insiden.
assalamualaikum penduduk blog sekalian alam. ahaks ayat nak poyoyo je en en, tepuk dahi.
sihat tak? sihat tak wei? gua sihat woi, cuma.. ehem. *pandang bawah*
siang tadi macam biasa gua pergi kerja. gua suka. wahhh abam UIA. Lewl. sejak
result SPM dah sampai ke kemuncaknya, hati gua jadi tenang. kalau tidak, tiap hari
gundah-gulana fikir keputusan. kalau tidak, setiap hari ada benda je yang tak kena.
kalau tidak, oh.tidak.com! hai dunia dunia..
sejak habis SPM sampai dah ketahui keputusannya ni, gua tak pergi bercuti mana-mana
pun lagi. sad life. gua ada fikirkan jugak destinasinya tapi entah bilanya nak pergi.
gua teringin nak pergi tempat 'itu', tapi sekarang gua busy. hemm sad life again.
sekarang dengan gaji yang gua dapat, gua nak kumpul nak beli laptop. umi pesan nanti
further study mana-mana senang sikit dah ada. nak guna dalam jangka masa yang agak
lama, so beli yang berkualiti sikit. tak mau main tangkap muat ajo.
seronok weh kerja. dapat pengalaman walaupun badan letih penat lesu. alah adatlah tu.
lagi lagi tempat kerja tu memang serasi dengan jiwa kita. lagi lagi kalau tempat kerja tu
ada orang yang kita minat dalam diam selalu datang. mahu tak esaited saban hari.
badan penat pun jadi tak penat. jyeah. fenomena itu yang gua alami.
suara dia tu buat jantung gua berputar 369 darjah putaran lawan jam. apa ke sweet
suara ekau tu wahai si pemilik wajah comel?
siang tadi juga sewaktu gua berjalan beriringan seperti ibu dan anak bersama
si dania sambil menuju ke kedai coklat lima posen, gua ternampak abang ke pakcik
ke apa gua kurang pasti tapi yang pasti dia bawak van kawal wiramas yang dalam
tu penuh duit dan bawak van tu laju serupa dikejar langsuir.
sewaktu gua keluar dari kedai tu, gua nampak dia duduk di kerusi berhampiran.
dia perhatikan gua dan dania. sejak kes culik makin giat sekarang ni, kadang gua
makin berwaspada. bahaya disekeliling kita. dah lah gua anak kesayangan umi. haha LOL!
sengaja gua buat lambat sebab gua akan lalu depan dia. sialan tak sialan dia buat
muka selenga. dia buat muka selenga gua buat muka selamba lalu jalan depan dia
sambil pimpin dania kuat. sempat lagi dia tanya, "anak ke ni ke sapa?". gua jawab
acuh tak acuh, "sepupu je..". masam. malas gua nak bual bicara panjang lebar.
"dah kawin belum, mintak nombor boleh tak?". nampak tak permainan dia sekarang ni?
kalau gua tahu, gua cakap dah dania ni anak gua. sialnya geram aku! aku kawin ke
belum kawin ke, apa kau ingat aku teringin dekat kau. middle finger. k geram.
terus gua jalan laju dan singgah dekat pondok sambil makan aiskrim batang dengan
dania. memang tak heran lah orang selalu anggap dania anak gua. choi sungguh.
tadi dalam kereta otw ke temerloh, gua riba dania tidur. berat tak berat dia pungkuk
gua sampai kebas. sweet tak kami? serupa ibu dan anak.
tempoh hari, hari yang sama gua ambik result. entah apa malang nasib gua entah
dua kali berturut-turut dalam hari yang sama insiden berlaku. dua dua melibatkan
muntot. ok bukan lucahsszz.
pertama, entah kenapa ada lah sorang hamba Allah ni menjerit terkejut, yang
gua ni turut sama terkena efek-nya pun sama terkejut lalu gua tak sedar belakang
gua ada bucu tingkap yang kalau terkena muntot boleh kena sawan 24 jam.
gua terloncat sikit lalu bucu tu terkena muntot gua. perghhh sakitnya sakitnya
hanya Allah yang tahu.
kedua, ok serasa gua ini paling kelakar. ehem. entah meroyan apa haritu gua terlupa
nak tukar selipar so waktu tu gua pakai sandel licin. lantai licin. memang ngam
sangat lah. umi suruh ambik something gua berlari-lari anak kambing bajet comel
ahaks geli then gua dah rasa nak tergelincir so gua cuba stabil kan diri. sekali lagi.
dan akhir sekali posisi badan gua dah tak seimbang dan sandel gua sudah maju kehadapan
lalu KEDEPAPPP! muntot ter-cium lantai. gua rasa dunia gua berputar. otak gua bergegar
tika itu. jantung gua berhenti berdegup buat seketika. air mata mula merecik di tubir mata.
masa hentakan padu ke lantai tu perkataan AAAAA YA ALLAH je yang mampu gua
sebut masa itu. ah jatuh peranakan gua. k tiba. umi cakap nasib baik badan tak berapa
nak gemuk, tak ada lah sakit sangat. tak sakit? apa? k tak sakit pun..
deduksinya, malang sungguh nasib gua tempoh hari. bukan jatuh slow-slowly,
tapi jatuh secara mendadak. tak kasi signal langsung. hemm.
awak, saya terus menanti awak. assalamualaikum.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment