Two Story In One Entry :)
RABU 200711 - SOLAT HAJAT PERDANA PMR, SPM, STPM.
Assalamualaikum kumm kumm ! Nak cerita ni nak cerita ni. Semalam kan kan ada Solat Hajat
Perdana dekat sekolah saya. Haha first time saya pergi solat hajat dekat dewan sekolah saya ni.
Waktu PMR zaman kanak-kanak dulu tak minat nak solat ramai ramai dekat sekolah #Haha alasan
So bila dah besar gedabak nak kawin esok lusa ni rajin pula nak menghadirkan diri. Rajinnnnya Ain !
Jadi semalam esaited gila lah kan. Dalah petang semalam ada kelas tambahan so balik lewat
sikit ah lepastu lepastu tak sempat nak tido jadi saya pun mengantuk. Aduh. Dapat tido petang tu
setengah jam aje kot. Then, cari baju kurung yang hemm akak punya ! Saya curi dan ternyata
muat dengan saya. Baju kurung tu bunga kecik kecik warna merah dan saya pakai tudung merah aww.
Pukul 6.30petang tu saya dah siap. Abah dengan umi tak balik kerja lagi so saya tunggu dan tunggu.
Then dah nak dekat pukul 7 tu abah balik so straight ke sekolah terus. Pergi berdua aje dengan abah.
Datang datang awal lagi kot tak ramai lagi lahai duduk dalam kereta dulu leee kiteww malu kitewww
comel sangat pakai baju macam kanak-kanak tu. Baju cotton cantikkkkk. Then call Dila dia ontheway.
Lepastu tetiba nampak Solehah dekat dewan terus pergi dekat dia. Dan dan sesampai aje saya
dekat dia. Dia puji kecomelan baju saya. Dia cakap baju kurung saya cantikkk dan dia cukup jeles okay.
Okay fine bukan saya punya. Haha. Dia cakap dia cakap dia jeles sangat. Saya diam aje.
Sambil senyum senyum kambing mbekkk mbekkkk. Tapi tapi memang saya rasa pun baju yang saya
pakai semalam tu comel patut dia jeles sangat. Masukkkk aje dalam dewan duduk duduk dulu
sebab tak ramai lagi datang waktu tu. Solehah cakap lagi, "Ain cantikkkkkk lah baju cotton Ain ni.
Ni jeles ni. Ain putih sesuai ah pakai baju macamni. Tudung merah. Cantikkkkk !". Saya pun rasa
macam eh cukup cukup lah tu. Kiteww malu. Senyum. Then Dila dengan Anum kemudian
Mucet Keryah Myra yana dan dan entah tak ingat dah. Sue datang tapi tak solat sekali ah sebab dia kan ke
bulan. Heh tetiba aje ke bulan. Haih :) Lepas azan maghrib, solat maghrib lah.
Dah siap terus bersambung dengan solat hajat. Apa yang saya hajatkan? Mestilah saya nak SPM 9A
tapi tapi macam mustahil aje. Hemm. Then, ada Ceramah Keibubapaan. Penceramah ni
seorang motivator. Raja Ismail Raja Shahadan. Pengerusi Rumah Anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah.
Sumpah Ya Allah waktu beliau kasi ceramah memang memang cukup tersentuh hati.
Beliau cerita pasal anak anak yatim tu. Macam macam. Memang tak bosan langsung. Sumpah !
Dan waktu beliau cerita penuh emosional kot. Sampai sampai sambil saya dengar tu tak sedar
air mata mengalir. Dila dekat sebelah dah lama tersedu sedan. Ramai yang menangis. Ramai yang
tersentuh. Sedih sangat. Sekeras keras kepala saya pun, hati lembut woo. Sapa yang tak menangis
waktu dengar ceramah tu semalam, memang hati keras latuh. Kalau hayati bersungguh-sungguh,
hati yang keras pun boleh jadi selembut lembutnya. Air mata laju aje keluar. Sedih.
"KEBAHAGIAAN IBU ADALAH APABILA MELIHAT KEJAYAAN ANAK-ANAKNYA. JADI, SEJUKKAN LAH HATI IBU. GEMBIRAKAN LAH HATI IBU. BAHAGIAKAN LAH HATI IBU. NESCAYA, KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT...."
Ditambah pula dengan lagu sedih tangkap leleh punya lagi lagi mendayu-dayu menangisnya.
Dalam pukul 10 baru habis ceramah. So siap-siap untuk solat isya' pula. Air mata meleleh lagi.
Nampakkk sangat banyak dosa dengan umi. Haih. ah selesai semua tu, jamuan sekejap
then bersurai. Sumpah ceramah semalam tu sangat sangat memberi kesan dan berbekas dalam
jiwa dan perasaan aku.
KHAMIS 210711
Awal pagi tadi ada perjumpaan antara Pengetua dan pelajar PMR, SPM, STPM.
Lepas cakap beratur ikut kelas semua tu ingatkan apa kan. Cikgu nak asingkan budak yang
pergi solat hajat semalam dengan yang tak pergi. Hehe nasib baik aku pergi. :)
Cikgu tak marah yang tak datang tu, tapi cikgu gerammmm kenapa tak datang.
Ramai sangat yang tak datang rupanya. Lepastu lepastu GPK Hem suruh tulis dalam satu kertas
target nak dapat berapa, usaha, kekangan, apa yang nak pihak sekolah lakukan.
Sorang-sorang buat. Yang pergi ni, masuk awal pukul 9. Yang tak pergi solat hajat tu
kena stay dalam dewan dan entah lah buat apa sampai pukul 9.30. Memang tak ah kan.
Lepas rehat tu waktu Science sepatutnya tapi cikgu pergi kursus so cikgu Addmaths ambik alih.
Memang suka lah belaja Addmaths 4MASA BERTURUT TURUT TANPA HENTI. HEH,
Dah lah hidung berhingus ni. Tekak sakit gila. Kepala pening pening lalat. Cuaca panas kot.
Sakit tekakkkkkkk wooo. Air yang aku bawak tu cepat aje habis. Setiap masa minum.
Tekakkkk ohhhhh tekakkkk kena kau sakit? Lahai sakit dan pedih. Wuwu. Bersin pun tak henti
henti. Fatin pun siap ikut lagi gaya aku bersin. Kuang jark. Haha. Buat malu saya aje.
Sambil kepala atas meja, sambil buat Addmaths. Bapakkkkk best belaja Addmaths 4 masa tau !
Rasa nak meletop aje otak. 40% aje yang paham. Tu pun nasib baik boleh catch up. Heh.
Lepastu waktu BM. Biasa lee bonda. Asyik karangan aje lah tak sudah sudah.
Saya dalam exam saya syok lee mengarang. Tapi kalau waktu PNP memang tak ah saya nak buat kan.
M.A.L.A.S.A.N.G.A.T.N.A.K.B.U.A.T.A.U :)
Keluar awal sikit hari ni. Pergi kantin melantak tapi tekakkk aku sakit lagi telan pun
paksa-paksa aje. Haih. Nasib baik nasi dekat kantin sedap boleh lah tahan kennnn. :)
Pukul 3 masuk bilik kuliah. Kelas tambahan English hari ni. Dengan teacher Norihan. Yayy yayyyy!
Best. Pukul 4 balik ronda teman Dila pergi library kejap then 4.30 balik dan dan aje
abah sampai waktu aku keluar tadi. Haha. Okay secara keseluruhannya minggu ni best sangat
walaupun selsema tetiba sakit tekakkkkk tetiba pening aje dekat sekolah tetiba. Aduh.
K dah. Nak mandi nak mandi nak mandi. dari balik sekolah tak mandi. Mashemm sudah :)
Kbai assalamualaikum readers sekalian =p
0 orang manusia cantik:
Post a Comment