hello Mei, come to mama!
wah Mei! akhirnya dikau tiba jua. ahaa tak sabau rasanya nak tunggu keputusan UPU.
kemanakah akanku campakkan diri ini ya? persoalannya, apakah Mei? eh..
result UPU akan diumumkan pada minggu kedua bulan Mei. ergh.. cuak tak? cuak tak?
bila dah lama merempat dekat rumah dan terasa diri ini tak berguna lagi, mula lah
rasa woi lambat lagi ke result UPU ni nak keluar!? gua dah fed up dah tunggu ni woi.
okay ni tetiba keh keh keh.
ehem lupa nak bilang. saya-dapat-tawaran-ke-tingkatan-enam! sila lah ucap
tahniah dekat sayaaaaa! haha desperate nak mati wei. erk? saya tengok kawan
saya dapat matrik segala, saya tak rasa teruja pun sampai terkeluar bijik mata
sambil kata, "eh bertuahnya dikau!". tak langsung sebab saya rasa kehidupan
di matrikulasi sangat lah tak heaven dan saya tak bijak nak kawal situasi begitu.
syukur saya tak dapat. hewhew
ada aunty ni tanya saya,
M: dapat matrik tak?
A: huuu tak dapat pun. dapat form 6 je. tu pun tak tahu nak pergi ke tak.
M: nasib baik awak tak dapat matrik. tak payah lah masuk matrik. anak aunty
masa SPM dapat 7A tapi bila masuk matrik pointer dia dua macam tu je.
susah dia cakap. sekarang sambung ijazah dekat UTeM.
A: ohh, yeke aunty? *buat buat kaget*. tulah, kalau saya dapat matrik pun
saya mesti fikir dua tiga empat kali dulu kot. thanks aunty.
budak yang 7A pun kecundang kehidupannya dekat matrik. so kalau muka macam
saya ni jangan harap lee. kah kah kah untung sedar diri.
dekat SABS dan dia cakap tingkatan enam sekarang bukan macam tingkatan
enam tahun lepas mahupun tiga tahun lepas jauh sekali yang enam tahun lepas!
tingkatan enam sekarang dah banyak berubah. hundred percent change!
tersengih-sengih je ehem saya kena brainwash tadi en en, nak buat apa lagi.
dengar jelah. ayah chik saya siap cakap,
"nak masuk tak form six?"
"entah lah, tengok lah dulu. nak tunggu upu dulu kot.."
"haaaa, elok lah. kalau nanti tak masuk form six dulu lepastu tak dapat mana mana,
ayah chik datang rumah, ayah chik tolong gelak!" *sila baca laju dengan nada serius
okay sentap nya saya dikala itu! hati ni berbelah bagi. kalau boleh ditoreh dada aii ni,
bersimpang siur segala urat saraf aii tau.
umi pun macam sokong apa yang ayah chik cakap. saya pulak yang rasa serba salah.
tapi bila dengar ayah chik cakap pasal form six ni, banyak kelebihan dia sebenarnya.
untung pun untung.
"cuba awak bayangkan, STPM sekarang bukan STPM macam dulu lagi. sekarang
dia tak panggil STPM dah, dia panggil sem satu, sem dua, sem tiga. setiap sem ada
ujian. so markah STPM awak akan dikumpul melalui tiga sem tu. so bukan macam
STPM dulu, dah akhir baru exam. belajar dua bab, exam lepastu boleh buang je buku
yang dah belajar tu. lepastu masuk dua bab lagi, exam dan begitu lah seterusnya.."
".. habis setahun setengah boleh sambung ijazah, ambik lah akaun tu. jimat masa kan.."
ada betulnya kata bapak sedara aii tu. arghh.. sumpah bercelaru oii.
"budak yang matrik pun belum tentu masuk U lagi. ada anak kawan ayah chik tu
anak dia habis matrik lipat baju dekat rumah je.."
".. lepas form six tu sambung ijazah, muda lagi dah boleh kawin. ayah chik tahu
budak sekarang semua gatai nak kawin.."
saya senyum senyum sambil dengar, k.. entah masuk ke otak entah masuk telinga
kanan keluar telinga kiri.
"sekarang orang gila pun ada diploma. diploma sekarang tepi jalan pun boleh kutip.
nak kerja orang tak pandang dah diploma.."
pergi sebelah sini. erk?
".. tapi tunggu lah upu tu dulu. form six ni bila bila masa boleh keluar. kalau rasa,
serasi dengan form six, teruskan. kalau tak, ikut lah.."
pandai pulak ayah chik aii ni main tarikkkkk taliiiiii! memang saya akui saya sering
berada di landasan sebegini rumit. sukarnya nak buat pilihan woi tolong lah aku woi!
tapi yang paling tak best dan kurang enak nya bila masuk form six nanti, mesti
cikgu yang ajar last year main sindir, "eh, kat sini lagi awak?". walaupun cuma
lima perkataan diakhiri dengan tanda soal serta berbunyi keperlian, rasa nya lebih
teruk dari tangan kena pisau ke apa lah ah watever. k tu yang gua takmau dengarnya.
dan yang penting, masa depan aku. aku yang akan lalui liku liku hidup aku nanti.
panjang lagi perjalanan tu. untuk masa depanku, aku akan fikir mana yang terbaik..
insyaAllah. assalamualaikum.
leopard! aum.. ahakz. result upu keluar nanti, gua update! insyaAllah.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment