Happy Trial Day!




Assalamualaikum. Yeee semalam hari jumaat kan? Semalam last sekolah kan then buka
sekolah balik 5 September kan kan kan? Tapi taktahu lah kalau ada sekolah yang mula cuti
lebih awal ke apa kan. Ala seminggu je kot. Macam tak rasa jeeeeee!
Ok tahun ni memang tahun tak rasa langsung macam nak raya. Tak macam dua tahun
lepas tiga tahun lepas, bila raya aje semangat gila babi rasa semangat nak raya tu
seminggu lagi nak raya dah menonjol. Baju raya semua dah kumpul satu tempat tunggu masa
nak gosok. Ok itu masa sebelum matured. Tapi bila dah naik Form Five ok matured sikit kot
semangat nak raya tu semakin berkurangan tambah tambah lagi sehari selepas sekolah dibuka,
6 September Percubaan SPM. Memang nampak sangat macam tak boleh nak beraya sakan
sangat tahun ni. Yang paling best sekali, cikgu cikgu saya baik hati/pemurah bagi 'biskut rayoo'
banyak banyak untuk kami. Bermacam jenis woo woo. Siap tolak tolak lagi 'biskut rayoo' tu
sebab TAK SEDAP! Apa-apa pun, terimakasih cikgu cikgu, teacher saya yang kasi 'biskut rayoo'
tu memang penuh satu beg pink saya tu. Aummmm! #Nampak sangat tak kasi kami rayoooooo!

Hari semalam waktu pertama ada bacaan yassin macam biasa lepastu GPK Hem cakap 
pukul 10.30 turun balik ke dewan. Waktu kedua dan ketiga Maths tak belajar pun sebab cikgu
tak masuk so kami berkumpul satu meja buat ketupat ramai-ramai. Bincang bincang nak pergi
beraya rumah cikgu cikgu raya ke-5. Ohoiiii tak sabar nak tunggu saat tu. Naik motor ramai-ramai
macam tahun lepas. Tapi lepas tu kena bukakkkkk buku pula lah en.
Pukul 10 baru cikgu Addmaths masukkkkk. Time tu kami tengah syok syok lagi berbincang.
Dan belajar sekejap aje lepastu dengar announcemen suruh semua turun dewan sebab bunyi
letupan mercun silih berganti. Rasa macam duduk dekat palestin pulakkkkkkk dah lah mercun
tu bunyi kuat gila kot. Sungguh menganggu. Jadi masuk kedewan tu lebih awal lah sebab nak
mengelak budak budak yang tak paham bahasa melayu ni yang banyak kali dah cikgu cakap
'JANGAN MAIN MERCUNNNNN' tetap main juga sumpah tak paham bahasa ni supaya dapat
dikenalpasti. Dan tertangkap juga. Haha padan muka. Yang tak boleh blahnya adik adik
lower form yang banyak main nya, baru masuk sekolah ni dah tunjuk belang ye dik.
Tunggu lah sampai form five dulu baru buat hal dik woi. Macam bodoh je akak tengok dik. -.-



Credit to Syairah Kamal. Dia boleh ah bawak kamera bagai, dia en Prefect. Haha.
Saya sebagai adik paling bongsu, saya cium tangan cium pipi kanan pipi kiri kakak kakak
saya yang semua super duper comel ni. #Nampak gaya dah tahu tak matang hikhikhik.
Mintak maaf semua en. Yela kadang-kadang terlepas cakap/tergumpat/termengata ke apa kan.
Lepastu ada wakil pelajar, Pengetua, Wakil Guru bagi ucapan dekat depan.
Dah dekat area pukul 11.30 tu cikgu cikgu berbaris dekat depan untuk bersalaman.
Beratur panjang panjang macam nak amik nombor. Dalam beratur tu tak terlepas nak snap snap,
suruh cikgu Addmaths snap lah macam macam. Keanak-anakan betul.



Bersalam dengan cikgu Sharifah(Addmaths).... "Buat betul betul nanti trial. Kirim salam dekat kakak."

Bersalam dengan cikgu Zalina(Cikgu Krs)..... "Kirim salam dekat mak awak, kakak awak sekali."

Bersalam dengan cikgu Ayu(Cikgu Krs juga)... "Kirim salam dekat kakak awak ye."

Bersalam dengan cikgu Sharifah(Sejarah)... "Hah Ain buat kerja sejarah tu, siapkan. Untuk trial
kamu tu. Hari isnin ada sejarah tak?" "Hmm takde cikgu. Hari Selasa ada" "Selasa buat apa dah trial"

Bersalam dengan ustazah.... "Haaaa Ain. study elok elok. buat homework tu semua" "Ok ustazah!"

Bersalam dengan cikgu Norizam(Science)... "Buat ulangkaji ye Ain, jangan nak raya je" hee

Bersalam dengan cikgu Suriati(Maths)... "Haaaa Ain, study. Buat latih tubi banyak banyak"

#secara keseluruhannya, cikgu mengingati saya tentang TRIAL SPM 6 SEPTEMBER nanti. Ok cuak ni.
Satu cikgu saya tak jumpa hari semalam, yeeeee cikgu Akaun saya. Dimanakah cikgu?
Melilau mata kami cari cikgu semalam sebab nak mintak maaf sebab sebab dah buat banyak
salah dengan cikgu. Tergumpat/termengata/terkutuk cikgu ehem ehem maafkan saya cikgu!
Bukak sekolah hari Isnin nanti terus nak jumpa cikgu nak mintak maaf semua. 
Nanti tak pasal pasal tak boleh jawab woi paper Akaun. Mati lah kena lagi dengan cikgu :)



Kesimpulannya, saya nak mintak maaf kalau sepanjang kalian membaca blog saya ni 
terkasar bahasa ke/blog ni tak best ke/tuan blog ni bajet comel ke apa-apa jelah,
SAYA MINTAK MAAF BANYAK BANYAK OK! Trial tinggal 10 hari lagi. Berdebar-debar.
Doakan saya juga ok. Dan dan dan SELAMAT HARI RAYA TO ALL MUSLIM DAN READERS BLOG SAYA.
MUAH MUAH MUAHHHH SAYANG SEMUA TAU TAU <3 Kbai assalamualaikum :)





Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)