Entry Suka Hati :)
Hari ini dekat sekolah rasa macam tarak apa yang seronok. Bosan. Hmm
Eh Isnin dah puasa kan kan kan. So hari ini hari terakhir untuk bulan ini saya pergi
membelah beli di kantin sekolah saya yang agak lawa hensem dah sekarang itu. Ouch.
So kita jumpa bulan sembilan nanti pula ye pakcik makcik kantin.
Lahai. Hari ini juga hari terakhir saya dapat makan hotdog empat ketul macam saya selalu
beli. sampai empat ketul? Okay saya memang kuat makan pun. Bukan guna duit awak pun, jangan risau.
Dan dan Air Kotak Soya yang saya selalu beli itu. Aduh nanti mesti linduuuuu dekat semua itu.
Kerepekkk nestum yang manis manis dekat koperasi itu. Air kotak susu coklat.
Ada kawan saya yang omeyyyy omeyyyy tu cakap kan saya kuat makan tapi kenapa tak gemuk ye?
Pelik ye. Haha. Entah. Orang badan cekeding macam saya memang susah nak gemuk. Erkkkkk ?
Lepastu nanti saya mesti linduuuu nak makan nasi lauk ayam masa kelas tambahan dekat kantin.
RM2.50. Mahal tapi ayam dua ketul nasi banyak. Berbaloi. Asalkan perut kenyang sudah.
Then waktu masuk kelas tambahan mula mengantuk macam orang lepas makan ubat tidur. Haha.
Tadi macam selalu selalu hari Jumaat waktu pagi sekolah saya ada bacaan yassin.
Budak PMR, Budak SPM, Budak STPM kena ada dekat surau sebab ada solat hajat.
Tapi saya baca yassin dalam dewan. Wehee. Cikgu marah sebab ramai budak budak form three
lelaki yang tak ke surau. Apadehal ? Buat solat hajat semua ni pun untuk kebaikan awak juga.
Itu pun malas ye. Nasib lah. Cikgu cakap pun cikgu dah mati kutu nak buat apa lagi.
Budak terlebih diajar memang macam itu. Bukan payah pun kan nak dengar kata.
Tapi hati tu dah hitam jadi susah lah nak dengar nasihat orang. Kesian mak bapak. #emosi
Lepas bacaan yassin. Hantar kertas summary extra class english semalam.
Teacher cakap sapa tak hantar, siap lah. Haha untunglah dapat teacher yang suka ugut menguguti.
Ramai yang tak datang extra class semalam, memang sah sah kena dengan teacher tadi.
Cikgu Maths masukkkk waktu kedua tu tengok kiteorang kusyukkkk gila bahabi buat modul Addmaths.
Cikgu cakap, "Laa, kenapa serius sangat muka kamu ni. Takut cikgu tengokkk...."
Mana tak nya, semua muka mengadap kertas nampak sangat kesungguhan en en takut
dengan cikgu Addmaths lettttewww. Haha. Bila masukkk tajuk Trigonometric ni saya rasa macam
nak menangis aje tahu. Sedih sangat. Blurrr lah gila. Susah ya robbi. Tajuk sebelum ni tak susah mana.
Waktu ketiga cikgu Addmaths masukkk dan bincang soalan semalam. Watlek aje saya kena
buat jalan kira dekat depan. Orang terakhir pula tu nasib baik betul. Yuhuuuuu
Mula-mula cikgu tak panggil pun nama saya. Then dah sampai Syairah buat. Saya suruh Fatin buat.
Fatin suruh saya buat. Last last dengar cikgu panggil, "Okay last sekali.... Ain" #sambil main laptop
dan sambil sambil tunggu kiteorang menyalin dekat papan putih. Wehee.
Then Rehat. Masa ni saya paling paling ketungguan. Haha. Lapar gila. Gila lapar lah gila.
Turun kantin sambar makanan terus macam biasa. Kebulurannya saya.
Ohhh tadi saya nampak 'budak itu' di koperasi. Muka kereknya bang. Macam lah awak tu cun sangat. Heh
Then waktu teacher kesayangan saya pula. Macam biasa sapa yang tak pergi extra class semalam
kena berderet duduk dekat depan. Haha yang bestnya berpasang-pasangan doo.
Saya tak habis habis menyakat si Syairah dengan si Aliff tu. Secocok dua cocok tiga cocok. Eeeerrrr
Then kena buat soalan paper two SPM 2007. Buat senyap senyap. 11 setengah bincang.
Dah siap semua segala bagai tu tukar tukar buku. Bincang semua tu lama gila.
Budak budak ni dah bising gila kot bila tengok budak lain dah lama balik dan mungkin ada yang dah
sampai rumah. Saya ni duduk segelisah mungkin sebab abah saya kan abah saya kan dah tunggu di luar
Tepat pukul 12.15 baru keluar. Keluar terselisih dengan teacher. Lintas teacher dulu haha.
Menyempat aje teacher nak memperli saya eceh, "Hah tu mummy dah tunggu lah tu...."
Saya pusing belakang kejap then senyum tak perlu kata apa-apa. Berusaha sedaya upaya jalan
langkah semaksimum yang mungkin. Huwaa takut abah marah. Dah lah sepatutnya saya kena balik
naik bas tapi hari ini menggedikkkkk nak balik naik Gen-2. ehokkk ehokk
Masuk kereta nasib baik abah gua tak memarahi gua, kalau tak saya pekak kan telinga aje pun. Hikhik.
Masukkkk masukkkkk terus mempertahankan diri supaya tak dimarahi,
"Cikgu orang tu keluar lambat, mana boleh keluar sesuka hati". Abah pun tak marah haha.
Untunglah ada abah macam Encik Marzuki Bin Ab. Rahman ni. Pergi balik sekolah ambik saya.
Sebab rumah saya tiga batu dari sekolah kot. Jauhnya. Kalau jalan kaki sampai esok lusa tak sampai tau.
Sebab tu juga saya semakin hari semakin putih. Pergi balik tak kena panas. HAHA UNTUNGLAH AINNNGGG!!
Ehem ehem hari ini kakak kita balik tau. Esok sampai rumah. Hmm kita suka sangat lah.
Sebab umi cakap akak cakap nanti dia balik nak ajak saya shopping sampai pengsan. Haha.
Kita nak beli baju raya. GGGRRRR Puasa tak lagi Ain woi. Apadehal.
Umi cakap nanti umi tarak masa so baik beli awal awal. Beli baju kurung segera sudah.
Kita dah suka pakai baju kurung sekarang. Baru nampak macam kegadisan sikit en en. Cunnya kita. :)
Mesti lah kita linduuu kakak kita sorang itu. Yang montel montel putih putih gebu itu.
Cuma dia kakak saya. Malam ni nak kemas bilik lah kemas katil lah. Simpan semua baju dia haha
sebab dia cakap kan dia cakap kan nak bawak balik Ipoh nanti baju baju tu sedihnyewwww kitewww!
Apa yang penting saya rindu nak gaduh dengan awak akak. Haha.
Saya duduk dalam bilik ni sorang sorang. Sunyi gila. Semua benda kena buat sendiri. Sedih tau :')
K habis cerita wehe kbai assalamualaikum readers tersayang <3
0 orang manusia cantik:
Post a Comment