R.I.N.D.U.


ASSALAMUALAIKUM BLOGGERS TERCOMEL! RINDU SERINDU RINDUNYA MUAHH MUAHHH OKAY STOP!
Ada ke orang rindu aku? Haha okay terharu. Okay harini banyak benda aku nak story.
Slow-slow. Tarik nafas. Then hembus pelan-pelan okay budak-budak. Haha selama seminggu 
aku menahan nafsu untuk menulis entry. Ya Allah sangat tertekan kau tahu.
Almaklum lah, broadband tersayang kini telah di-control seratus per seratus oleh umi tercinta.
Nak buat macamane nak membantah pun, aku nak SPM woi. Jadi, terima ajelah.
Aku cuma dapat guna hujung minggu aje. Ya, Hujung minggu! Semua cerita telah aku kumpul,
tunggu masa aje nak memuntahkan disini. Perasaan tak sabar, jangan cakap lah.
Ya, nampak sangat ketaasuban aku terhadap mendalah ni kan? Haha. Ada orang kesah ke?
Haha apadehal. Kau merepek lah sorang-sorang Ain woi. Begitulah kalau tak pegang broadband
seminggu. Terus meroyan. Tu tak sebulan lagi. Setahun? Selama-lamanya? Okay tak sanggupnya lah!
Okay tipu. Haha. Then, hari Jumaat punya lah excited aku balik rumah. Masuk-masuk aje
terus bukak pc. Lepastu internet buat bangang apa ntah. So aku pun jadi bengang. Macam bodoh aje
tunggu. Okay macam nak menangis sekali. Bersungguhkan saya? Haha jadi silalah gelak.
Hari Sabtu pun tunggu, still bangang. Then mula nak mengamuk dekat umi.
Lastly, harini baru dapat. DAH-LAH-SEMINGGU-SEKALI-AJE. Ishhhhh bengang gila doo.


Okay panjangnya. Haha nak balas dendam. Okay jum start. Tak sabar nak cerita ni. Wehee.
Hari Isnin lepas, SMK Paya Besar telah dikejutkan dengan perpisahan Mr.Nanda (Principal)
Tuan Haji Nazli (GPK Koko) dan Puan Soh Sew (Cikgu Kaunseling). Sekali keluar tiga-tiga terus daaa.
Okay Tuan Haji Nazli tu naik pangkat jadi Pengetua. Tahniah! Tapi masa tu Mr.Nanda taktahu tukar
ke tak lagi sebab PIBG tengah buat rayuan supaya Mr.Nanda jangan tukar ke sekolah lain.
Aduhai sedih lah jugak kan. Baru lapan bulan Mr.Nanda dekat sini. Then tukar, ala tak best lah.
Then, hari selasa tu ada kelas dengan dia. Tapi tak belajar pun. Masuk bilik kuliah.
Dia kasi motivasi sikit lah. Kasi semangat sikit. Belajar betul-betul. Masa tu baru aku sedar aku
nak SPM. Okay tipu aje. Tak lama dah, lima bulan lagi. Dia cakap dia sedih nak tinggalkan kiteorang.
Ehem ehem, fyi dia lebih sayang kelas kami kelas Acc lah berbanding kelas pure science.
Okay dalam hati berbunga-bunga riang. Haha. Sebab biasa orang tak pandang sangat kot budak Acc ni,
mesti pandang budak pure sc nya kan. Yeke? Sebab tu dia suruh belajar betul-betul.
Masa dia tengah cakap tu, sedikit sebanyak terasa jugak lah. Rasa macam tak sedar diri lagi nak SPM.
Relax. Main-main lagi. Entah. Macam tak serius aje. Cikgu pun dah masuk sem kedua ni,
macam IBU SINGA doo. Semua dah tunjuk belangnya. Marah sana. Marah sini.
Mr.Nanda cakap, even dia takde dekat situ setiap bulan ke setiap minggu mesti dia nak datang
jugak tengok perkembangan kami. Siap tinggalkan SKOR A PROGRAMME lagi tu. Syiok gila belajar
dengan mendalah tu. Tak payah salin susah apa-apa, just berpandukan soalan dia aje. 
Ada dia best. Dah lah sporting, belajar yang part novel The Curse tu pun paham. Hahaha.


Tapi hari Jumaat lepas baca Yassin semua tu, ada majlis perpisahan untuk Mr.Nanda, Tuan Haji Nazli dan
Pn. Soh Sew. Act, tak expect pun. Ingatkan untuk Tuan Haji Nazli dengan Pn. Soh Sew aje.
Last-last Mr.Nanda jadi jugak pindah. Alahai sedih. Nampak sangat Mr.Nanda sayang nak tinggalkan
sekolah ni, sedih semacam aje nampak. Cakap pun slow motion aje. Hehe. 
Ada tayang multimedia. Lagu best ! #Haha tetiba. Ingatkan dia buat lepas rehat. Semua bersorak
sebab tak belajar English. Lepastu cikgu cakap buat terus, senang cerita. Tapi Alhamdulillah jugak,
terlepas Math dan Addmath. Yepppppii ! Opssss. Haha. Then lepas rehat tu, belajar lah English.
Bebudak ni tak habis-habis nak kenengkan Dila dengan Farhan, tergelak sampai sakit perut aku
ketawa. Macam-macam. Bestnya lah kalau sekolah berkeadaan macamni sampai bila-bila.
Syok juge. Tapi bila kenangkan budak tak matang tu, terus lenyap perasaan macamtu.
Timbul pulak perasaan tak sabar-sabar nak habis sekolah. Yeah tahun depan saya dah tak sekolah. :)
Result Mid Term saya sangat tak memuaskan. Ishhhhh tapi okay lagi lah.
Alhamdulillah, Gred G tu sedikit demi sedikit aku hapuskan. Cuma Addmath aje lah masalah
terbesarnya. Addmath aje failed haritu. Majoriti. Yang lepas pun, sorang aje. Tahniah sue !
Bangga duduk depan sue. Ohhhh yayy ! #Haha tetiba :)


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)