Cinta untuk Dania: bab 4







***

"Daniaaaa!" jerit Kelvin dari arah belakang. Tercungap-cungap dia menyaingi langkah
Dania yang dari tadi melangkah maju kehadapan dengan begitu pantas sekali. Bila ditilik
tak ubah seperti lipas kudung. Laju kemain. Tahu lah kaki panjang.

"You nak apa ni Kelvin? I nak cepat ni. I ada kelas dekat bilik kuliah ni...". ujar Dania
seraya berpaling kearah Kelvin. Kakinya tetap mengatur langkah. Memang dia ingin cepat
sampai ke bilik kuliah memandangkan hanya dia seorang sahaja yang terlambat. 
Ini lah padahnya pergi tandas masa sejarah. Tak pasal-pasal aku kena bambu dengan
Cikgu Bedah kejap lagi. Tapi mummy cakap kencing tak boleh tahan, nanti batu karang hm,
ngomelnya sendiri. Mulutnya terkumat-kamit memarahi Kelvin sejak tadi menjerit memanggil
namanya, tak ada masa lain ke nak panggil aku ish, keluhnya perlahan.

"Alaaa Dania tunggu lah kejap. I just nak pass surat ni dekat you jelah. Yang you lari
tu kenapa. penat I kejar tau. Nah surat ni abang pengawas tu kasi....". jelas Kelvin sambil
menuding jari kearah tempat duduk ditepi dewan itu. Sebelah tangannya lagi masih mengelap
peluh yang kian merecik didahi. Tercungap-cungap dibuatnya. Malang sekali pengawas
yang ditunjukkan oleh Kelvin sebentar tadi telah tiada disitu.

Dania menyambut huluran surat berwarna pink itu dari tangan Kelvin. Jambunya, bisik Dania. 
"Abang pengawas mana yang kasi surat ni Kelvin, tak ada pun. Mana mana?
you jangan macam-macam dengan I Kelvin....". ugut Dania. Jari telunjuknya dihalakan
kearah Kelvin tanda berjaga-jaga.

"Eh Dania. Betul I cakap. Tadi abang pengawas tu suruh I kasi surat ni dekat you.
Tapi sekarang dah tak ada. Tadi dia ada je dekat situ....". Kelvin memuncungkan mulutnya
kearah tempat yang dimaksudkan. Kepetahan Kelvin berbahasa Melayu amat dikagumi
oleh Dania tapi sayangnya lurus bendul. Se-geng lah tu dengan peah hihi, Dania hampir tergelak.

"Maybe dia malu dengan you kot nia. Tapi dia ada pesan dengan I masa pass surat ni,
dia cakap suruh you bukak surat ni masa dah sampai dekat rumah. I pun pelik. Tapi
apa-apa pun you just take it jelah surat tu ya. I ciao dulu. Bye!". Kelvin terus
meninggalkan Dania yang masih memegang surat berwarna pink itu dengan seribu tanda
tanya. Sememangnya, sebelum ini pernah juga dia menerima sepucuk surat sebegini.
Bukan sekali, sudah acap kali. Apa pulak isi kandungan surat ni ye, ish ish ish, ngomel Dania
sambil matanya meneliti luaran surat pink itu lantas berlalu meninggalkan perkarangan
dataran sekolahnya itu menuju ke bilik kuliah. Mesti kena marah dengan cikgu, hm nasib,
sambungnya lagi.


Di rumahnya...

Selesai mandi dan menunaikan kewajipannya sebagai umat Islam, dia terus berteleku
di birai katil biliknya. Penat dia memikirkan siapakah gerangan yang bersusah payah
menulis surat untuknya kali ini. Dulu Irfan pergh ayat nak bunga-bunga je suruh aku
tangkap cinta dengan dia, lepastu Haikal yang stok nak ayat novel je jiwang kemain
geli aku, tiga minggu lepas Amir siap merayu bagai suruh aku terima dia alahai rendahnya
maruah kau sebagai seorang lelaki ye mir, bisiknya lama-lama dia tersenyum sendirian.
Surat-surat yang pernah diterimanya dahulu dikumpulkan dalam satu kotak khas.
Nak buang sayang pulak, ujarnya sambil tangan ligat mencari surat yang baru diterimanya
daripada Kelvin sewaktu di sekolah tadi.

Tangannya masih ligat mencari surat itu didalam beg sekolahnya. Aish mana aku letak ni,
rasanya dekat poket depan ni lah, mana ni adoi, ngomelnya.

Dalam masa lima minit dia menyelongkar beg sekolahnya itu. Dan akhirnya jumpa juga.
Yes! Ni pun, pandai kau sorok ye hihihi, terpancar riak gembira diwajah Dania.

Dania membuka surat berwarna pink itu perlahan-lahan. Setiap kali dia membuka surat
kiriman entah daripada sapa-sapa itu, pasti dia berasa takut. Dia pun tidak mengerti.
Walaweh mamat ni, wangi jugak surat dia ni. Kalah minyak wangi aku, ujarnya sambil 
melekapkan hidungnya kearah surat itu. Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim dia membaca
surat itu dengan teliti.


Assalamualaikum Dania. Maaf jika saya mengambil masa awak untuk menelaah surat saya yang tak seberapa ni. Sorry jikalau saya tercuri masa awak. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal awak. Saya selalu nampak awak dengan geng-geng awak dekat kantin. Mungkin Kelvin dah kasitau awak yang saya ni pengawas kan, so masa saya bertugas dekat kantin lah, saya selalu nampak awak. Saya selalu curi-curi pandang awak dari jauh. Saya tahu awak tak perasan kan. Dari riak wajah awak masa dekat kantin, awak tak pandang sapa sapa pun kalau awak nak beli makanan. Badan kurus, makan punyalah banyak haha dan opss sorry! Tapi saya paling suka masa awak senyum. Serius comel gila. Nasib baik saya tak jadi gila tengok awak. Lepastu saya selalu jugak nampak awak duduk bawah pokok balik sekolah. Haha cun je duduk situ. Sorry kalau lepas awak baca surat ni, awak rasa tak selesa ke apa. Saya cuma nak kenal awak dengan lebih dekat lagi tak lebih daripada itu. Harap awak boleh pertimbangkan lah permohonan saya ni ye. Saya mintak maaf sekali lagi kalau saya mengganggu masa awak. Bye. Salam.              From your secret admire: Adam                                                                                   

Usai membaca surat kiriman Adam itu, Dania terus melipatnya kembali. Sesekali dia tergelak.
Tergelak kerana isi kandungan surat itu. Sampai macamtu sekali orang ambik berat
pasal aku, sumpah kelakar, bisiknya sendiri. Jap! Sapa pulak Adam ni ek? Adam yang mana
satu. Setahu aku ramai nama Adam dekat sekolah tu, dia ni pun satu. Kalau ye pun
nak secret admire secret admire tulis ah nama penuh senang aku nak searching, haih,
ngomelnya lagi.

Kalau Hakim tahu ada orang kasi surat dekat aku macamni, habislah aku. Tapi dia nak
kenal je. Takpe kot. Dania terus menyimpan surat pink itu didalam kotak yang menyimpan 
koleksi surat daripada secret admire-nya itu. Lantas Dania tersenyum.

Hakim? Dania hampir terlupa akan lelaki tersebut. Sudah dua minggu dia tidak bertegur sapa
memandangkan telah berlaku perselisihan faham antara mereka berdua tempoh hari.
Entah mana silapnya pun, Dania kurang pasti. Tapi seingatnya, seratus peratus bukan
salah dirinya. Dasar lelaki, ego tak bertempat. Kau junjunglah ego kau tu atas kepala.
Ada ego kan, tunjuk lah dekat semua orang, marah Dania sambil merangkak ke atas katil
lalu melelapkan matanya. Penat sungguh dia hari ini.

Selagi Hakim tidak menegurnya terlebih dahulu, selagi itu dia tak akan bertegur sapa.
Disebalik keayuan yang ada pada wajahnya, sikap keras kepalanya tidak dapat dikikis.
Perasaan sensitifnya makin menjadi-jadi. Muka nampak brutal tapi berjiwa lembut.
Itulah Dania Natrisya.


Di kelas 3 Marikh.


"Hai good morning my bestfriend, apehal muka macam jeruk je ni. Sepatutnya muka tu
pagi-pagi kena happy sebab nak tuntut ilmu. Ni masam mencuka. Errr ke kau period? 
opss sorry terlepas. Nasib baik takde laki dekat sini". ujar peah bersahaja. Dania yang
duduk disebelah ditenung lama. 

Dania yang baru masuk ke kelas sebentar tadi terus menuju ke tempat duduknya. 
Malas dia hendak melayan peah merapu pagi-pagi buta. Lagi dilayan, lagi menjadi-jadi.

"Alahai mulut kau tu tak berlapik langsung. Takde insurans betul. No lah, aku badmood 
sikit harini. Mummy aku kejut awal gila. Bengang aku. Dah lah aku penat sangat 
semalam, tidur pun tak dan salin baju tidur. terus terpungkang". gerutu Dania.
Memang tidak dinafikan penat sungguh dia semalam.

Berkerut-kerut wajah Dania menandakan dia sememangnya tiada mood ketika itu. Bukan
peah tidak tahu, siapa yang menegur sahabatnya itu ketika dia badmood pasti 
berbondong-bondong perkataan yang kurang enak didengari yang akan keluar daripada 
mulut mungil Dania. Kesudahannya, semua orang dia hendak marah. Dania oh Dania.

"Dania, semalam aku nak ambik buku dalam laci meja lepastu aku tengok ada plastik 
kecik kaler biru dalam laci meja kau. Aku ambik, aku goncang-goncang hm macam 
rantai je sebab dia berbunyi. Cuba kau tengok...". luah peah.

Dania tersentak. Lalu dia memandang sekilas kearah peah. Peah tersenyum sumbing
melihat Dania memandang pelik kearahnya. Lantas Dania tersenyum hambar.

Dania terus meraba-raba laci mejanya. Dia merasakan ada sesuatu. Ya, plastik!
Dengan pantas dia mencapai plastik tersebut lalu dibawa ke atas meja. Selepas menilik
plastik berwarna biru tua itu, dia terus mengambil kotak mini yang ada didalamnya. 
Perlahan-lahan dia membuka kotak itu dan ya! tepat sekali jangkaan peah sebentar tadi.
Seutas rantai berukir namanya terletak elok didalam kotak tersebut. Cantiknyaaa! bisiknya
perlahan tanpa disedari oleh peah. Tapi sapa yang bagi ni? 

Peah yang sedikit terpinga-pinga mendengar Dania bercakap tadi lantas memusingkan
badannya memandang Dania. Matanya tertancap kepada kotak yang berisi rantai
yang masih dipegang oleh Dania. Lalu dia bersuara, "Huyyo! Kan betul aku cakap.
Cantik lah nia. Siap ada nama kau lagi tuuuu....". teruja sungguh peah melihat
rantai itu. Memang cantik. Cantik sangat.

"Entah sapa sapa ntah yang kasi. Baik hati tak bertempat, kau nak? Ambik lah". kata
Dania seraya menghulurkan kotak berisi rantai itu ke tangan peah. Peah memandang hairan.

"Kepala kau! Amboiiii, kantoi ah aku ambik kau punya sebab dekat rantai tu ada nama
kau. Hei, hargai lah sikit. Kalau kau takmo, simpan je buat pekasam...". bidas peah
lalu menolak kotak yang masih berada didalam genggaman Dania.

"Aku bagi free kau takmo, hmm takpe lah peah. Baik aku pakai. Cantik jugak rantai ni kan.
Sebelum ni aku tak pernah pun pakai rantai tau". jawab Dania acuh tak acuh.

Lantas dia menilik rantai itu. Ditenung lama-lama. Sapalah baik hati sangat ni, nama takde
kata-kata pun takde tuptup kasi rantai letak dalam laci aku, ngomelnya. Macam-macam
jenis manusia ni.

"Dania! Dah dah lah tu tenungnya. Simpan! Cikgu Kamal dah masuk dah tu wei...".
tegur peah sekaligus mematikan lamunan Dania. Dia terus memasukkan kembali kotak mini
itu kedalam plastik kecil tadi lalu diletakkan didalam beg. Comelnya plastik niiiiii, bisik
Dania lagi.

"Pssstt, aku nak tanya kau ni. Kau ada kenal tak sapa sapa nama Adam?". bisik Dania
perlahan ke telinga peah.

"Adam mana pulak ni? Nama panjang dia?". jawab peah sambil matanya melilau kearah lain.

"Entah, Adam mana entah. Dia cakap nama dia Adam je. Aku musykil betul ni peah".
bisik Dania lagi.

"Alah, kau tak payah layan. Orang tu nak nyakat kau je tu...", bidas peah selamba.

Dania menjeling kearah peah. Ish, tak boleh diharap langsung. Tanya je pun, ngomelnya.


Di bilik tidurnya...


Sampai sahaja ke rumah, Dania terus bergegas masuk ke biliknya. Rutin harian biasanya
adalah pulang sahaja dari sekolah perkara pertama yang dia akan lakukan ialah meng-check
peti pesanan ringkasnya. Dengan pantas dia mencapai henset disebelah bantal 
tempat tidurnya.

1 message received from Hakim sayang

Lalu Dania menekan button 'open'. Seterusnya membaca mesej yang dihantar oleh Hakim
kepadanya sebentar tadi,

From: Hakim sayang
Text: Mesti masa awak terima mesej saya ni, awak dah dapat kan rantai yang saya
kasi tu. Harap awak suka. Simpan tau. Mahal saya beli tu. Anyway, saya nak mintak
maaf dekat awak pasal haritu. Saya tak bermaksud pun nak kasi awak tacing. Sorry
k sayang?

Dania memandang lama mesej tersebut. Haha puas hati aku! Berjaya jugak aku
pertahankan ego aku. Dia ingat dia sorang je ada ego, aku pun adalah. Pirahhhh!,
bisiknya lalu tersenyum. Laa, dia rupanya kasi. Mati-mati aku ingat secret admire yang
mana entah pape yang kasi. Sweet pulak aku tengok mamat ni, sambungnya lagi.

Dania menekan button 'reply'

To: Hakim sayang
Text: Haha tau pun takut dengan saya. Kalah jugak awak dengan saya ye hihihi.
Laa awak yang kasi? Saya ingat mamat mana entah yang kasi. Nasib baik saya tak
kasi dekat peah tadi tau. Terima kasih sayang! Cantik lah rantai tu. Saya yang selama ni
tak minat pakai rantai, tetiba terminat pulak tengok rantai macamtu. Mana sweet
kan awak kasi rantai dekat saya haha.

Hakim membalasnya.

To: Dania sayang
Text: Memang lah saya takut. Nanti tak tegur lama-lama kang tetiba hati awak beralih
arah kang, gigit jari pulak saya nanti. Kenapa ramai ke yang kasi rantai dekat awak
selama ni? Haa? Haaa? Haaaa? Sama-sama kasih, sayang! Cantik? So, pakai lah.
Jangan peram dalam almari, sudah. Hihihi. Ekcely, saya nak kasi awak face to face
rantai tu tapi tak sempat. So saya letak bawah laci meja awak jelah. K lah tu kan,
sweet jugak gitu en en en?

Dania membalas.

To: Hakim sayang
Text: Ceh, cakap pandai. Tapi buat saya tacing jugak, pehal? Haha Eh no lah, mana lah
tahu kan mamat gila mana meroyan kasi saya rantai pulak kan. Hihihi. Orait dear!
Nevermind, saya pun agak busy dua tiga harini. Alah, sweet lah tu sayang oii.

Dania ketawa terkekek-kekek sambil menekan button SEND!

Kemudian, Hakim membalasnya.

To: Dania sayang.
Text: Alah, bukan saya sengaja lah sayang. Awak pun keras kepala ya salam. Harap 
muka je comel. Haha. Oh, erk? Saya lah mamat gila meroyan yang kasi awak rantai 
tu kan. :) Tulah, saya dapat tengok awak dari jauh jelah. Sedih saya tau. Ok set! 
Sweet sour! :p

Lama mereka berbalas-balas mesej. Terbuai-buai Dania dibuatnya. Sesiapa sahaja
yang berada ditempatnya ketika itu, pasti cair. Wooo! Cair! Kalau tidak, masakan
Dania boleh mengetepikan ego nya semata-mata untuk lelaki ini, Hakim Asyraf.
Sesekali Dania tersenyum bahagia.

Ya Allah, aku berharap dia lah jodohku yang tertulis sejak di luh mahfuz lagi, Amin,
pinta Dania.

Saya sayang awak, kim. Sangat, sambungnya lagi.


***

bersambung....



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)