Hari ini punya story :)
HELLO Hari ini saya puasa k Ain selok dah lah puasa ganti nak dekat dekat puasa dah. Haih.
Sehari aje pun. Hari ini kalau dah sampai azan maghrib nanti, saya boleh lah raya okay. Haha.
Okay nak cerita pasal hari ini sikit. Hari ini kan hari ini kan saya senyap aje. Yelah orang tengah
berpuasa ni kan. Haruslah tidak banyak bercakap, kalau tak memang haih malas nak cakap nanti
terliur pula. Hehe. Kalau biasa, saya lah paling riuh. Budak paling tak matured dan paling muda
dalam kelas itu adalah saya lah. Saya lah itu haah. Semua nak aniaya saya hari ini. Semua nak
kacau saya tengah menunaikan tanggungjawab saya hari ini. Semua nak menyakat saya hari ini.
Ni yang saya stresss macam nak gila ni kot. Lahai. Bukan senang saya nak habiskan satu hari lagi ini,
sangat payah ye. Sangat liat. Please lah hargai. Cepukkkkk karang nak? Wehee.
Masa pertama tadi waktu Pendidikan Islam. Hari ini belaja tajukkkkkk Ibadah bab perkahwinan
bertajuk Lian. Haha saya kalau belaja bab-bab kawin ni, saya laju sikit kehadapan. Watlek aje.
Masa kedua waktu Ekonomi Asas. Haritu ada test cikgu buat. Haha berdebar-debar ye jantungku.
Tak boleh tiru semua. Kena buat sendiri dalam masa setengah jam. Haritu lah. Then tadi
cikgu passed balik kertas test itu. Whoah excited woo woo takut under 40 ke en en. Cuak doo !
Cikgu cakap sapa markah rendah, kena denda. Saya pun apa lagi, teruslah buat muka kecuakan. Hehe.
Cikgu panggil nama sorang-sorang. Yang cikgu panggil mula-mula ni markah cemerlang lah.
Cikgu panggil cikgu panggil tiba-tiba............. AINNNNN 72% !!!!!!!!!!!!!
Hah selamat hidup gua. Wehe. Bangun nak ambik kertas tu senyum melebar aje en en
Bagus Ain. Dah nampak ada peningkatan markah kamu ni. Bagus.
Cikgu macam excited aje markah saya tergolong dalam golongan cemerlang. Eh saya tak sangka
pun dapat markah macamtu sebab saya taktahu sangat pun dan masa buat sekali lagi
pun ada rasa macam banyakkkkk salah kot. Haih. Lepas dah selesai semua tu, cikgu asingkan
bebudak kumpulan CEMERLANG kumpulan SEDERHANA kumpulan KRITIKAL. Dan saya antara yang
tergolong dalam kumpulan cemerlang. 70-100%. Enam orang aje kot yang cemerlangnya. Watlek aje.
Then sambung buat latihan. Cikgu cakap yang kumpulan kritikal tu cikgu nak kasi latihan banyakkkkk
banyakkkkk haha masak lah kau orang semua kena dengan cikgu. #Haha ketawa jahat
Then waktu Maths, macam biasa buat latihan aje. Rehat. Ni masanya saya perlu kuatkan
nafsu saya eceh. Turun koperasi nak binding perakuan calon yang Akaun tu then tunggu kawan kawan
saya yang omeyyyyy omeyyyyy semua itu makan. Hah memang sabar aje lah. Haha tak heran takpe.
Then masukkkkk kelas waktu Akaun with cikgu Akaun yang paling saya errrr saya muahhh muah sekali
Eeyuck ! Ada aje cara dia buat saya ketawa sopan-sopan. Tak boleh kuat-kuat, nanti dia terdengar.
Tak pasal pasal kena sound free tahu. Haha dia tu telinga lintah sikit. Hekhek. Nasib baikkkkk saya
tak pernah kena lagi dengan dia. Untunglah jadi Ain en en. Haha. Siapkan Kerja kursus akaun
apa yang tak siap lagi. Hmm lepas itu pergi lab belaja Science pula. Haha seriusly dengan jujur
serta dalam keadaan sedar saya mengaku yang saya sangat bosan bila tibanya waktu Science tau.
Gila boring. Boring gila. Harap aje subjek tu wajib untuk SPM, kalau tak ah memang saya nak belaja.
Tengok slide show bagai memang bosan sangat hoi. Kerry sampai menangis tengok slide yang
cikgu tayang dekat depan. #Mengantuk. Saya pula berapa banyak kali dah menguap ha haa tahu.
Waktu BM bonda tarakkkk. Memang best lee borak-borak kacau Sue waktu ini. Haha.
Haih saya aktif pula waktu waktu tengah hari ni. Hilang sikit rasa lapar tu en en. Hehe. Pusing
belakang kacau Sue sambil buat keje. Buat sampai Sue mental. Haha Sue memang susah sikit nak
mental dengan saya ni. Sebab dia tahu otak sangat gila gila sangat. Walaupun saya sedang puasa
waktu itu, tetap tidak terlepas nak cakap pasal benda mengarut mengarut. Haha tak boleh
kawal lah derrrr. Watlek watcun aje. Otak saya terlalu advance sangat so saya selalu kehadapan dulu.
Sampai satu tahap saya ketawa bagai satu sekolah nak dengar suara saya yang cun melecun ini.
Fatin marah saya.............
Ain ni puasa ke dok hah? Cakap menda mengarut je dia ni tau. Ketawa lah. #sambil suka suka
Okay saya pun diammmmmm sekejap. Haha aje pun. Lepastu sambung balikkkkk. Wehee.
Tanpa saya, kelas tak happening kot. Hehe. Then saya buat kerja dekat tempat Sue,
lepastu ada dua makhluk tak diundang datang. Gerak gerakkkk kan meja. Eeee sakan saya
memaki hamun. Cakap bodoh aje. Hehe. Sangat sangat menguji kesabaran saya yang tinggal suku
lagi ini. Haih. Then Mucet ajak pergi solat semua tu. Saya pun ikut kan aje lah.
Nak makan pun tarak moleh maa, puasa ni puasa ni. Lepas solat dekat surau teman dorang
pergi kantin. Haha saya yang nak ikut. Wehee. Tapi saya suka. Dorang hormat saya sedang
berpuasa. Saya duduk dekat meja lain, dorang makan dekat meja lain. Kadang kadang tergugat
juga rasanya. Huaaaa ! Hari ini kelas tambahan Sejarah tapi tak jadi sebab cikgu tarakkkk.
Memang syok ah nak balikkkk nak balikkkkk ! Telefon abah semua nasib baik abah tak sampai
rumah lagi dan dan lepakkkkk dengan dorang dekat padang sat. Borak borak menda menda yang
tak mendatangkan faedah langsung kot. Merapu merepek mengumpat cikgu tersayang Haha.
Syok sangat. Saya gelak kan saya gelak kan macam tak ingat dunia tahu. Nasib baik tarak
ada budak laki lalu, haha cover cover. Part mengumpat cikgu paling banyakkk ketawa.
Lailahaillallah budak budak ni, takde keje dah ke? Okay cara cikgu tu yang mendorong kami
mengumpat macam ini tau.Ololoh, SPM nanti minta maaf manyakkkk manyakkkk yooooo !
Ini pasal lain pula. Pasal peraturan baru. Baikkkkkk punya. Dan saya rasa sangat berkesan
jika cikgu terus menggunakan peraturan ini. Apakah? Hmm sekolah saya ada peraturan baru tau.
Peraturan keluar ke tandas pakai VEST. Cantikkkkkkk sangat. #Mengutukkk. Sekolah awak ada?
Sebab sebelum ni macam macam cara dah cikgu torai keluar tandas pakai tag cikgu lah,
tapi masih tak berkesan pun. Ada aje keluar kelas tanpa kebenaran cikgu. So pelancaran
pemakaian VEST ini baru dilancarkan semalam. Setiap kelas dibekalkan 2 Vest sahaja.
Laki satu perempuan satu. Siap nama kelas lagi woo wooo. Memang kacak betul lah idea
cikgu cikgu sekolah saya ini en. So keluar tandas memang kena pakai vest ni, keluar sorang aje.
Kalau sapa keluar tanpa memakai vest ini, memang dikenakan tindakan berat.
So dengan cara ini, sukar lah bagi pelajar pelajar macam Aliff Syamim Afiq yang suka merayau
keluar kelas ini untuk merayap sebab vest itu ada satu aje. Hah padan lah muka ye kau !
Rasa macam berkesan aje. Dan tandas semua diblok-blok tutup untuk dikemaskinikan so
cuma tandas sebelah dewan terbuka yang agak menyeramkan itu aje yang bukak. Haha
memang tak ah saya nak pergi tandas sorang sorang masa belaja lepas ni en en. Takut LOL.
Kesian pelajar form three. Jauh gila dooo tandas tu. Tapi nasib lah. Tapi pelajar form five pun
kesian juga. Kena menuruni 6 anak tangga untuk sampai ke tandas tersebut.
Kalau sampai sampai lah. Kalau tak dan sampai, tercicir lah harta kau dekat tangga tu ye. Heheh
Rupa vest itu macam ini ye anak-anak :)
Sumber ---> GOOGLING
Rupa dan gaya dia ada macam ni okay. Tapi yang itu ada lobang-lobang. Nipis aje cun whoah.
Bila saya tengok bebudak nak pergi ke tandas pakai kan, haih kelakar pun ado. Malu malu.
Menengah rendah kaler oren menyerlah tuuuuuu. Menengah atas kaler hijau menyerlah sangat lah.
Start dari semalam, kalau nak pergi tandas pun tunggu waktu rehat aje. Malu lah malu lah.
Dari jauh orang dah tahu, "Ohhhhhh budak ni nak pergi tandas......" Tandas dah lah tersorok
lepastu lepastu kena pergi sorang sorang, hah goodbye tandas. Jumpa awak waktu rehat aje okay.
Apa apa pun, sekolah saya ada peraturan pelikkkkk macam ini. Sekolah awak ada? Ada? Ada?
Haha kcukup. Penat ni kejap aje lagi nak berbuka. Wehee. Tak sabarnya.
Kbai assalamualaikum.
Maklumat Tambahan : Saya kan dah 2 bulan tak ke 'bulan'. Haih gediknya saya nak bercerita.
Lahai musykil juga ni. Hari tu saya mengadu dekat umi saya tau, nak tahu apa yang
umi saya cakap, "kalau kita tak buat jahat tak buat salah, buat apa nak takut tak datang
bulan dah dua bulan" Haha kan dah setepekkkkk kena atas muka. Okay umi.
Anak umi ni baik lah. Haha baikkkk lah sangat ye. Abnormal betul saya ni. Pelikkkkk juga ni :')
0 orang manusia cantik:
Post a Comment