28 perkara rawak pasal AinMarzuki.





Perkara rawak yang kalian perlu tahu tentang diri saya. Perlu ke? Let's check.

*Saya guna Gua*

1. Dulu waktu kecik gua pernah tolak budak sebaya gua sampai jatuh longkang. Gua pun tak
berapa nak ingat sangat. Umi yang cerita kan balik. Gangster kan gua.

2. Dari dulu sampai meningkat ke remaja ni gua jarang sangat pakai kain batik.
Puas umi paksa, tuli macamtu juga. Lebih selesa pakai seluar.

3. Gua tak suka pakai baju kurung. Oh femininenyaaaa! Bukan tak suka tapi kurang suka.
T-shirt/kemeja dan jeans jadi pilihan. Waktu kenduri ajelah pakainya.

4. Gua sangat obses dengan warna pink dan putih. Pink tu comel. Putih tu suci.
Kalau boleh semua barang dalam bilik ni semua nak warna pink dan putih je.

5. Tinggi gua tak kurang daripada 170centimeter. Itu tahun lepas gua ukur. Tahun ni taktahu berapa cm.
Berat asas adalah sebanyak 57kilogram. Kalau gua makan banyak haritu, berat gua akan maintain
sebanyak 57kilogram. Tapi kalau tak makan, berat turun sampai 53kilogram. Ketara sangat.

6. Dari segi aspek dalaman, gua sangat sensitif. Gua mudah terasa dengan kata-kata orang.
Orang kata, "Lidah kita ni lebih tajam daripada mata pisau...". Gua masih ingat gua pernah
terasa hati dengan seorang kawan dan seorang guru sampai buat gua sebak lalu menitiskan
air mata. Mungkin sekadar gurauan atau peringatan, tapi bagi gua itu adalah satu perlian.

7. Gua tak suka drama korea yang remaja sekarang sibuk angung-agungkan. Opss.
Jarang sangat gua minat benda yang sama dengan orang lain minat. Gua ada pendirian sendiri.

8. Dekat sekolah gua lemah-lembut, ayu, cakap pun pelan pelan aje. Tapi tiada siapa pun tahu
dekat rumah gua lah raja bercakap sampai jiran 10 batu pun moleh dengar suara gua yang comel ni.

9. Gua akui gua suka dengar suara gua bila bercakap dengan orang lain. Gua suka buat suara
comel aduh aduh. Suka hati gua lah. Lu sibuk pehal? Kubur masing masing bro!

10. Waktu tidur gua akan pasti kan setiap angel disekeliling gua akan dipenuhi bantal
lepastu bear peluk gua. Oh nikmatnya!

11. Gua kurang suka subject Science. Sebab itu gua tak layak masuk kelas science stream.
Oleh sebab itu Science gua tak pernah dapat A. C aje memanjang.

12. Gua minat dengan subjek Akaun sebenarnya. Tapi gua malas nak buat latih tubi.
Sebab setiap maklumat tambahan yang diberi dibawah setiap soalan buat gua pening lalu
lalu gua fed up dengan semua ni. Oh shit!

13. Gua tak suka memasak dan dalam erti kata lain gua tak pandai memasak walaupun kerap
kali dipaksa. Keinginan tu tak timbul lagi. InsyaAllah lepas SPM gua nak buat kelas memasak
bersama umi. fiuw fiuww. Bukan mati pun kalau tak pandai masak woi.

14. Gua jealous bila gua blogwalking gua tengok ada blog comel sangat-sangat-sangat.
Ni yang buat gua rasa macam nak bakar blog demikian.

15. Waktu darjah enam dan kebawah, gua suka gigit kuku. Apa masalah gua pun, gua taktahu.
Yang gua tahu ia menjadi satu kenikmatan apabila digigit. Sampai satu saat gua disedarkan
tentang kuku, secara tindakan reflec nya gua pencen daripada mengigit kuku. Eyuck!

16. Gua suka hisap jari. Kadang kadang sampai kecut jari gua, gua hisap. Adakah itu satu hobi?
Sampai sekarang gua tak dapat mengenal pasti sebab musababnya. Jari tangan tau, bukan jari kaki.

17. Gua tak suka budak gedik sebab gua tak gedik. Erk?

18. Gua tak ramai kawan lelaki tetapi kawan perempuan gua berlambak sampai tak cukup space.

19. Setiap hari sabtu dan ahad gua akan bangun selepas jam 12 p:m. Selagi gua tak nampak
cahaya dari tingkap gua, gua yakin diri gua tak akan bangun. Dasar anak dara!

20. Gua sangat senang senyum dan ketawa. Kadang kadang gua sendiri cakap gua sendiri ketawa.
Inikah yang dinamakan terlebih hormone? Kui kui kui

21. Gua pernah dapat rantai yang ada nama gua daripada orang yang paling sayang sekali
dalam dunia ini. Dan sampai saat dan ketika ini gua still simpan rantai pemberiannya walaupun
cangkuk pada rantai tu dah tercabut. Oh ganasnya gua.

22. Gua anak kedua daripada tiga adik beradik. Apabila kakak gua melampiaskan kemarahannya
kepada gua, gua akan melantunkannya kepada adik lelaki gua pula. Itu baru dinamakan fair and square!

23. Gua sangat taksub membaca novel. Apabila dengar sahaja perkataan N O V E L,
pasti gua nak memilikinya. Lepastu baca senyap senyap dalam bilik, senyum sorang sorang,
praktiskannya dalam mimpi gua bersama lelaki pujaan gua. Shit.

24. Dalam dunia ni perkara yang gua paling benci untuk melakukannya adalah, melipat kain.
Gua lebih rela basuh pinggan daripada duduk bersila melipat kain. Oleh sebab itu kain baju
sering bertimbun macam gunung dekat rumah gua.

25. Gua tak suka orang yang suka memungkiri janji. Cakap lain, buat lain. Nyah kau dari sini!

26. Gua sayang sangat dengan tarikh ini, 15 September 2008. Tarikh yang mengajar gua
tentang erti cinta.

27. Gua benci orang dok arah gua buat itu buat ini. Gua terasa gua diabdikan. Macam shit sangat!

28. Untuk mengakhiri semua ini, nak tahu kenapa gua pilih angka 28? Kerana tarikh inilah,
pertama kali gua melihat dunia, 28 Disember 1994. Gua menang kategori paling muda dalam kelas.
Fuyooooo! Fuyoooo!

Sekian sahaja daripada saya untuk entri yang tak memberangsangkan ini.
Thanks untuk menelaah setiap ayat yang saya tuturkan disini. 
K assalamualaikum reader sekalian <3



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)