Language Camp
TEMPAT: DEWAN MULTAQA SMK PAYA BESAR
TARIKH: 8-9 JULAI 2011
TEMPAT PENGINAPAN: HOTEL 5 STARRRRRRR WHOA DI SURAU AL-HIKMAH
Assalamualaikum kum kumm ! Hari ni nak story pasal LANGUAGE CAMP dekat sekolah saya.
Kem bahasa. Bahasa apa? Mandarin? Tamil? Korea? Haha. Bahasa Melayu lah woi.
Kem ini bertujuan ingin memantapkan lagi kemahiran menguasai bahasa melayu. #Ayat! Haha.
Walaupun saya tahu Bahasa Melayu saya dah A, tapi saya takde lah nak berlagak bagai macam
dapat A+ pulak taknak join ken. Budak 5Syumul semua berlagak pandai. Sebab tu cuma
separuh aje yang join. Takpe, sapa pergi dapat tambah ilmu lagi. Jangan jadi bodoh sombong
sangat lah kan. Nanti ilmu lariiiiiiiiiiiii ! Okay emosi lee pulak. Aduhai. Ramai orang cakap saya
terer BM haha tapi saya tak rasa pun saya terer tahu saat saya start belajar semua benda ni
selama 2hari ni tau melalui slot-slot tu. Alahai, ingat BM alaaa kacang goreng tepi jalan aje kot
tapi kalau buat ala kadar aje sebab rasa diri dah hebat sangat tak pun dapat full marks kan.
Soalan yang kita rasa mudah senang yang kita rasa boleh buat tulah, yang akhirnya makan diri sendiri.
BM tak A+ jugak. Padahal bahasa sendiri. Tutur bahasa tu hampir setiap hari. Apadehal. Heh.
Saya benci gila gila sangat sangat dengan orang yang berlagak sombong ni. Haih. Macam bagus aje.
Dah selesa duduk kelas depan kennnnnn. Mana heran dah. Yang kelas belakang dok semangat pergi.
Rugi tau lu orang yang tak join camp ni. Sumpah best gila. Plus ilmu pun bertambah :)
Start daftar pukul 3.30petang. Saya and the geng orang first daftar. Wehee. Dapat fail berisi kertas
kertas satu sorang. Panas nak mati rasa petang tu. Berpeluh sakan basah baju koko saya tu tau.
Alahai panas atas dunia tak rasa sangat Ain woi, neraka lagi panas haha OKAY FAINGG !
Lepas daftar lepak dewan dengan Dila, Sue, Anum sambil tunggu Fatin anak pakcik Radzi sampai.
Ramai budak kelas Adil aje. Riuh sekali. Hmmmm budak kelas saya semuanya dah pandai kan. Takpe :'(
ASAL TANGAN TAK BEDUNG NI DILA? HAIH PARKINSON BETOI LEE :)
SERONOK YE LEPAS DAFTAR KAWAN KAWAN? HAHA
Masa ni dah kena berkumpul dekat dewan. Ehemm Ehemm Dila kena jadi Penghuluwati dan
saya penolongnya. Untunglah Bonda jadi pengerusi majlis ni. Semua budak 5Syumul bonda nak
sebut ye. Alahai. GERANGNYA GUA!
Lepastu cikgu pecahkan dengan 3 kumpulan kecil. Ikut senarai nama yang daftar tu lah.
Kumpulan satu pelajar cemerlang. Kumpulan dua sederhana. Kumpulan tiga pelajar lemah.
Masa cikgu panggil nama tu takut jugak kalau berpisah dengan kambing-kambing saya ni hah Haha.
Tapi alhamdulillah tak berpisah. SAYA DAPAT KUMPULAN SATU BERMAKNA DUDUK DALAM GOLONGAN
PELAJAR SKOR A+ haha. Masa ni dalam makmal ict. Belajar pasal Rumusan bagai tu.
Ehemmm nak cakap pasal gambar atas ni kejap. Haha saya gedik geduk test try cuba pakai
spect si Fatin ni aduh mula-mula malu lepas dipaksa berulang kali ku redha Muahahaha.
Then, mereka cakap muka saya macam muka akak saya bila pakai spect. Whatehek?
Lihatlah dunia, muka saya sebijik muka kakak saya bila pakai spect. Saya pun perasan sebenarnya. :)
Lepas habis slot ni, terus pergi minum petang area pukul 6 then siap siap untuk mandi dan solat.
Dila rumah sebelah sekolah aje. Haha senyap senyap pergi rumah dila mandi semua.
Orang lain sibuk mandi dalam surau. Hehe. Nasib baik cikgu tak nampak kami menyusup slowly :)
SAYA, SUE, BUKHARIE. EHEMM EHEMMM MASA NI NAK BERGAMBAR DENGAN SUE AJE,
DIA TENGOK, LEPASTU TERUS POSING MACAM TU HAHA.
NI slot malam pula. Slot bahagian karangan dengan Cikgu Roa'ani. Besttttttttttttttttttt!
Lepas makan semua eh eh makan malam tu kami last sekali tau sebab kan sebab kan
lepas solat maghrib tu kami berlima baca yassin. Alhamdulillah, walaupun surau bising macam
dekat pasar malam sekalipun haih dalam surau pun nak riuh semacam aje, kami sempat
habiskan surah yassin tu sebelum pukul 8. Tak sedar kot masa baca tu. Dah siap, tengok tengok
semua dah keluar tunggu makanan dekat kantin. Makan cepat aje kannn. Haihhhhh!
Then, masuk bilik Ict semula. Hmmm saya rasa dah macam dekat IPT dah woi. Dengan bawak
failnya satu sorang lepastu pakai baju kurungnya lah haih rasa macam tak sabar nak masuk IPT :)
Baju kurung cikgu suruh bawak. Alaaa, pakai baju kurung lebih cun ayu semua lah
daripada pakai baju Tshirt ketat ketat sampai budak laki dok tengok sampai terpesong niat
datang sini sebenarnya nak belajar. Ya Allah, masuk aje dalam makmal tu ramai gila yang
dok bersnap snap. Kejappppp! Kami pun nak jugak. Kamera sony saya tak berkualiti macamni
lee kalau malam tak berapa jelas. Ehem. Then, cakap dekat Sue.
"Ni kelas BM ke kelas photographer ek?" #Haha sambil gelak gelak manja. Jangan jeles :)
"Entah, Ain kita salah masuk kelas kot ni !" #sambil buat gaya ala ala nak keluar dari makmal tu.
Cikgu masuk lewat, melaram lah semua dengan kamera dan posing ikut cara masing-masing.
Area pukul 8.30malam start kelas. Cikgu ni tak bosan sangat. Ohhh yay! Habis pukul 10.30malam
Supper kojap then tidur then eh eh solat dulu maa then baru bentang toto dila tu
then baring lima orang sekali sian sue terkeluar landasan haha then cikgu panggil Penghuluwati
then saya pun kena jugak then cikgu suruh kira bilangan pelajar perempuan then dah siap
tutup lampu semua then baring balik then nyamuk buat lovebite dikaki. Haih. Tergaru garu dekat
lantai. Aduh. Tak tenang betul tido. Lepastu ada lagi yang berborak dengar lagu buat bising
macam haremmmm lepastu kena marah dengan cikgu baru senyap haih haih area pukul
2 lebih kot baru saya dapat tido lena selena lenanya. Awesome! Sejukkkkkkkk gila! Bangun pagi
sakit badan sakit tengkuk bagai okay. Hahaha.
Masa ni dah lepas sarapan pagi makan nasi goreng wehee then ada masa setengah jam lagi
nak masuk dewan lepakkkkkk padang sambil ehemmm bersnap lee.
Seronok doo seronok macam nak terkentut haha eh eh pengotornya Ain ni ehemmm :)
EEEEEE MACAM TAK MACAM FORM FIVE PUN AKAK AKAK NI. EEYUCK MALU TAU
DEKAT ADIK ADIK. :)
SAH-SAH TANGAN PARKINSON LAH NI. HAHA. MENGGIGIL YE YANA? :)
FOKUSNYA DILAKU SAYANG! EMMUUUAHHHH #TETIBA :)
EHEMMMM RAJENNYA GUA! HOOOYEHHH :)
Masa ni slot tatabahasa. Dengan Puan Hajah Kamriah, bonda yang mengajar dikelas saya itu.
Sumpah ye saya cakap memang macam pelajar U haha pakai baju kurung ayu awww
dengan bawak fail duduk dalam dewan macam dalam bilik kuliah. Eeeeeeiiii bestnya !
Kami duduk belakang. Senang sikit nak main-main. Haha. No lah! Niat nak belajar okay,
bukan datang nak main-main. Kalau nak main-main baik dekat rumah aje kan. Alahai.
Lepas habis slot ni pukul 1 then makan nasi lauk tomyam dan sambal belacan dan ayam goleng
yummm yummm solat semua tu kemas beg baju pukul 2 gerak ke dewan semula. Dengar
slot from En. Mohammad. Slot tatabahasa jugak. BOSANGGGGG LEEEEEEEEE! ADUHAI.
Then dah nak dekat pukul 3.30petang tu bonda kasi ucapan penutup kejap lepastu dia suruh
budak laki susun meja dalam dewan budak perempuan kemas surau. Then, bonda kasi tugas
budak kelas 5Syumul kena kemas tandas. Bahang rasa. Haih. Budak lain semua balik menonong
gitu aje. Bonda memang menganiayai. Semua budak 5Syumul nak sebut. Balik balik kena
jadi housekeeping tak bergaji macam Cleaner pun adoooo ! Haha. Memang suka kena dera
macamni. Happy gila. Heh. Lepas dah yakin kemas surau bersih bersih menyapu lipat kain sembahyang
semua, then baru balik. Sian Dila balik akhir sekali doo. Eeeeeeee! Saya balik awal sikit,
my sugar daddy dah tunggu dekat pagar luar sekolah. Ehemmm
Selama ni aku ingat BM bahasa yang mudah. Mudah tutur dalam bahasa rojak bahasa sms
boleh lah kan. Tapi bila belajar secara mendalam dalam lagi baruku tahu BM ni susah
setanding dengan 8 subjek lain. Yang mudah yang senang tulah yang sebenarnya susah.
Benda yang senang tapi kalau taktahu leka cuai lalai buat sambil lewa aje tak guna jugak.
Benda yang senang pun boleh jadi susah cemtu kan. Bila aku dengar budak budak 5Saksama
baca ayat karangan dorang aku rasa ayat aku tak sehebat dorang. Tak se-gramatis itu.
Rasa rendah diri tiba-tiba. Malu dengan ayat yang aku buat. Rasa macam karangan picisan sangat.
Tapi buat apa rendah diri bukan? Semua orang ada pandangan masing-masing.
Semua orang ada ayat yang ingin disampaikan walaupun tak sehebat mana.
Ya Allah selama ni tatabahasa aku pun tunggang tebalik lagi. Apa yang aku belajar 5tahun ni? Alahai.
Rasa bodoh sangat bila tahu bahasa sendiri pun tak dapat kuasai macamana nak kuasai
bahasa inggeris yang terang tang tang gila kentang susah. Hmmmmmm.
K dah badan penat tido tak cukup woo haha. Kbai assalamualaikum readers sekalian :)
0 orang manusia cantik:
Post a Comment