Entri Rojak.




Assalamualaikum. Haippppppppp! Harini happy sangat-sangat-sangat-sangat.
Pagi tadi after baca yassin dekat dewan semua tu, tetiba cikgu ada macam nak
umumkan sesuatu. Hik hik hik macam majlis rasmi pun adoooo. 
Rupa rupanya nak umumkan kelas terbersih keseluruhan sepanjang tahun 2011 ni.
Fuyooooo! Fuyooooo! Bebudak 5 Syumul terutamanya esaited nak mati haha
Ok almost 12 kali dah menang. Cikgu cakap asyik kelas ni aje menang, kelas lain 
pergi buat rombongan cik kiah ke kelas 5 Syumul tu. Kejap, nak riak sikit moleh tak moleh tak? kui kui
So tadi ada dalam 10 buah kelas dapat hadiah saguhati berupa baucer duit woi duit,
then tempat ketiga. Masa ni tak umumkan lagi kelas kami dapat tempat ke berapa
agak agak dapat tempat kedua or first lah kennnnnn. Yang kami ni sibuk dok berbincang,
"karang nama kelas kita naik, tepuk kuat kuat tau. Kalau boleh, jerit sekali!" 
Dan akhirnya kelas kami kecundang dapat tempat kedua. Tempat pertama menengah rendah,
aduh tak aci tak aci. Kiteorang menang 12 kali beza dua aje dari kelas mereka, 14 kali.
Jadi waktu cikgu umum kelas 5 Syumul naib johan peh peh esaited gilooooo tepuk tangan
ada yang boooooooo! kau nak jealous jealous ni pehal? Rezeki masing masing lee wei. 
Naim naik ambik sampul baucer pun muka tak tahan. Ustazah selaku guru tingkatan
sampaikan baucer tu. Cikgu cakap bergantung kepada berapa kali kita menang kelas terbersih tu,
selepas dicongak congak fui fuiww RM96 keseluruhannya. Lepastu bincang bincang
kalau nak agihkan sama rata pun macam tak memadai aje pula kan RM3 sorang,
So ambik keputusan yang boleh memaksimumkan kebajikan 5 Syumul, kita ambik duit tu
buat jamuan kelas sebelum SPM bermula. Bapak untung tahun ni, tak payah kutip duit bagai.
Sponser ramai. hik hik hik. Dengan berbekalkan duit baucer tu, duit kelas lebih lebih dekat
Fatin yang tahun lepas punya tu, duit kerry kutip bonda suruh setiap kali bebudak ni tak
bawak buku, fuh banyak sangat dah tu. Dah boleh tampung. Makan pun boleh yang sedap sedapppp!
Tahun ni banyak betul dapat 'durian runtuh'. Waktu bulan 5 pihak koperasi kasi dividen untuk
budak form five RM7 sorang, lepastu tak semena-mena dapat RM96 ni pula. Untung sekolah
macamni, baik hati. Ni rasa macam takmoooo tinggalkan sekolah ni, aduh aduh.
Tak payah dah sibuk kan diri mengutip duit, untung sangat. So tadi bincang dengan ustazah
jamuan ni kita nak buat dekat mana. Bebudak ni cadang nak buat dekat luar dari kawasan sekolah.
Fuh private partyyyyy! Then ustazah cakap lepastu nanti macamana nak panggil cikgu cikgu
kiteorang? Hmm? Haha yang tu no komen. Nanti ramai pula jemputan yang tak diundang. Alahai,
Overall, Alhamdulillah dengan 'durian runtuh' ni. Big thanks tu Hafiz and the gang dan dan
kami juga sebab bersama-sama jaga kebersihan kelas cat kelas warna pink comel comel tu
sampai kena puji sokmo dengan pihak pentadbir. Tanpamu kelas tak akan bersih kui kui kui.

Yang diatas ni cerita pasal perihal harini. Fuh terasa sedang berada diambang ambang SPM sudah ni,
sini sana pergi chit chat chit chat pasal SPM. Memang SPM fever sunggoh!
Budak form five mana moleh cerita pasal benda lain dah dekat sekolah sekarang ni,
tajuk penting dalam setiap perbualan pasti SPM SPM SPM! Nak bosan moleh takkkkk?
Tapi syokkkk juga. Takdoooo lah nanti macam tak sedar diri en en en en, lupa diri semua tu,
sekurang-kurangnya setiap hari kena ingat hari semakin berkurang. Jadi bermakna, SPM makin dekat.
Latih tubi latih tubi latih tubi. Saya akui dulu saya kurang suka bab Maths. Tak suka tak suka.
Tapi sejak dah 'SEDAR DIRI' ni, makin seronok buat Maths. Sejak Allah dah buka minda saya
untuk tahu benda yang saya taktahu sebelum ni, makin enjoy buat mendalah tersebut.
Macam tiap tiap hari nak buat. Nak tajamkan fikiran dengan ilmu mathematics ni.
Addmaths pun sama. Target untuk SPM sekadar nak dapat lulus aje. Nak masuk Matrikulasi pun
nak kena dapat E aje. InsyaAllah. Usaha lebih, Allah akan kasi setimpal dengan usaha kita itu.

*Saya guna gua*

Malam semalam punya semalam. Tengah gua study Akaun, gua dikejutkan dengan panggilan
telefon daripada orang yang gua tak sangka pun akan telefon gua. Gua kenal.
Abang form six dekat sekolah gua tuuuuu. Berkira kira dalam hati nak angkat ke tak.
Sebelum tu dia ada sent text tanya perbezaan something ni lah ken, then gua cakap sambil lewa
malas nak fikir. Then dia tanya berapa lama gua ambik masa nak jawab soalan dia tu?
Gua dengan hati girang lagi syok sendiri, 60 saat! Lepastu lah dia call gua tanya format
Penyata Pendapatan dalam masa 60 saat. Fuh tercungap cungap gua kasi alasan mana ingat mana ingat. 
Terkaku gua saat itu. Nasib baik alasan gua bisa diguna pakai. Geniusnya gua moleh hafal
format Penyata Pendapatan dalam masa 60 saat! Syoknya kalau dapat jadi se-genius itu. kui kui kui,
Kan dah kena balikkkkkk kau Ain. Lain kali fikir dulu sebelum buat. Tetiba gua rasa merah padam muka.
Gua pun kawal nervous system gua. Jarang sekali gua berbicara sama makhluk bernama lelaki
ditalian. Apatah lagi numbor yang gua tak kenal langsung. Gua memang takut nak angkat. heh.
Pernah juga gua terfikir mana tahu tu emergency case kah kan, alah text adoooo kan,
kenal kan diri anda dulu. Baru saya moleh pertimbangkan call daripada anda tu,
Gua bila cakap dengan orang yang baru first time call gua ditelefon, untuk mengawal nervous tu
gua akan ketawa comel comel gituwww! Cakap pun buai laju lajuuuuu aje. Sampai kalau boleh kena
ulang sebanyak berkali kali. Bak kata orang tua tua, "sebutan awak tu tak jelaslah dik..."
Ehem suara abang tu best dalam kurungan comel. Gua pun layan kan ajeeee. Gua ungkit pehal
dia tak datang jumpa gua tolong ajar Akaun petang petang, hoi hoi dia tengah final exam sekarang.
Alasan munasabah. Nevermind. Then kami borak borak pasal sekolah, dia cakap kalau nak tengok
gua tegur dia dekat sekolah sampai kiamat pun belum tentu hak hak hak gua pemalu sikit dekat
sekolah fiuww control keayuan lah katakan. Tahun akhir dekat sekolah ni kena tunjuk sopan sopan
sikit, tak payah nak menyetan sangat en, *rekod bersih ni alhamdulillah*
Dalam 15minit kami berborak, dalam 15minit juga lah nervous gua tak dapat dibendung dan ditangani.
Nafas pun tak menentu, punya lah nervous sangat letteww eleh. Dia promote gua masuk
form six next year atau nama glamournya, Pra-Universiti. Nak jumpa gua lagi lettew tahun depan haha,
Masuk form six tahun depan ambik RM200 then blah lah, keji tak buat perangai cemtu? Muehehe,
Kalau boleh gua dah takmoooo dah duduk situ, banyak sangat kenangan pahit daripada kenangan manis,
kenangan tawar tawar masin piuhhh puihhh pun adoooo. Dia kata form six senang ajeeee!
Pengaruh lah gua dengan apa cara sekalipun, gua takmo gua takmo. Tapi jangan melebih sangat
'takmoo'nya Ain, jakgi tak pepasal kau gila bayang dekat form six pula. Fui fuiww!
Sedang gua berbicara pasal apa entah ditalian sambil dia khusyuk mendengar, tetiba talian terputus.
Macam bangkai woiiiiiii! Hangin betul lah gua kalau cemnik kan. Dengan tak habis cakap lagi,
tetiba celcom menyetan tak berhati perut sunggoh. Ni nak protes ni. 2 minit kemudian
gua dapat text daripada abang gua tu, "Gud nite. thanks hehe. salam". Ni rasa macam nak 
berpaling arah aje ni, cik Celcom! Nasib baik gua ni jenis yang setia aduh auw auwww!
Tapi gua berpuas hati sebab kan sebab kan gua dapat cakap dengan dia. Nama satu sekolah,
tapi jarang sangat bertembung. Rehat waktu yang sama, kadang kadang hanya berselisih.
Cara dia cakap, fuhhhh macam orang besar besar dooo. Cara cakap memang buat gua kagum.
Tahap kematured kan dia tu terserlah. Sampaikan gua terfikir, benarkah cakap cakap orang
sebelum ni yang dia tu kurang baik? Gua malas nak fikir masalah orang. Gua suka dia anggap
gua sebagai seorang adik so takdooo lah gua rasa lain macam en en en, hik hik
Gua bahasa kan diri gua Ain dan gua panggil dia abang lah kan sebagai tanda hormat,
dia bahasa kan diri dia abang dan dia panggil gua dengan panggilan adik. It's okay.
Keselesaan itu penting. Gua selesa dengan orang gua bahasa kan diri dengan nama. Nampak cun sikit.

*Gua jadi saya*

So sepanjang saya terpisah daripada buddies saya yang tersayang gila babi 3 orang tu sebab
mengikuti jadual anjal dikelas yang berbeza ceh padahal waktu Maths aje pun,
saya lebih konsisten apabila cikgu kasi penerangan didepan. Tiada lagi gurau senda gelak tawa bagai.
Saya seorang diri. Tiada teman rapat disisi. Ni padahnya dulu suka main main!
Disebabkan saya seorang diri tetiba saya jadi seorang yang pendiam dan tekun membuat latih tubi.
Saya rasa saya sedang menetap di dunia yang asing bagi saya. Padahal dalam kalangan teman 
rapat saya, saya lah hantu gelak hantu ketawa tak ingat dunia. Bila terpisah daripada mereka,
saya jadi seorang pendiam sediam diamnya. Kadang kadang bila orang buat lawak,
saya ketawa. Tapi tak macam dalam kelas saya, ketawa macam yela awak sorang je ada suara en,
Orang disekeliling saya adalah orang asing bagi saya. Satu sekolah, tapi saya tak pernah menunjukkan
minat untuk mengenali mereka. Bukan sombong, tapi saya rasa macam tak perlu. Takut juga
kalau orang melabel saya sombong. Dengan perempuan saya memang rapat kalau tak kenal pun,
kalau lelaki memang jarang sama sekali. Dalam dunia ni boleh kira berapa lelaki aje yang saya 
betul betul kenal. Heran juga ada kawan perempuan saya tu pergi sana lelaki tegur pergi sini
lelaki tegur, ramainya lelaki yang kenal awak ye? Kadang kadang tengok muka budak lelaki tu
bukan baik baik, eeeuww euuwww takutnya. Sebab itu saya jarang nak kenal dengan lelaki.
Kawan lelaki saya adalah terhad didalam kelas aje. Sangat takut nak bergaul dengan budak lelaki
kelas lain lagi lagi yang memilik perwatakan yang menakutkan. Fuh fuh! Simpang malaikat 44.
Jadi sekarang saya belajar daripada kesilapan lalu. Bila cikgu yang ajar saya tu masukkk kelas,
sepanjang kelas saya asyik menunduk. Malu. Segan. Semua ada. Sapa tak segan kalau apa
yang cikgu harapkan selama ni tak dapat kita capai walaupun bukan SPM sebenar lagi pun.
InsyaAllah, pada SPM sebenar nanti saya nak capai gred A+. Kalau kita usaha, insyaAllah Allah akan bantu.

Panjang tak? Panjang tak entri ni? Mana panjang kan, kui kui kui. 
Now, sifat malas dah moleh singkirkan sedikit demi sedikit dalam diri,
dengan harapan dapat hapuskannya secepat mungkin. InsyaAllah.
Kbai. Assalamualaikum readers. Lots of Lovesssss! <3
 



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)