Trial Will Be Try After Raya.
#taktahu apa motif saya letak gambar ni. Rindu gilo gilo waktu ni. <3 Saya beg pink.
Okay. Harini seriusly sangat bosan. Dalam banyak banyak hari yang pernah saya lalui
sepanjang bulan puasa ni 13ramadhan hari yang paling bosan gila bagi saya. Bosan tahap infinity.
Harini kawan saya ajak saya study dekat sekolah. Tapi saya sedih. Saya tak dapat join. Hmm
Rumah saya bukan dekat macam rumah dorang boleh pergi bila bila masa. Saya kena ada abah
saya baru saya boleh pergi. Kalau abah saya takde, saya nak pergi macamana? No transport.
Saya pun nak study. Isnin ni ada Ujian Ogos. Study ramai ramai baru masuk ilmu tu. Share ilmu.
So harini saya terperap aje lah dekat rumah saya yang super duper sunyi sepi sebab jiran jiran
saya semuanya balik kampung. Huaaaa rasa macam duduk dalam hutan pula. Alahai.
Tapi saya suka. Hehe. Walaupun puasa abah saya kasi duit tau tau untuk saya simpan.
RM5 sehari. Gila doo. 5 darab 30 berapa ye? Wah kaya aku kaya aku. Hahaha. Puasa nak beli
apa jekan. Simpan. Tak sabar nak tunggu kakak saya balik 26hb ni shopping shopping guna duit
yang abah kasi setiap hari tu. Gila tak sabar. Cepat lah raya! Cepat lah raya hoi hoi hoi!
Dompet saya yang comel comel tu penuh dah dengan duit. Ok jangan jealous tau. Ehokkkk :)
Niat hati esok nak pergi hospital. Tengok kawan baik saya baru lepas operation harini.
Kesian dia. Ada tonsel (betul ke ni ejaan dia?). Dia selalu tak datang sekolah. Cikgu pun dah ramai
tahu pasal sakit dia tu. Teruk lah en kalau sampai kena operate semua tu.
"Dear Ain Farhana, Ain kena kuat tau tau. Ramai yang sokong Ain daripada belakang ni.
Ramai yang nak Ain sembuh sepenuhnya. Ramai yang nak operation buang tonsel Ain tu berjaya.
Ramai yang nak tengok Ain pergi sekolah ambik SPM sama sama berjaya sama sama.
Ramai yang nak tengok Ain sihat seperti sedia kala. Walaupun kita tak rapat sangat dalam kelas,
tapi awak tetap kawan saya dunia akhirat. Mereka semua pun. Tiada galang gantinya. Ingat tu.
Kuatkan hati. InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar. Amin..."
So memang ingat nak tengok harini tapi terpaksa tunda sebab takut ganggu dia pula
lepas operation tu. InsyaAllah sampai tengok awak esok ye Farhana. Awak mesti kuat :')
Okay berbalik tajuk entry saya. Percubaan SPM saya akan bermula seminggu selepas raya
Ini bermakna, saya hanya ada tidak kurang daripada 3minggu lagi nak menelaah buku buku
Raya kelima buka sekolah terus budak tingkatan lima akan menduduki Percubaan.
Sangat singkat masa. Nak kentut pun tak sempat opssss kotor Ain kotor :)
Isnin ni pula Ujian. Ish. Jadi saya dah kena mula start study dari sekarang. Ye sekarang!
Bila? Sekarang lah. Datuh awak mengadap menda alah ni lagi apadehal dooo? Okay malam ni nak start
Duduk sorang sorang tarak mood woo. Apa yang dibaca tak masuk. Haha alasan budak pemalas.
Lagi 96hari lagi saya dapat hadap muka cikgu cikgu saya super comel garang yang ehemmmm
Lagi 96hari lagi saya dapat bersuka ria bergelak ketawa yoya yoya bersama rakan rakan saya
Lagi 96hari lagi saya dapat tengok budak itu setiap hari disekolah hmm sedih
Lagi 96hari lagi saya dapat menikmati keindahan sekolah saya kelas saya yang cantik itu
Lagi 96hari lagi saya dapat jadi budak sekolah
Lagi 96hari lagi saya dapat dengar ugutan, kemarahan, kebisingan cikgu cikgu saya suruh siapkan hw
Lagi 96hari lagi saya dapat pakai baju sekolah kain biru tudung tak pendek sangat tak labuh sangat
Lagi 96hari lagi saya dapat belajar main main dalam kelas
Lagi 96hari lagi saya dapat homework bertimbun timbun berbukit bukau daripada cikgu yang disayangi
Lagi 96hari lagi saya dapat lakukan semuanya diatas. Alah sedih lah cemnik en.
Masa berlalu sangat lambat. Erkkkk? Sedar tak sedar dah nak ambik SPM sudah.
Sedar tak sedar nak habis sekolah sudah. Alahai matured pun belum lagi ni tau tak. Kanak kanak lagi.
Sapa boleh matang kan saya? Ehem Ehem saya kasi awak lolipop satu dozen nanti.
Untunglah orang ambik SPM masa umur betul betul 17tahun tapi saya special sikit
ambik SPM umur baru 16tahun. Haha bulan 12 baru 17tahun apadehal dah habis SPM waktu tu.
Saya bersyukur saya tak terpilih dapat PLKN. Sebab apa? Saya nak enjoy gila gila sampai jadi gila
lepas SPM ni. Dah pendam lama. Sampai masa kita kasi luah habis habisan. Wahhhhh!
Dulu ada satu masa tu keinginan nak pergi PLKN membuak-buak kot. Alah macam seronok aje.
Tapi bila dah lama lama kan bila fikir fikir balik hmm tak dapat pun gua tak kesah dalah.
Kalau dapat PLKN, tak dapat nak enjoy. Apa pon tak boleh en en en.
Macam bercinta juga. Masa mula mula aje lelaki tu beriya sakan nak dekat perempuan tu.
Bila dah lama lama hm buat tak kesah pandai pandai lah kau jaga hidup kau sendiri ye. #Haha tetiba
#Destinasi pertama yang saya nak kunjungi selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia 2011
Kalau umi saya izin. Saya nak pergi Kuala Lumpur! Ok jakun. Saya nak jumpa budak tu haa.
Budak yang makin sombong dengan saya saban hari. Hidung tak mancung pun tapi sombong
bagai nak rak. Mengalahkan budak hot. Ok dia tak hot. Putih comel lagi tu aduh lahai.
Tu pun kalau dia nak jumpa saya lah en. Ok rindu. 2tahun tak jumpa macam berpuluh puluh tahun.
#Perkara yang saya ingin lakukan selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia 2011
Shopping sampai tak sedar diri. Ok tipu. Sampai pengsan sudah lah en. Jangan metafora sangat lah
Dah lama tunggu saat ni. Ok kena kerja dulu en en en. Baru dapat duit. Lepastu lepastu
baru boleh enjoy sampai pengsan. Perasaan ni dah lama saya pendam sejak kakak saya
habis SPM dulu errkkk semua dia boleh beli semua dia boleh bantai. Jealous betul saya sebagai adik.
#Benda yang saya nak sangat miliki selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia 2011
Saya nak awak jadi milik saya. Haha jokesjokes belajar pun tak habis lagi gatal betul ehokkkkk
Apa benda ye saya nak sangat sangat ni? Bukan baju bukan skirt apa ke bukan awak eh bukan
semua tu tapi tapi saya nak sangat miliki SIJIL LCCI. Untuk budak Akaun saje la.
Selepas segala susah senang saya menyiapkan kerja kursus Akaun selama 2tahun ni
SIJIL LCCI itulah hasilnya. Saya nak sangat sangat. Bukan semua boleh dapat. Nanti nak dapat
kerja apa apa pun mudah nanti. Senang. Tapi macam ada harapan aje saya boleh pegang Sijil tu.
Cikgu Akaun saya dah cakap majoriti dapat A+ hanya 2orang aje yang dapat B+.
Dan saya antara salah seorang daripadanya yang dapat A+. Haha cikgu Science saya cakap
budak budak kelas saya semua hebat hebat belaka sebab yang dapat A+ tu semua atas 90.
Ramai yang dapat 100. 99. 98. Area tu paling banyak. Alhamdulillah makin cerah masa depanku. Wahhh!
Apa apa pun sebelum saya SPM sebenar sebelum saya Percubaan ni saya nak mintak maaf banyak
banyak dekat cikgu cikgu saya terutamanya cikgu Akaun saya hikhikhik. Banyak betul buat dosa
dengan cikgu tu. Haih tak baik betul tak berkat hoi ilmu tu karang. Kata nak dapat SIJIL LCCI tu
kena lah mintak ampun dulu dekat cikgu Akaun saya tu nanti tak pasal pasal sepatutnya dapat
tuptup tak dapat sebab cikgu tak berkat. Apa pon tak boleh dah masa tu. Menangis lah kau ye Ain! Hikhik
Tapi bukan salah saya sorang. Mereka yang ajak. Saya tukang gelak aje kot. Haha. Lek ah cikgu.
Apa pon walaupun cikgu sedikit annoying dalam kelas, tapi cikgu yang paling best ajar kami
Akaun. Daripada cikgu Akaun waktu form four tu mata asyek mengantuk aje bosan lee. #opsss tercakap
Cikgu layak dapat Anugerah Cikgu Paling Super Garang Sampai Buat Orang Tergelak.
Betul cikgu. Saya tak tipu. Apa je cikgu cakap walaupun benda tu bukan kelakar sangat pun,
saya tetap rasa macam nak ketawa sampai nak terkencing tersedak tau. Begitu hebat panahan
percakapan cikgu dihati saya ewahhh ehokkkkk. Nanti ye saya mintak maaf dekat cikgu.
Cikgu jangan marah saya tau tau. Sebelum raya sebelum cuti sekolah ni kita buat drama air mata
sat ok. Harap harap cikgu tak marah lah ye. #bapak menyesal cikgu kalau tahu dapat anak murid
perangai hudoh macamni. <3 Watlek watchill watcool. PEACE!
Ehem berjela-jela kan isi entry saya kali ni? Semangat bosan kalau dah membara memang
macamni hah dengan blog pun jadi ehokkk ehokkkk. Alah baca okay. Haha skill memaksa.
Kbai assalamualaikum. #13ramadhan. Lagi 17hari lagi nak raya! Can't wait. aummmm LOL :)
2 orang manusia cantik:
Good luck adek :)
Thanks kakak :)
Post a Comment