Ketawa Buat Saya Happy :)
Hai awak yang comel hari ini saya curi curi update blog haha jangan bagitahu umi saya tau.
Saya kidnap ni pun sebab saya rindu gila gila sangat dekat blog saya ni haa. #choi baru dua hari hehe
Hari ini saya nak cerita pasal apa yang berlaku dekat sekolah saya ye. Banyak yang kelakar.
Sumpah hari ini saya ketawa macam hari ni saya tak puasa aje tau. #Kau puasa ke Ain hari ni? Shhh!
Firstly, hari ini bermulanya peraturan baru dekat sekolah saya. Berkuatkuasa hari ini.
Setiap hari adalah hari perhimpunan. Ini bermakna bukan setakat hari Isnin aje ada assembly pagi
tetapi akan diadakan pada setiap pagi. bermula hari ini. So kena masukkkk dewan pukul 7.20 dan
7.40 masuk kelas. Cuma 15minit aje. Sapa yang suka datang lewat itu memang no ado lee. Haha.
Nasib baik saya datang sekolah sebelum orang ramai ramai datang. #merepekkkk
Saya tak dapat mengenalpasti lagi kena perlu harus assembly itu diadakan setiap hari memandangkan
ini hanya akan membuang masa gila kot. Nanti nak ajak cikgu Science saya buat experiment lah pasal ni.
Assembly masukkkk dewan beratur lagi sekian hal. Just nak baca doa aje kot. Then masukkk kelas balik.
Lahai penat doo. Puasa ni. Ulang-alik ulang-alik penat tahu. Idea sapa pun saya taktahu. Mungkin idea
pengetua saya. Bagus betul idea ni. I loike. Kedudukan tempat duduk juga dialihkan. Bapak best woo woo.
Memang saya suka duduk tengah tengah then tak kena kipas. Memang suka berpeluh sebelum masuk kelas.
Sambil menyelam minum air. Sambil assembly sambil usha budak lelaki awwww abang form six. #Haha gatal
Secondly, masa Akaun tadi macam biasa buat latihan aje lee. Tajukkk semua dah belaja semua dah habis.
First time saya rasa saya paham apa yang saya buat. Bincang bincang dengan Fatin dengan Syairah
buat saya happy gila. Haha awak tak paham saya terangkan. Saya tak paham awak terangkan. Good Girl!
Hah ni waktu BM. Bapak gila sakit perut saya ketawa tau tau. Masa ni kelas senyap gila.
Kalau nak tahu macam mana tahap kesenyapannya itu, bunyi kipas pun orang bawah boleh dengar.
Senyap sesenyap senyapnya lah. Semua kusyuk buat rumusan yang bonda suruh buat.
Saya dah lah modul rumusan tak bawak, buku rumusan pun tak bawak juga. Perfect 10! Pakej lah kan.
Nasib baik bonda tak perasan kot haha then bonda panggil sorang sorang suruh hantar buku.
Gulp ! Fatin pun tak bawak woo nasib baik. Lepas panggil Syairah depan saya tu bonda panggil, "Ain......"
Pandang bonda senyum buat muka. Lek ah. Fatin pun sama. Yang bestnya, si Syamim dan si Aliff
ni duduk barisan kedua depan saya. Yang si Syamim ni tido modul rumusan tu didirikan supaya bonda
tak nampak ah dia tido en. Cerdikkkkk juga kau ni Syamim ye. Then yang Aliff ni tido tongkat dagu
mengadap si Syamim tu. Ohhhhh shooo shweet. Gelimat haha. Saya duduk belakang ni dengan Fatin dengan
Syairah kutuk Aliff tido macam orang tua. Sumpah macam orang tua whoh. Haha
Lepastu bonda nak keluar kejap pergi tandas, tetiba si Aliff ni macam terkejut so tangan dia terus
kedepan so kepala dia terhantuk dekat meja. Masa tu dalah sunyi gaban jadi bila macam tu bunyi effect
tu daripada dia sorang aje lah. Kuat pula bunyi plastikkkk meja dia tu. Yang saya dengan Syairah ni
bila dah dengar, kahkahkahkahkah lah dekat situ. Syairah sampai menangis terlebih suka.
Saya ketawa sambil ketuk meja. Cover ah. Suara ketawa tak bunyi pun, effect muka aje yang lebih. Wee.
Lepas daripada tu terus bangun. Bodoh gila. Saya tengok tengok dia terbayang bayang. Macam erghhhh!
Then saya tanpa segan silunya berkata, "Aliff kau tido kan tak ubah macam orang tua tau. Tongkat dagu
lah....". Dia biasa ah senyum aje. Dalah mata merah baru bangun tido. Takut gua.
Thirdly, hari Isnin semalam lah kan. Saya ada buat soalan science ni. Time tu belaja dekat lab.
Ada satu soalan ni contoh jawapan dia ada lah 'Obesity'. Then maksud bahasa melayu dia 'Gendut'.
Saya taktahu pun selama ni Obesity ni maksud dalam bahasa melayu nya Gendut. Macam kelakar aje bunyi
Sebab Obesity dalam bahasa melayu kadang kadang dia buat Obesiti aje en.
So start daripada tu, ketawa ketawa macam orang bodoh aje en en. Start kacau Sue.
Then cakap ah dekat Sue, "Sue Obesity tu Gendut ek? Sue you're so gendut!". Start tu Sue ejek saya,
saya ejek dia. Biar dua dua cekeding macam cicak kobeng pun. Macam best aje ayat Gendut itu. Haha.
Apa salahnya tulis Gemuk ke apa. Gendut tu macam erghhhhh melampau sangat lah en. Dapat bayangkan. :)
Fourthly, kelas tambahan hari ini Pendidikan Islam. Ramainya budak kelas saya datang!!!!#perli
Tak ramai pun. Semua rasa dah Islam kan. So tak payah belaja sangat lah kasi pandai en.
Ramai budak Saksama aje memenuhi ruang kelas saya yang comel yang selalu dapat Anugerah Kelas
Terbersih itu hah ni nak berbangga dah ni. Wee. Balik pukul 3.30 okay dah ustazah saya cakap. Hehe.
Lastly, semalam kan semalam kan ada orang berjanji nak call saya lepas solat terawih.
Tapi dia lambat gila sangat ah kan saya pula mengantuk gila bahabi sebab dalah lepas sahur saya
tak tido petang pun saya tak tido. Dia suruh saya tunggu dia. Saya ingat nak tido main main aje.
Last last jalan dulu. Bye! Haha. Saya tido pun dalam keadaan saya memendam rasa. #Eceh ayat
Dah banyakkkkkkss benda saya pendam sorang sorang. Kadang kadang saya rasa kenapa semua orang
nak marah saya ni? Sadis sangat. Saya pendam. Saya buat senyap senyap. Sapa pedulikan saya.
Selagi saya termampu nak memendam rasa ni, saya akan lakukan demi kesenangan orang lain.
Biar pun hamba Allah itu taktahu apa yang saya dah buat untuk dia. Sedih bila apa yang kita buat
tidak dihargai. Bapak sedih woo woo. Kbai saya berbuka puasa tahun ni berdua aje lah dengan adik
lelaki saya. Tak best tak best. Akakkkkkk cepat lah balik. Nak berbuka puasa dengan awak :')
K lah awak. kbai. Assalamualaikum readers yang comel comel :p
0 orang manusia cantik:
Post a Comment