Say Hi to 2012.





Assalamualaikum. Nasib baik line internet harini cun gila. Gila gila cun. Bapak laju.
Mak laju. Ni rasa nak comolot sikit dengan broadband ni emmuahh! Lepas semalam
saya memaki hamun dalam hati, harini baru osem. Taik punya broadband. Kena maki
dulu baru pantas sepantas kijang berlari. kui kui kui.

Entry ini khas untuk Mr.2012 yang tengah catwalk atas red carpet tu. Haaaa tu haaaa.
Say Hiiiiiii to 2012. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya mampu bernafas lagi hingga
ke hari ini. Terasa teruja tak teruja tak. Masih boleh menjalani hari hari seperti tahun-tahun
yang sudah. Masih boleh berlari-lari lagi. Masih boleh bercakap lagi. Masih boleh mendengar
lagi. Masih boleh melihat lagi. Pokoknya, semua masih boleh. Terima kasih ya Allah.
Jadi, bersyukur lah kalian semua.

Dan harini dengan secara rasminya umur saya dah 18 tahun! Esaited ke? Esaited ah
dah boleh kawin ni haha gatal. *senyum gatal*. Dah tak boleh lah nak main kejar-kejar,
dah tak boleh lah nak main sepsep tiang, dah tak boleh lah nak ketawa sampai terkeluar
anak tekak segala, dah tak boleh lah nak cengeng bagai, dah tak boleh lah nak huha huha
sangat, dah tak boleh lah nak main batu seremban, dan apa je boleh ni?
Lepasni boleh lah tengok movie yang 18 and above tu! *sengih sambil angkat kening*
Lepasni boleh lah keluar dengan boyfriend en en en, tak ada sapa nak maghoh.
*buat peace dekat umi*. Lepasni kena ayu lah sikit cover semua walaupun sebelum ni
ganas ya salam.

Kenangan 2011 akan sentiasa tersemat rapi di minda kecil mahupun di hati comel saya ni.
Kenangan 11 tahun bersekolah huyyyooooo lama tuuu! akan sentiasa diingati.
Kenangan bersama-sama belajar dalam kelas akan jadi momen yang paling indah.
Kenangan pernah jadi kanak-kanak sewaktu ketika dahulu akan always terpatri dihati.
Dan saya dah dewasa! Semua kenangan tu akan saya simpan dalam kotak hati saya.
Mesti akan rindu nanti. *kesat airmata kejap*

Dan yang pasti dan paling pasti dan sangat pasti tahun 2012 result SPM saya akan
keluar. Orang cakap mungkin 17 Mac kot tapi tak tahu lah betul ke tak. 
Wuwu shooo scary! InsyaAllah, moga-moga apa yang menjadi target saya tu akan
tercapai. Nak capai 5A+ and above. Nak banggakan umi dan abah itu yang menjadi
target. K esaited pulak cakap pasal result SPM ni. *buat memek muka*

Dan dan akhir sekali, bagi yang adik-adik yang sekolah rabu ni en belajar elok-elok tau.
Untunglah dapat sekolah lagi en en. tsk tsk. Hargailah waktu sekolah tu. Jangan ponteng
kelas ke sekolah ke babap kangggg. Hee.

Dan dan selamat tinggal 2011 dan selamat datang kepada 2012. *bentang karpet meghoh*
Semoga tahun ini akan menjadi lebih indah dari tahun sebelumnya. InsyaAllah.



Sue, Anum, Ain, Fatin. Rindu kalian. Ingat tak best ke duduk belakang sekali
dekat dengan pintu. Best weiiiii best weiiiii. Boleh makan, boleh borak,
boleh ketawa kuat gila sampai pecah suara garau lah jadinya, boleh main-main.
Ahh sekolah. K bai assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)