Rakan Sebelah Kiri Saya.
Assalamualaikum. Hari ini saya nak bercerita tentang rakan sebelah kiri saya.
Saya kiri sebelah rakan. Sebelah kiri saya rakan. Rakan kiri sebelah saya. Haha. Apadehal.
Mungkin tiada kepentingan saya menaip tentang rakan sebelah saya yang bagi saya dia umphhh ahh
Wa jelous sama lu Fatin sebab lu comel umphh ahh ehem ehem.
Tetapi bagi saya pemilihan rakan sebelah sangat sangat penting kot.
Masakan kita nak duduk sebelah budak tak comel tak hot tarak class lah gila. Haha.
Oloh, bajetnya saya ini. Eh takkkkkk! Bukan macam itu yang saya maksudkan tapi kalau duduk
sebelah budak yang terlalu annoying sangat, agak-agak best tak study dalam keadaan macam itu
didalam kelas? Best tak best tak? Tetapi Alhamdulillah saya dapat rakan sebelah saya tahun ini yang
menepati kehendak dan keperluan dan citarasa saya eceh. Saya berjaya mempergunakan dia. LOL
Dia hemmm baikkkk lah okay lah. Otak dia bodoh bodoh gila. Bukan dia, tapi otak dia. Sama ketinggian.
Jadi otak saya pun macam terputus wayar, memang syok lee duduk sebelah dia.
Kalau cikgu cakap sepatah, berpatah patah perkataan dia jawab balik. Sampai tak terkira patah
perkataan yang terkeluar daripada mulut dia. Kadang-kadang saya tak paham.
Daripada mana dia dapat idea gila sumpah gila macam itu. Saya duduk sebelah dia sekadar tersenyum
aje melihat telatah gila dia itu. Layankan aje. Haha.
Otak saya bukan betul sangat eceh. Otak dia lagi nya tak betul doo.
Jadi bila belaja tajuk ibadah bab perkahwinan kami yang sering memberikan respon yang
memberangsangkan kepada ustazah sehingga kadang-kadang classmates kami nampak erghh
budak ni otak advancenya. Alahai.
Dalam kelas saya rasa kami aktif sekali bergerak-gerak ni. Otak bergerak, body movement pun
bergerak sama. Pantang ada yang tersalah tafsir sesuatu, riuh satu kelas kami ketawa sambil buat isyarat
mata dan mulut tersenyum mengejek. Haha.
Fatin..... Fatin..... Sumpah kawan dengan dia tak bosan. Walaupun kadang-kadang ada masa saya
tersentuh hati dengan dia sebab dia ini cakap biar lepas asalkan tak memudaratkan.
Haha saya watlek watchill watcool aje. Lepas beberapa minit, seperti biasa semula.
Kadang-kadang bila dia cakap lepas dengan saya, saya tak ambik point pun sebab saya tahu
perangai dia sudah termaktub seperti itu. Dah tak boleh ubah perangai semulajadi itu.
Jadi saya buang jauh-jauh perasaan saya yang kuat terasa kalau orang cakap kasar sikit. Haha
Hati lembut sangat, susah nak cover. Ehem. Dia bijak. Dia pandai. Dia cerdik. Dia terer main bowling tau.
Dia terer Science. Dia juga terer Mathematics. So kalau saya suruh dia tolong ajarkan saya
Maths, wehee dia tak kedekut langsung nak share ilmu dengan saya. Saya tahu saya kurang cerdik. Sadis
Dia terang sebutir-sebutir. Kadang-kadang apa yang dah saya tahu, dia terangkan lagi.
Bila dapat kawan macam ini, saya tak malu nak tanya soalan-soalan yang saya kurang paham.
Saya tak takut nak tanya semua itu. Tapi saya takut nak tanya kalau budak itu buat muka serius
macam dia taknak share ilmu dengan orang lain sebab dia ingat, "Aku belajar. Biar aku sorang jelah cerdik"
Otak kau kalau fikir macam itu ye sayang, memang cetek sangat lah gila.
Kami kalau belaja Sejarah selalu mengantuk. Ya Allah cikgu ni asyik mengadap buku teks aje.
Tak menjana pemikiran betul. Tak menarik minat pelajar betul. Lahai cikgu cikgu.
Kesudahannya, dia mengadu dekat saya. Saya mengadu dekat dia. "Ahhh mengantuknya Fatin..."
Kepala letak atas meja sama-sama. Haha. Lima minit kemudian angkat kepala tatap semula buku teks
sampai mual. Dan perkara yang paling saya suka tentang dia, cara dia ketawa.
Serius whoah sejibik gaya ketawa dia itu macam Agnes Monica yang selalu saya tengok
dalam astro ria sinetron kawin masal. Ye, dua bijik lah. Maaf kalau saya berlebihan tapi sungguh tak tipu.
Tadi waktu kelas tambahan Akaun. Cikgu kasi soalan suruh buat. Mujur tak susah dan tak senang mana.
Kami buat sama-sama sebab cikgu cakap sapa tak siap tak boleh balik so excited lebih lah kan
nak buat sampai pengsan haha eh eh tak sampai siap. Saya tanya dia, dia tanya saya.
Dan tepat pukul 3.15petang tadi, haha sama sama siap whoah. Macam excited lah gila sebab
buat dalam tempoh sesingkat itu dan rushing gila kot. Cikgu nak cepat aje.
Then balik jalan sama. Saya rasa macam sesuai best kawan dengan dia.
Cara dia dan cara saya sama aje. Otak sekepala. Kalau dapat rakan sebelah tak sekepala,
hemm rasanya kan syok tak belaja? Pasif aje belaja. Serius aje sepanjang hari. Sepanjang masa.
Makin stress ada lah ye. Bak kata Syairah, "Time belajar kita main-main, Time main-main kita belajar"
Sedap jugak phrase itu. Boleh lee kita tambah dalam karangan bahasa melayu. Wehee.
Best. Seronok. Gembira tak terkata. Saya dikelilingi rakan-rakan sebelah kiri kanan depan belakang
tepi atas haha yang sporting habis yang tak kira masa nak ketawa macam orang mati laki. Erk?
Itulah rakan sebelah kiri saya yang cun melecun, Fatin Latifah Bt Md. Radzi.
Rakan yang tak mendorong saya melakukan perkara-perkara yang selalu Aliff Syamim buat iaitu
ponteng kelas lepak dewan terbuka. Alhamdulillah dapat kawan baik.
So saya kawan dengan orang baik, saya pun baik juga lah en en. #perasan
Kcukup untuk entry kali ini. Saya bersyukur dapat kawan baik macam semua.
Lain kali saya cerita tentang rakan belakang sebelah kanan depan sebelah depan belah kanan pula ye.
Kbai assalamualaikum. Saya sayang awak dunia akhirat capital H :)
0 orang manusia cantik:
Post a Comment