Hari takut saya..
Assalamualaikum. ya Allah.. now jarang sangat dapat update blog wuwu busy
memanjang sampai terkadang nak bukak blog pun kena fikir dua tiga empat kali. LOL.
sampai Cinta untuk Dania gua itu terbengkalai terkulai bagai tikus kemampusan begitu
saje. so sad. sialan. masa.. kenapa cepat sangat berlalu.. result esh pe em ah.
doi jangan sebut.
saya guna aku untuk memudahkan lagi penceghitaan.
semalam. aku tidur awal. lepas mandi mandi tu aku duduk meniarap atas katil baca
novel. novel Bintang itu Milikku kureng best. nyesal tak sudah aku pergi beli haritu.
jalan ceghita dia tak menarik. nafsu baca aku tak melonjak langsung. sumpah cakap.
jangan beli k. ahaks. memandangkan jalan ceghitanya langsung tak menarik minda kecil
aku untuk terus membaca, aku tutup novel tu then lima minit.. sepuloh minit... tidurzz
sambil bukak lagu Sesal Mendua by Klangit. perghh lagu tu kan lagu tu kan.. jalan
ceghita dia sama cam aku tapi dalam video tu dia curang aku tak curang. hmm..
dua hari yang lepas (ayat karangan ahaks), aku tak bertegur dengan umi.
salah aku kot. egoku aku pertahankan sampai suhu ke 98 peratus. nampak tak
kekerasan hati serta kekerasan kepalaku? walaupun usia mencanak naik, sifat sensitipku
sukar dihapuskan. teghase hati sangat lah ni hmmm. so dalam dua hari tu jugak aku
asyik terperap dalam bilik mengenangkan nasib cehceh. konklusinya, disebabkan itulah
aku tertidur awal dalam pukul 8.30p.m cenggitu lahai tak pernah pernah aku tidur awal.
keciwa sangat lettew en en. memberontak dalam hati woi. wachaa..
tidur punya tidur.. (perlu ke bagitau?), aku terasa ada sesuatu yang menjentik perasaanku
untuk bangun dari lenaku. woiwoi ayat sikit punya gramatis. terpisat-pisat aku bangun.
tengok jam telefon, "wathe.. 10.59p.m??! lamanyee aku tidur.. dua jam kot fuyyo..".
lalu aku tak terus bangun. aku sambung baca novel. keling tak keling minachi ni.
dalam mamai tu.. ahaks. dengar suara umi dengan abah dengan adik dekat ruangtamu,
"ohhh, tak tidur lagi rupanye. bawak bawak lah tidur weh..". tak ada respon. opss.
rupanye aku monolog dalaman sendiri. hmm gila.
sambil tu aku still bukak lagi Sesal Mendua tu. ehem lagu tu bikin aku sentap namplohsaat.
dari 10.59p.m hingga 12.04a.m sejam woi aku dengar lagu tu sambil berangan pandang
syiling. kan best kalau awak ada sebelah saya sekarang ni.. ahaks joking.
aku gurau. jangan take it serius. aku gatal tolong garu? *garu garu muntot*
pukul 12.30a.m aku tengok semua lampu dah tertutup. semua dah masuk bilik.
ni malas ni tidur awal ni. mata bergiat aktif takmau tidur. aaaaa. lalu aku keluar
bilik ehem capai remote on tv. tengok channel astro apa je ceghita best pagi pagi
buta ni.
duduk bersantai atas sofa macam tuan besau ahaks katakau sambil makan donut
ke apa entah. laparnya perut. kruk krekkk krokkk krekkk perut berbunyi. eee comel je.
bosan. k tutup tv tutup lampu semua masuk bilik semula. niat dihati nak tidur tapi
mata tak mengizinkan. jadahnya mata membulat pagi pagi buta ni. ammak yilek..
lalu aku terpandang pc. ok on jak ah. awal lagi ni. awal lagi pukul 1.02a.m waktu Malaysia
masa tu.
dah ni kenapa? tak takut pun.. kata tajuk hari takut saya. apani ain. main tipu..
chill lek lek. k sambung.. lepastu aku log in fesbuk dan seumpamanya sambil ditemani
bunyi cicak sebesau ibu jari. geli aku. sampai pukul 2.15a.m kalau tak silap,
aku terdengar bunyi something dekat grill dapur aku. kuat. macam orang baling batu
ke apa macamtu ah bunyinya. aku ingat adik aku ke apa. aku jenguk dekat luar
bilik sambil mata terarah ke grill pintu dapur tu. lama aku pandang. aiikkk bunyi apa tadi?.
monolog sendiri. dalam dua minit aku nak masuk bilik semula, aku terpandang kelibat
something dekat cermin tingkap sebelah grill pintu dapur tu. aku punyalah cuak istighfar
banyak banyak dalam hati. masuk bilik muka still terkejut.
still terbayang bayang lagi, pebenda kat tingkap tadi tu?. semangat aku so strong
jadi sambung ber-fesbuk. walaupun aku kuat semangat, tapi aku still ingat lagi benda tu.
macam macam aku fikir. lepas daripada tu, tak dengar bunyi apa apa dah. gila takut kot.
lepas tu terus aku shut down pc, tidur. fikir jugak nak kejut umi ke apa tapi bila teringatkan
aku tak bertegur dengan umi, aku matikan niat tu. then then terus tidur. tidur sorang
sorang macam macam aku fikir. dalam hati berdoa cepatlah pagi.. takutnya daku.
tapi harini aku dah berbaik dengan umi. kalau tak berbaik harini, tak dapat lah beli baju
kurung untuk wedding cousin dekat KL sabtu ni. punyalah aku berperang dengan perasaan
sendiri pagi tadi, aku menangis sambil gigit bantal angrybird. nasib tak terburai isi
perut angrybird tu. kaki pulak aku tendang tendang dekat almari. nasib tak pecah cermin
almari. jadi deduksinya, sila jangan berperang dengan perasaan sendiri k. bughuk padahnya.
kesian aku shopping dengan umi tadi mata merah bermuka sembap. eeee aaaaa uuuuuu.
lagu ni wa cakak sama lu best weh. lagi lagi kalau kau pernah lalui macam tu. hmmm..
akak kasi lagu ni dekat saya sebenaunya. thanks akak..
akak dengan umi saya gila sporting.. me love both of yuu.
bila aku sedih, aku selalu pujuk hatiku dengan ini..
Speechless. beberapa saat yang lepas, seekor cicak yang perhatikan aku dari tadi
tetiba jatuh dari atas syiling kot betul betul atas meja pc depan mata aku ni.
terkejut beghuk aku! geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. umi cakap, "cicak tu suruh awak tutup komputer
lah tu..". tak jatuh atas aku pun syukur alhamdulillah sangat.. ya Allah gila betul cicak
ni. sedap je lending depan aku. jantung ni dupdapudupdap lagi dan assalamualaikum. bye!
0 orang manusia cantik:
Post a Comment