Hati mendung.




assalamualaikum.. ehem hari ini kita bersua lagi di episod duka. ahaks. tajuk pun
'mendung'. ah lantak. seperti kebiasaan, bergambar dengan 'anak' saya wajib
terpalit dalam blog saya ni. haha sakai tak sakai. blog gua, bukan blog hang.


dah ni kenapa nak emosi sangat? hah? hah ain comelzz? tetiba terasa jelek.


saya guna aku.


harini macam biasa. tiada yang biasa selain biasa. kebiasaanya biasa lah. tetapi
harini rasa macam luar biasa. kadang aku ni pelik. aku sendiri rasa diri aku pelik.
pelik tak? ahaa. bagi kalian yang dah lama kenal aku, mesti rasa aku ni manusia
terpelik. bukan aku tak punya hidung mahupun telinga, tetapi hati dan jiwa aku
terkadang sering berubah-ubah. emosi tak stabil. apakah itu salah satu petanda
jiwa kita tak tenang? Ya Allah!


aku akui, diri ini tak ada lah sebaik mana yang seperti disangka. tapi tak bermakna
aku jahat. alhamdulillah, jiwa aku terpelihara daripada nak mencuba buat perkara
jahat. nauzubillah.. setakat ini aku tak berani nak buat benda tak elok. semoga
Allah pelihara rasa ini selama-lamanya. insyaAllah.


aku pernah buat salah. manusia tak ada yang sempurna. aku juga pernah berkata
kasar dengan umi dan abah. tapi bila aku rasa aku tersalah kata, segera
aku mintak ampun. muhasabah diri. kadang bila hati terusik, mulut secara semulajadinya
lancang menuturkan perkataan yang kurang menyenangkan.



aku sensitif. ya aku sangat sensitif. kenapakah? macam mana nak lenyapkan rasa ini ya?
pantang orang berkata perkataan yang aku tak suka. hati disentuh. jiwa sakit hati.
perasaan menangis. tak semena-mena air mata jatuh. rasa jadi mendung.


bila aku fikir benda itu tak logik untuk dibahaskan, aku pendam. lama. kadang 
berzaman hingga bernanah. berdarah. busuk. hanyir. tengik. bau longkang.
selagi benda tu aku boleh pendam, selagi tu aku tak buka mulut. tapi bila pintu
ini terlalu sarat dengan rasa yang bermacam macam perisa, orang jentik sikit je hati ni,
mencurah-curah air mata, air hidung mengalir.


tapi bila perkara buruk itu menjadi kebiasaan, rasa orang ditolak tepi. tengking,
cakap kasar, melawan kata, jadi santapan harian. jika hati ini digonggong anjing
sekalipun, adakah kau peduli? apakah kau khuatir? oh tidak!


kadang-kadang hati aku kuat. ada satu masa hati aku jadi rapuh. aku murah dengan
air mata. terlalu murah. tak ada harga. aku tak tahu macam mana nak jadi kuat
seperti dia yang susah sangat nak tengok dia menangis. ajarkan aku?


bila aku tak suka perkataan yang orang sebut, secara spontan aku akan berkata
kasar. aku melawan. aku yang salah sebenarnya. tapi seringkali aku rasa diri aku
yang sebetulnya betul. tapi Allah itu adil. Allah boleh nilai apa yang kita rasa.
mana yang salah mana yang betul.



perempuan ini.. luarannya tampak manis. cuba selami hati dia, rasa pahit manis tawar
kelat semua sebati. aku tak impikan jadi sekuat harimau, menjadi setabah kucing
jalanan itupun sudah memadai. walaupun men-giow tak henti-henti mintak simpati
manusia, orang tak ambik peduli, tetap tabah untuk hidup. ajarkan aku setabah itu?


bila kita rasa diri kita hebat, benda jelek kita tak ambik pusing. benda menyakitkan
hati, apatah lagi. manusia.. manusia..


entah kapan aku nak bina hati ini seteguh KLCC. tak rapuh, walaupun ditiup angin.
tak hancur, walaupun dilambung ombak. Oh yeke? bahana baca novel banyak sangat.



semalam aku hang. dengan ohh boleh dikatakan teman rapat. soleha namanya,
dia sekeping macam aku so bestlah jalan dengan dia. bertempat di Sultan Ahmad
Shah International Convention Centre (SASICC), kami meronggeng ke pesta buku.
mengikut perkiraan hati, nak beli novel. mesti murah. mesti banyak less. mesti itu
mesti ini.


Abah hantar dekat SASICC tu macam tak ada orang, fuh risau jugak den. lepastu
masuk dalam tu, ehem ramainya orang! jumpa kerry dengan myra, dorang kerja dekat
kedai buku then ditugaskan jual buku dekat situ. semalam hari last, so orang pun
makin surut.


aku dengan soleha sibuk belek novel. Ya Allah, banyaknya novel! oh nafsu.. nafsu..
nafsu pun apalagi, jalankan tugas lah goda aku. haha. padahal dekat rumah ada dua buah
novel yang tak terbaca lagi. menyempat je nak beli lagi. belek punya belek.. kenapa
banyak sangat novel yang best ni? apakah? arghhh!


lama jugak lah duduk satu posisi ke satu posisi yang lain. aku nak yang ini. soleha
ajak servey tempat lain, kot kot lagi murah ke less dia. Dah servey semua tempat, eh eh
lagipun tak banyak tempat jual novel ni. satu dua tempat ajo. so pergi tempat
yang sama, soleha suruh baca sinopsis novel yang dia nak beli tu, kalau best dia nak
beli. then aku kata best, dia pun on. 


aku pegang dua novel. novel Adam & Hawa dengan Cinta pandang Ke-2. waklu
best bapak lah semua. aku berkira-kira. duit bawak RM80 je. jakgi nak beli benda
lain lagi. akhirnya, keputusan berpihak kepada Adam & Hawa. dan akhirnya aku
tewas dengan godaan itu. aku beli novel tu sebab ada nama Ain. auwh.
Ain Hawani dengan Adam Mukhriz. damn sweeto!



jalan punya jalan.. aku jumpa buku Misteri Jodoh. ini buku sangat buat aku
terpengaruh untuk beli. harga asal RM14.50 lepas less jadi RM11.


dalam buku tu semua bercerita pasal jodoh. seronok baca. tak bosan.
nak share sikit..


Pertama, Allah yang merahsiakan jodoh
kepada siapa yang belum berumah tangga dan tahu siapa jodoh kita,
bertanya terus kepada-Nya kerana Allah lebih mengetahui.
Kedua, Jodoh yang dirahsiakan.
usah kita berlagak seolah-olah kita tahu siapa jodoh kita. Maksudnya,
apabila kita jatuh cinta dan cinta kita dibalas, usah berlagak seperti kita tahu
orang yang kita cintai dan mencintai kita adalah jodoh kita. kerana jodoh
adalah rahsia Allah. (people nowadays)
Ketiga, Hikmah rahsia jodoh.
kita perlu bersyukur kerana Allah merahsiakan jodoh kita. hasilnya,
kesucian jodoh itu terpelihara. misteri jodoh itu membuatkan kita terpesona
tatkala akad nikah.



dan aku sangat tertarik dengan kata-kata dalam buku ini,


"bila kita tak kira lah lelaki mahupun perempuan yang suka bertukar-tukar
pasangan, Allah akan tetapkan jodohnya dengan lelaki mahupun perempuan
yang turut sama suka bertukar-tukar pasangan. ambil sisa baki cinta.
lelaki/perempuan sebegini tak layak untuk perempuan/lelaki yang baik".

ayat manis tapi mendalam. lepas hampir setengah muka surat buku ni aku baca,
terus aku rasa macam tak nak bercinta. nak kawin terus. ahaks. tak ada lah,
so maknanya tunggu je jodoh tu sampai. bila sampai waktu tu, nak kawin, kawin lah woi.
tak ada sapa larang. aumm.. engko bercinta pun, sayangnya dekat pacaran engko
tu tak berbelah bahagi melebihi cinta engko dekat Allah dengan ibubapa engko,
swear weh swear tak kemananya cinta engko dekat pacaran engko tu.

now, sedikit sebanyak aku muhasabah diri ini yang jahil dalam banyak
perkara. wallahuallam..

assalamualaikum.






Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)