenapa tak susah cikgu? Tak mencabar langsung pemikiran saya tawu.
#Takmencabarbetulsampaipeningkepalaenampulohsaat. Hahaha.
Hari last! Tak sabar nak habes. Tapi tapi paper start lepas rehat. @#$%^ betul.
Budak pure science dah merdeka! Best ah dorang kan. Dok menganjing dak Akaun. Rasa nak kasi
menampar sorang satu. Haih laa. Takpe takpe! Subjek korang lagi susah-susah kot. Wekkk! Haha tetiba.
Sebelum rehat tu STUDY lah dulu kan. Ahaa, Awak study ke Ain? Rajennya awak study Akaun. Sejak bila nie?
Hahaha. Rasa nak ketawa dekat diri sendiri. Apa nie apa nie. Ain STUDY ke Ain BORAK hah?
Pandai nak tipu-tipu ek. Okay, macam biasa. Lepak dekat tempat Sue yang jaraknya 2 meja je. Hehe.
Bawak buku teks Akaun yang gila bapak tebal tu haa sekali. #Konon
Sekali belek, sekali borak. Sekali belek, sekali gelak-gelak. Berkali-kali belek, berkali-kali bercakap. Erkkkk?
Tadi sebelum exam tu ada bincang pasal kelas tambahan masa cuti nanti. Nak hangout nak hangout!
Lama dah nie tak menonjolkan diri ke bandar! Mega rindu aku dah tu. ECM dah rindu aku dah tu.
Mid Term punya pasal dekat 2bulan tak tengok Mega, Ecm and etc. Menci lah macamnie! #gedikjekan.
Bincang-bincang nak tengok Karak! Best kot. Real punya hantu. Nak pergi lepas kelas tambahan bagai.
Siap cakap nak buat spare baju lagi macam haritu then salin dekat surau sekolah lepastu slamberrrr badak
je keluar macamtu dari sekolah. Elok sangat latuh. Sakai tawu tak Ain? Awak nie kannnn! #perlu ke cerita?
Okay dah decide. Senang cerita. Habes cerita. Tutup cerita. Thumbs up sikit! Muahh Muahh haha tetiba.

Lepastu lepastu CIKGU AKAUN saya masuk kelas! Katanya hari Rabu haritu nak terangkan kerja kursus.
Aloo, cikgu just terangkan macamtu je kot. Tetiba je. Tak paham apa yang cikgu try sampaikan.
Dalam setengah jam macamtu, KELUAR sudah! Sebab cikgu ada kelas.
Yang kami-kami nie dok terpinga-pinga lagi. Aku pandang Sue, tergelak sama-sama. 
Cikgu apa nie apa nie? Sumpah tak paham. Tapi nasib baik Dila comel tu paham. Yayyyy suruh dia ajarkan.
Satu kelas mesti sama lah. So memang tak buleh nak copycat form another school lah kan.
Takpe takpe. Kalau sama satu kelas, lagi cepat nak tiru-meniru. Lagi senang nak copy and paste je. Haha.
Bila cikgu tanya, "Paham tak nie?". Semua buat muka excited sehabes mungkin, "PAHAM CIKGU!"
Tadi susun meja berderet satu line. Kelakar pulak. Terimbau zaman-zaman muda ku dulu. #Haha konon

Then REHAT! Macam biasa. Rutin harian. Beli hotdog dengan air soya.
Sampai-sampai kakak kantin tu dah cop muka aku muka "KAKI AIR SOYA" whoahh!
Kadang-kadang bila aku sampai depan kantin tu beratur bagai, aku tak cakap lagi. Kakak tu dah tanya.
Haha malu lah pulak rasanya kakak kantin pun kenal saya! #Haha konon lah kan sambil senyum-senyum.
Hari hari hotdog. Hari hari hotdog. Aku sama dengan Fatin. Kalau sehari tak pegang hotdog, Alamak! Haha.
Rasa sumthing terkurang. Aset Bukan Semasa terkurang rasanya. #Haha tetiba je masuk Akaun terus.
Then masa lepak-lepak dekat dewan tu sambil makan hotdog tu cakap dengan Fatin,
"Fatin, Ain rasa tiap-tiap hari kita makan hotdog nie, lama-lama jadi dog hot jugak rasanya" Haha.
Ohoi, simpang malaikat empatpulohempat doo. Hehe. Makan je kot kan kan kan kan kan.
Erm. Kami selalu berempat je. Pergi mana-mana mesti berempat. Buang air besar air kecik mesti berempat
errrr Haha okay yang tu aku bohong. Cetttt, melampau ah kan. Miahaha ;)

Masuk kelas tengok cikgu science ada sudah. Disitu juga ada homework SEJARAH! ENGLISH! ERRRGGGHHH!
Homework BM awal-awal bonda dah kasi pagi tadi tawu. Haih. 
Jawab Akaun. Awww SENANGnya soalan dia Ya Allah! Tapi soalan awal-awal jelah. Haha.
Alhamdulillah buleh jawab semua. Satu dua soalan aku main bantai je. Awak ingat Akaun senang ke? Hemm.
Tengok jam dah pukul 11.30pagi. Setengah jam lagi nak tamat. Buat cepat-cepat. Hitamkan dekat kertas
jawapan. Lepastu lepastu check semula takut ada yang tertinggal ke kannn. 
Pukul 12 tu cikgu kutip kertas. Yeppppiiii! Alhamdulillah, 'FREEDOM' sekejap weh. 
Dapat relax kejap daripada belaja. Dapat relax kejap daripada bebelan cikgu.  YESSS! YESSS! YESSS!
Dapat enjoy sekejap even dah tawu bukak sekolah nanti lagi cikgu 'push-push' habes habesan kan.
Nak SPM. Redo je lah kena buat banyak homework ke. Kena bebel dengan cikgu ke. Jangan touching sudah!
SPM tak kurang lagi dalam 6bulan dari sekarang. Trial 4bulan dari sekarang. Kenapa cepat sangat nie hah?
Ya Allah, tak terasa langsung kot tahun nie. Tuptup dah bulan 6. Tuptup dah Trial dan seterusnya SPM.
Lepasni tak buleh nak main-main lagi masa belaja. Tak buleh nak gurau lebih sangat masa belaja.
Tak buleh gelak terlebih sangat. Kawal emosi. Dan fokus lebih masa cikgu mengajar okay Ain? ;)
Dan mulai saat ini, debaran nak SPM mula dirasai ! Ouchhhh, takut takut -,-


Lepasni taknak aktif sangat di blog, di facebook or dimana-mana sahaja laman sesawang yang lain. Memang nafsu tu selalu je nak online bila nampak Broadband. Tapi sampai bila? Okay InsyaAllah. Itu janji aku.  


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)