Cinta untuk Dania: bab 3






Sambungan daripada Cinta untuk Dania 1 dan Cinta untuk Dania 2.

***

Setahun kemudian....

Pejam celik pejam celik, hari ini merupakan hari pertama mereka menginjak ke tingkatan tiga.
Ini bermakna usia mereka kini sudah beralih ke angka 15. Sudah setahun pemilik nama
Dania Natrisya dan Hakim Asyraf menjalinkan hubungan. Sifat kematangan yang ada dalam
diri Dania amat disenangi oleh Hakim. Sikapnya yang suka berlawak, sentiasa happy-go-lucky
menjauhkan dia daripada musuh. Sesiapa sahaja yang mengenali Dania pasti berasa
seronok apabila berdamping dengannya. Walaupun Dania dan Hakim tidak sekelas, ini tidak
membataskan pergerakan mereka untuk berjumpa setiap hari kerana kelas mereka hanya
sebelah menyebelah. Sejak dari tingkatan satu lagi kelas mereka asyik sebelah menyebelah, 
itu yang dinamakan jodoh, hihi, getusnya.

"Woi cik kak yang comel ni buat apa haa dekat sini?". tegur peah dari belakang.
Rindunya dia setelah sekian lama tidak bersua muka dengan rakan karibnya itu, Dania. 
Cuti sekolah akhir tahun yang lalu mereka langsung tidak bertemu oleh kerana 
masing-masing sibuk dengan cuti yang dirancang oleh keluarga.

"Kau ni dari dulu sampai sekarang asyik dok termenung mengelamun. Tak termenung,
kau mengelamun lepastu senyum senyum macam kerang busuk basi. Memang hobi 
kau eh nia?". sambung peah lagi.

Kelihatan Dania sedang duduk termangu sambil menongkat dagu disebuah pondok
sambil matanya tidak lekang memandang kearah sekujur tubuh yang sedang bercakap
dengan rakannya disebalik tiang telefon. Waktu ini merupakan waktu rehat bagi pelajar
menengah rendah. Lelaki ini selalu menggetarkan jiwaku, bisiknya sambil tersenyum. 
Manis sungguh.

"Kau ni pun dari dulu sampai sekarang memang tak reti-reti nak bagi salam dulu ke
sebelum tegur aku. Nasib baik aku tak ada heart-attack, kalau tak dah lama aku
jalan woi peah. Lepastu mula lah kau sedih sebab kehilangan kawan
kau yang comel ni kan. Kejap lagi aku kasi flying kick kang baru kau tahu, ish".
ngomel Dania sambil memarahi laku peah yang seringkali mengulangi kesilapan yang 
sama. Padahal sudah acap kali dia menegurnya.

"Okay lah. Aku surrender lah kan. Kesian member aku sorang ni. Tulah kau, lemah
semangat sangat". ujar peah sambil mengusap kepala Dania tanda simpati.
Pantas sahaja Dania menepis. Seterusnya ketawa mereka meledak.

"Anyway, dari tadi aku tengok kau asyik pandang arah sana je, kau pandang sapa wei?"
luah peah.

Dania sempat menjuihkan bibirnya kearah lelaki yang berbaju kemeja sekolah itu.
Sumpah smart, ujarnya didalam hati. "Aku tengok dia tuuuuuuuuu. Comel pulak aku
tengok harini. Kau nak tahu satu rahsia tak?". jelas Dania sambil tersengih.

Peah berpaling kearah lelaki yang ditunjukkan oleh Dania. Kemuadian dia berpaling
semula menghadap Dania sambil menunjukkan riak wajah ingin tahu. "Apa dia wei?"

"Waktu cuti sekolah haritu kan, kiteorang dah declair tau. Sweet gila cara dia. I like!
Cair aku dibuatnya. Tapi kau tahu kan, aku ni bukan minah jiwang karat. Kadang-kadang
geli jugak bila dia bersayang-sayang dengan aku. Tapi memang sweet ah seriusly.
Tapi bila dekat sekolah malu pulak aku nak tegur dia"luah Dania sambil menunjukkan 
riak gembira.

Peah yang mendengar sejak tadi pantas menggaru-garukan kepalanya.

"Eh wait wait. Kau cerita pasal sapa ni nia? Laki sebelah kanan tu ke laki sebelah kiri tu?"
tanya peah tanda confuse kerana arah yang ditunjukkan oleh Dania sebentar tadi terdapat
dua orang lelaki iaitu Hakim dan Dollah.

"Hm kau ni kalau aku cakap benak kang, terasa hati lah makan dalam lah aku selalu
cakap kau macamtu lah. Tapi hakikatnya kau memang macamtu tau. Tak kan lah aku
nak couple dengan Dollah tu pulak. Dah lah botak, kaki buli pulak tu dekat sekolah ni.
Tak teringin aku. Dah sah-sah aku cakap pasal mamat hensem sebelah kanan tu wei".
balas Dania bersuara hampa. Letih juga kadang-kadang dia melayan sikap peah yang
lurus bendul itu.

Lantas peah tersenyum sumbing.

"Maksud kau, si Hakim tu ke nia? Amboi kau nia, boleh tahan jugak kau ni ye. Patutlah
aku tengok muka kau makin berseri-seri naik sekolah ni. Untunglah jadi
orang cantik, semua orang suka. Tak macam aku, dah lah pendek tak lawa pulak tu.
Mana ada orang nak"luah peah sambil menundukkan wajahnya.

Sebaik sahaja mendengar ayat peah yang berbaur sedih itu lantas Dania ketawa.

"Eleh kau. Orang pendek berbadan 'comel' ni, cantik k. Aku dengar dulu si samdol tu
tergila-gila dekat kau sampai sanggup redah hujan semata-mata nak kejar kau, kau
pulak buat tak layan, pehal beb?". ujar Dania sambil menatap muka sahabatnya itu.

"Walaweh. Kau dengar mana pasal ni nia. Ni mesti si kiah mulut becok tu cerita kat
kau eh? Kau tak kenal si samdol tu. Nama dah lah kekampungan, muka macam buntot
kuali lepastu kaki perempuan. Aku tahu dia berlakon je tu main kejar-kejar aku redah
hujan bagai macam hero tapi kaki kencing perempuan sebab tu aku tak layan. Tapi aku
heran lah nia, muka dia tak ada lah kacak mana macam pakwe kau tu tapi perempuan
sibuk dok kejar dia. Agaknya perempuan yang kejar dia tu kena mandrem tak? Boleh jadi
jugak. Bukan boleh percaya sangat si samdol tu, muka macam pecah rumah orang je
aku tengok. Geram aku". jelas peah sambil menggepal penumbuknya. Berkerut-kerut
mukanya.

"Kau kalau kasi bercakap macam tak nak berhenti ye. Marahnya kau dekat si samdol tu.
Patutlah aku selalu nampak dia bertukar-tukar perempuan haritu. Maybe lah
kena mandrem lettew kan". tutur Dania.

Peah mengangguk-angguk menandakan dia mengiakan apa yang Dania beritahu
sebentar tadi.


"Tulah, aku pun fikir cenggitu jugak ni. Tapi buat apa kita cerita pasal samdol ni,
buang karan je. Eh nia, kau takmo cerita ke macam mana si Hakim tu ngayat kau?
Mesti sweet en en en, jeles aku wei". ujar peah perlahan tapi masih mampu
didengari oleh Dania lagi.


KRINGGGGGGGGG!


Belum sempat Dania ingin membuka mulut, loceng jam 10.00pagi sudah berbunyi. Ini
menandakan waktu rehat sudah tamat. Mereka berdua terus bergegas meninggalkan
pondok makmal tersebut lalu terus menuju ke kelas.




Di kelas 3 Marikh

"Nia, tadi sebelum kau masuk kelas, mamat kelas sebelah tu kirim salam sayang dekat
kau tau. Kau ada pape ke dengan dia, nia?". ujar Danish sewaktu melihat Dania masuk
ke kelas bersama peah.

"Oh, waalaikummussalam. Sejak bila pulak kau ni jadi pengirim salam orang pulak ni.
Eh aku tak ada pape lah dengan dia. Sibuk busybody hal orang kau ni". marah Dania
sambil menjengkelkan matanya kearah Danish.

Danish tersenyum. Lagi kau buat macamtu, lagi comel kau nia, bisiknya perlahan.

"Aku bukan apa. Haritu aku jumpa dia dekat mana ntah aku tak ingat dah. Lepastu
dia banyak tanya pasal kau tau tak. Esaited gila muka dia nak tahu semua pasal kau.
Yelah, aku bukan tahu banyak pun pasal kau kan. So, aku cakap benda yang aku tahu
jelah. Lepastu dia terus blah macamtu je. Sebab tu aku macam curiga je kau dengan dia
ni nia oii". bicara Danish sambil menampakkan aset dua batang gigi arnab miliknya.

Dania menunjukkan wajah terujanya. Speechless sungguh dia.

"Ohh, really? Bila dia jumpa kau? Kat mana? Hari apa? Pukul berapa?". tanya Dania
bertalu-talu.

"Ahh kau esaitednya nak tahu. Betul kan kau ada pape dengan dia. Bagitahu lah aku nia.
Aku pun kawan dia jugak apa. Kedekut betul kau ni". bidas Danish selamba.

"Kau kawan dia kan, kau tanya lah dia sendiri. Aku no komen. Malas aku nak layan
orang busybody macam kau ni, nish". ujar Dania lantas menunjal kepala Danish
seraya terus berlari kearah peah yang sejak tadi asyik berborak dengan Mail.

Macam macam lah kau nia. Kau memang layak dapat dia, dia memang betul-betul suka
kan kau walaupun aku dah lama ada hati dekat kau, ujar Danish perlahan sambil mengejar
Dania dari belakang. Sempat lagi dia tersenyum melihat keletah sahabatnya itu.


Di library cempaka harmoni

Sambil Dania sibuk menelaah bahan bacaannya di dalam library cempaka itu, tiba-tiba
dia disapa dari belakang. Dia terasa ada seseorang memegang bahunya.

"Eh apa main pegang-pegang ni. Sopan lah sikit......". belum sempat dia menghabiskan
kata-katanya, lelaki tersebut terlebih dahulu mengambil tempat bertentangan dengannya.

Pantas Dania mengurut-urut dadanya. Ya, dia benar-benar terkejut.

"Hai dear. Sorry! Saya tak berniat pun nak terkejutkan awak tadi. Dari tadi saya tengok
awak kusyuk gila membaca. Awak baca apa tu?". tutur Hakim sambil tersenyum kacak.

Lantas Dania pun turut tersenyum. "Haiiiiiii, laaa ingatkan mamat mana lah main
sentuh-sentuh bahu saya tadi, awak rupanya. Nasib baik siku saya tak naik atas muka
awak tadi haha. Hm saya tengah buat revision untuk presentation next week ni. Awak
pulak buat apa? Intai saya eh?". biacara Dania sambil ketawa sopan. Gediknya aku, bisiknya.

"Hai Cik Dania, mestilah saya baca buku masuk library ni. Tapi sambil-sambil tu saya intai
budak comel dekat sini". jelas Hakim sambil tangannya mengetuk-ngetuk perlahan
meja yang sedang mereka duduki.

Dania sedaya upaya menyimpan degupan jantungnya ketika ini. Gemuruh sungguh dia
setiap kali berhadapan dengan lelaki ini.

"Hm awak, saya nak mintak tolong sikit dengan awak boleh tak? Boleh tak?". pinta Dania
perlahan.

"Hah? Apa dia? Kalau untuk Cik Dania kita, saya sanggup buat apa-apa je sekalipun. Tapi
kalau nak suruh terjun bangunan, saya takmo ah". ujar Hakim sempat lagi dia berseloroh.

"Hmmm......hmmmmm..... sebenarnya kan saya nak mintak tolong awak
ajarkan saya Math. Dah lama dah saya nak cakap, tapi saya maluuuu! Saya ni 
lembab sikit dalam bab mengira. Tu pun kalau awak sudi lah, kalau tak sudi pun takpe...".
Dania menundukkan wajahnya lantas dia mengerling kearah Hakim.

Hakim sedari tadi asyik meneliti setiap inci raut wajah Dania terkejut mendengar
sergahan Dania memanggil namanya. Muka dia memang cantik seindah namanya, getus Hakim.

"Kim, awak dengar tak apa yang saya cakap tadi. Awak pandang saya macam nak telan
tu apehal?". luah Dania sambil melambai-lambai tangannya ke muka Hakim.

"Eh eh, saya dengarlah. Awak nak suruh saya ajarkan Math kan? Boleh jeeee haha saya
lagi suka tau. Bila?" tanya Hakim sambil mengenyitkan matanya kearah Dania.

"Bila-bila je awak free. Atau esok awak free tak?". ujar Dania lembut.

Hakim memandang tepat kearah mata Dania.

"Esok ye? Ok saya free je. Esok lepas habis waktu sekolah area pukul 3.00 tu, awak
tunggu saya kat kelas k. Nanti saya pergi kelas awak, kita pergi sama-sama dekat
pondok tu ye. Ok lah awak, saya ada kelas lepasni. Jumpa esok k sayang, bye!"
selesai mengucapkan ayat terakhir itu pantas sahaja dia meninggalkan library
cempaka harmoni.

Dania melihat dari jauh kelibat Hakim sambil tersenyum manis. Lantas dia mengemas
barang-barangnya lalu beredar dari library tersebut.


Keesokkan harinya...

KRINGGGGG! Loceng terakhir berbunyi menandakan tamat waktu pembelajaran pada 
hari ini. Rakan kelasnya semua sudah pulang keluar dari kelas. Hanya terdapat
segelintir sahaja yang masih berada didalam kelas untuk mengadakan perbincangan
dalam kumpulan petang ini.

Baru jam 2.30petang, awal lagi ni, getusnya.

Sedang dia duduk ditempat duduknya sambil mengelamun, dia seakan terdengar orang
memanggil namanya.

"Pssstttt, woi Dania. Akim suruh kau tunggu dulu kat sini k. Dia pegi solat zohor jap
dekat surau. Eh kau tak solat?". ujar Haziq disebalik pintu bilik darjahnya. Haziq merupakan
kawan kelas Hakim.

Dania berpaling memandang kearah Haziq yang sedia berdiri disebalik pintu kelasnya.

"Oh, ok! Kata kat dia aku tunggu kat sini ye. Tak, aku off day harini". kata Dania seraya
berpaling ke tempat lain.

Haziq sudah mengatur langkah pulang ke kelasnya.

10 minit kemudian, Haziq muncul kembali di muka pintu kelasnya.

"Wei nia, kim tanya kau nak study kat mana?". jelas Haziq.

"Mana dia kim, ziq?". tanya Dania lantas bangkit dari tempat duduknya menuju kearah
Haziq yang setia berdiri dipintu kelasnya itu.

"Ni dia.....". tiba-tiba muncul kelibat Hakim dari kelasnya.

"So, kita nak study kat mana ni?". tanya Hakim kepada Dania.

Lantas mereka berdua bergerak ke satu sudut untuk melihat tempat yang sesuai untuk
mereka study.

"Kalau tempat duduk kat tepi kolam tu ada orang pulak. Tapi kalau kita duduk kat
tempat duduk bilik gerakan siti fatimah tu cikgu mesyuarat kang cikgu cakap apa pulak".
ujar Dania was-was.

"Tulah, tepi kolam tu panas ah. Sian pulak kat awak nanti. Kita duduk kat tempat duduk
sana jelah k. Jap saya nak amik buku dgn bekas pensil saya jap dalam kelas".
Hakim terus beredar ke kelasnya.

Dania juga ke kelasnya untuk mengambil alat tulis dan buku Matematik.

"Ok jom!". kata Hakim sambil berjalan disebelah Dania.

Kelihatan Haziq juga turut mengekori mereka dari belakang. Pelik Dania melihatnya.

"Yang kau ikut kiteorang sekali ni kenapa ziq?". tanya Dania sambil berpaling ke belakang.

"Hm kim yang suruh aku ikut korang sekali, so aku ikut jelah". jawab Haziq selamba.

"Oh, ok lah bertiga kan...". bidas Dania acuh tak acuh.

Hakim dan Dania berjalan beriringan menuju ke tempat duduk berhadapan dengan
bilik gerakan siti fatimah. Dania dapat merasakan ada mata-mata yang sedang memerhatinya
dari jauh. Dania ambil langkah tidak mempedulikannya.

Dania mengambil tempat di sebelah Hakim manakala Haziq bertentangan dengannya.
Lantas Dania menyelak helaian buku Matematik dihadapannya.

"Ok awak, saya nak suruh awak ajarkan yang ni. Yang nombor 15 ni, cane ek? Saya
kureng sikit bab circle circle bagai ni". tanya Dania sambil menunjukkan nombor soalan
yang dia tidak faham itu.

Hakim menerangkan kepada Dania satu persatu. Dania ralit mendengar penerangan
Hakim sesekali matanya memandang muka Hakim. Sweetnya kau, getusnya.

Lepas satu satu soalan yang ditanya oleh Dania. Dan kini dia sudah faham sikit tentang
bab circle yang kurang digemarinya sejak azali lagi.

"Eh Dania, tengah buat apa tu?". tanya cikgu Irwan yang kebetulan lalu dikawasan itu.

"Tengah study lah cikgu!". jawab Dania dan Hakim serentak.

"Yeke study? ke buat apa tu?". ujar cikgu Irwan dengan nada curiga. Mungkin kawasan
itu agak terpencil oleh kerana itu cikgu berasa curiga. Matilah aku, bisik Dania perlahan.

"Betul lah cikgu, kiteorang tengah study ni. Lagipun kiteorang tiga orang ni kan".
balas Dania. Saat itu dia mula mensyukuri kehadiran Haziq ketika itu. Boleh juga dijadikan
alasan.

Cikgu Irwan tersenyum sinis sambil berlalu meninggalkan tempat itu.

"K sambung. Kan ni dia cakap panjang dia 24cm lepastu lebar dia 23cm so tinggi 
dia 7cm lah, jadi awak kena buat camni....". terang Hakim sambil tangannya ligat
menconteng buku Matematik Dania itu.

Dania mendengar dengan teliti setiap penerangan yang diberi kepadanya. Kadang-kadang
jari mereka bersentuhan antara satu sama lain ketika pensil mekanikalnya bertukar tangan.
Sedikit sebanyak dia faham apa yang telah diajar oleh Hakim kepadanya.

"Orait sekarang dah pukul 4.30, over all awak paham kan apa yang saya ajar? Sorrylah,
saya tak berapa nak pandai sangat ajar orang. Kalau buat sendiri tu, boleh lah".
jelas Hakim dengan senyuman terukir di bibirnya.

"Ehhhh saya paham lah. Thanks tau! Balik jom? Lagi lama kita dekat sini, lagi ramai
cikgu lalu lalang so lagi ramai cikgu curiga akhir sekali nama kita nanti naik dekat
perhimpunan karang. Tak takut?". luah Dania lantas mereka bertiga ketawa berdekah-dekah.

Hakim dan Haziq sudah bangun untuk menuju ke kelas. Pantas Dania bersuara.

"Eh tunggu lah saya! Jalan sama-sama lah". ujar Dania sambil tangannya ligat mengemas
alat tulisnya.

"Eleh tu pun nak suruh tunggu. Bukan jauh pun kelas kau tu nia oii". selamba Haziq
membidas kata-kata Dania. Hakim disebelah tersenyum.

"Eleh aku bukan suruh kau tunggu, ziq. Aku suruh pakwe aku je tunggu. Welkkk!"
balas Dania. "Eh awak, kalkulator awak ni. Taknak ke? Thanks tau kasi pinjam". sambung
Dania lagi sambil menghulur kalkulator itu kearah Hakim pantas Hakim menyambutnya.

Haziq memandang pelik. Kemudian bersuara. "Lahh, mati-mati aku ingat kau nak
salam tangan akim tadi". ujar Haziq yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati.

"Hotak kau. Eeeee gila ah kau ni, buat malu aku je. Jum ah awak!". marah Dania
sambil menjeling kearah Haziq. Haziq ketawa melihat jelingan mata Dania itu. Marah
sungguh dia.

Mereka berjalan menuju ke kelas. Sebelum mereka berpecah, Dania sempat tersenyum
manis lalu berkata, "Kim, thankssssss tau dear ajar saya tadi. Hargai sangat-sangat.
Entah kenapa senang je ilmu saya masuk harini. Cara awak ajar tadi kalah cikgu saya
ajar dalam kelas auww, best sangat! Lain kali kita study sama-sama lagi k, 
bye comel saya!". terus dia mengatur langkah.

"Orait, no problemo. Saya on je nak ajar buah hati saya ni bila-bila masa pun. Sweet tak?
Sweet tak? Haha k malam ni saya text awak k. Bye hensem saya!". pantas Hakim
juga melangkah maju ke kelasnya untuk pulang ke rumah.

Dania berjalan seorang diri menuju ke pintu pagar sekolahnya. Bila teringat akan
hal tadi, dia tersenyum lebar. Sumpah aku bahagia, sungguh bahagia. Terima kasih
ya Allah kau telah menghadiahkan dia untuk aku, bisik hatinya lantas mempercepatkan
langkahnya menuju ke luar sekolah.

Aduh, daddy ni selalu lambat huh, ngomelnya sendirian.


***


bersambung....



(bersambung lagiiiiiiiiiii. Mana letih 5 jam dok fikir menaip mendalah ni. Saya tahu cerita ni
tak superb kan, ada yang kesah ke? Next entry.... assalamualaikum)




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)