Dan saya juga mahu.
blueberry bun berbentuk bujur kot hm panjang gila dengan rakus sekali. Laparnya saya.
Kesian kan. Kebulur budak ni alahai. Sodap juga blueberry bun ni kalau abah beli
mesti saya habiskan dulu sebab saya kan saya kan pelahap ehem lepastu kena marah gulp!
Eh lupa nak beri salam assalamualaikum hek eleh tak payah nak maghoh sangat lah.
Sebelum saya meng-update blog comel ini, saya terlebih dahulu men-study kan diri.
Apa ke keling ayat ekau ni peah ish. Saya buat nota kecik untuk Akaun. Salin semua
format ahah Akaun kena ingat format ajo sebab kalau dalam exam nanti tak kasi
pun format segala ni. Jalan penyelesaian terbaik menghafal k jangan nak bajet kau
bijak pandai sangat lah tak hafal format segala hek eleh budak pandai pun kena hafal tau
dan alangkah bestnya kalau paper Akaun sama cam paper Maths ke paper pape
jelah yang ada format sekali tu fuh comfirm moleh jawab unyeee! Heaven dooo.
Dan dan minggu depan bermula semula lah peperangan selepas oh indahnya dunia
moleh rehat santai santai update blog makan makan tidur selama 10 hari macam
lupa dah eh aku ni habis SPM ke belum? Nampak santai kemain ajo. Kau peah kau
jangan bajet dah habis SPM jakgi tak semena-mena haku baling spender hello kitty
dekat kau kang berpinar-pinar mata baru kau tahu apa haku merepek ni ah lantak.
Persiapan untuk Akaun isnin ni ok lah 70-30. 30% untuk dah bersedia dan 70% untuk
tak bersedia. Bagus kan? InsyaAllah dah moleh cover chapter form four tu walaupun
tak semua ikut kata hati jelah kan. Kalau firasat saya kuat katakan itu akan keluar,
itulah saya baca. Yang 70% tak bersedia tu sewaktu berada didalam dewan. Dekat
luar atau sama-sama dengan cikgu alah moleh ah tunjuk macho saya tahu buat saya
tahu buat sebab beramai-ramai ni dalam dewan tengok je kertas maigadd APA NI APA
NI YA ALLAH NYESALNYA AKU TAK TUMPU YANG NI BANYAK AHH! 5 minit ambik masa
untuk blurrrrr haha lepastu mati kutu yelah duduk sorang sorang senyap sunyi idea
pun kering kontang kalau karangan moleh reka je yang ni Akaun acano? Reka format
sendiri? Hotak awak. Duduk atas kerusi toleh kiri kanan macam babi kepanasan keluh
kesah panjangkan leher tengok rakan sebelah mana tahu dapat idea acane nak buat
alahai. Jangan amalkan ye. Jakgi kena hempuk dengan ketua pengawas aaaayoookkkk!
Bagaimana pula dengan Ekonomi? Ekonomi alhamdulillah dengan berbekalkan kelas
Ekonomi selasa dan rabu haritu wooo siap duduk depan cikgu lagi ilmu terus masuk
direct doo tanpa songsang ke kiri atau ke kanan sampaikan kacip saya dok perli saya
duduk sebelah budak tak kacip eh ain kacip dah eh sekarang? Fuyooo oloh oloh comelnya
awak bila cakap cenggitu rasa nak cium yess insyaAllah saya mahukan A untuk Ekonomi.
Saya lebih extrem berkomunikasi dengan cikgu Ekonomi saya berbanding cikgu saya yang
lain. Bila dalam kelas waktu Ekonomi suara saya paling WOW! sekali nak jawab itu ini.
Pokoknya, saya lebih aktif bila waktu Ekonomi. Suara nyaring itulah saya kau kesah apa?
Tuntasnya, form four senang je nak cover yang form five ni dari dulu belajar still bengap
jugok alahai tak paham pasal bank itu bank ini. Advance. Tidak memahami. Hm
Acano ni nak jadi ahli Ekonomi belajar pun dok merungut adoi suka hati saya lah wak.
Ahli Ekonomi? No no no Akauntan! Jadi Akauntan gaji moleh beli ferrari sepuluh bijik
kondominium duoploh bijik sekali dengan swimming pool bertingkat-tingkat lepastu
lepastu tak payah kawin pun tak apo tau. Ahaks eh tu fitrah. Wajib woi wajib. LOL.
Cikgu selalu cerita pasal kalau jadi Akauntan dapat apa dapat apa. Tak ada pun cikgu
cerita kalau jadi doktor ke, nurse ke apa ke dapat apa. Sebab nak jadi Akauntan tu
bukan semua boleh buat. Nak sampai ke tahap jadi Akauntan tu, usaha tenaga kena
power ah babe! Ada ke orang saje saje nak kasi kau lima belas ribu sebulan? Tauke balak
pun bankrap yoo.
Jeleousnya bila tengok semua orang dah tengok Ombak Rindu. Saya bila lagi?
Bila orang update status dekat fesbuk then cakap cerita tu best nak mampus lagi
lah memberi tamparan hebat bagi saya dengki noksss dengki. Jakgi bila saya pergi
tengok lambat sikit then update status dekat fesbuk mula ah orang cakap saya
ketinggalan zaman ke hape mereka taktahu saya berperang dengan perasaan sendiri
ni. Ni semua SPM punya pasal aku bunuh jakgi haih.
Tetiba rasa jeleous budak sekolah dapat RM100 tu lepastu nak heboh-heboh dekat
ahkak-ahkak dengan abam-abam form five ni eh kami dapat kami dapat! Akak tak dapat?
Ehem kenapa budak SPM tak dapat RM100 tu? Kasi adil lah. Tahu lah kami ni next year
tak sekolah dah hek eleh kasi ah semangat sikit nak jawab exam ni kecoh. Padahal dah
lama. Nak havoc sangat ni pehal peah? K tiba je teringat pasal tu. Busuknya hatimu peah.
K sampai disini saje pertemuan kita. Ketemu lagi ye hm next week mungkin selepas
saya tamat menjawab paper 2 Ekonomi Asas pukul 4 fuh kematu muntot eden.
Tu pun kalau saya mampu tahan nafsu online saya ni ehem geli. Lepas SPM tengok ah
haku balas dendam cukup cukup. Sekian. Assalamualaikum.
1 orang manusia cantik:
haha.. sabor2 ... abis t on9 pueh2 ye
Post a Comment