kalau begini rentaknya, alhamdulillah.



assalamualaikum. harini saya nak ceghita pasal kehidupan saya dekat sekolah.
haaaa nampak tak ayat skema budak sekolah dekat situ? dengarlah. 

jadi student pra-U ni best sebenarnya. walaupun belajar dekat apa namanya tu,
err sekolah? tapi layanan yang cikgu berikan dekat pelajar pra-U istimewa sangat
berbanding pelajar arus perdana. cikgu respect kita. tapi kita jangan besar kepala.
nanti hilang rasa hormat cikgu tu dekat kita sebab cikgu pandang kita bukan
macam budak sekolah tapi setaraf dengan student universiti.

bila dah tetapkan hati nak jadi sebahagiaan daripada student pra-U, tanamkan
azam nak berjaya. nak masuk universiti. sebab cikgu cakap matlamat paling utama
nak masuk pra-U ni cuma satu, NAK-MASUK-UNIVERSITI. fullstop.

kau jangan ingat bila kau masuk pra-U ni, kau boleh main main macam waktu
zaman form five dulu. no no no. kau belajar belajar fokus dalam kelas semua, 
insyaAllah kau berjaya seterusnya lompat ke universiti mana yang kau nak. tapi
kalau kau still dengan perangai lama asyik nak mengelamun main main dalam kelas,
baik kau berhenti je daripada jadi student pra-U. itu kata cikgu. 

jangan jadi katak dibawah tempurung je. asyik melalak je tahu. bila bukak tempurung tu,
senyap. bisu. kau ke tu?

cikgu cakap, universiti mana yang tawarkan diploma setahun setengah? ada ke?
kalau ada, bagitahu cikgu. sebab setahu cikgu pra-U je yang tawarkan diploma
setahun setengah. yang lain semua tiga tahun punya.

sijil STPM memang diiktirafkan seluruh dunia. so lepas ni kalau kau nak further study
luar negara pun diterima. untung tak untung?

yang paling untung untuk batch tahun ni, student pra-U 2012/2013 adalah first batch
untuk sistem modular iaitu mengamalkan sistem sem. seakan-akan dekat universiti.
so student pra-U ni sama je kalau nak dibandingkan dengan student universiti tu.
yang bezakan, pra-U belajar disekolah.

jika nak dibandingkan STPM yang terdahulu dengan yang sekarang, better yang
sekarang punya lebih mudah dan senang nak dapat pointer tinggi. bayangkan, senior
ramai yang jeles dengan junior diorang sebab senior belajar setahun setengah
hujung tahun baru STPM. tapi yang junior ni? belajar satu sem, exam. then markah
tiga penggal tu akan ditopup dan itulah markah STPM mereka. so mana yang lebih
menguntungkan?

harini. ada sesi bersama kaunselor dalam orientasi kiteorang tu. ya robbi, kaunselor
kiteorang tu kaw-kaw punya psycho. dia brainwash kiteorang. form six ni bagus
itu ini itu ini. no wonder lah dapat kaunselor cemerlang.

okay ini ada satu ceghita. dan saya rasa ini lebih kepada membakar semangat
student pra-U. kaunselor ceghita,

emak A, emak B, emak C.

emak A: anak kau dekat mana sekarang?
emak B: eh, anak aku dekat UiTM.
emak A: ohh, anak aku dekat UIA buat asasi sekarang ni. eh, anak kau jah?
emak C: anak aku form six je. form six je..

emak A, emak B terkedu dan perbualan mereka terhenti disitu sebab emak A, B tu
ingatkan anak si emak C tu lepas ke universiti, rupanya form six je. FORM SIX JE...

mungkin kalau jumpa dengan kawan kawan sama batch, bila tanya study mana
semua ada yang UiTM, UIA, UTM apa apa jelah tapi bila tanya kita, ya Allah..
celah mana aku nak sorok muka ni? malunya. rasa rendah diri menebal. sabar.
permulaan sabar tu memang pahit kadang kadang, tapi penghujungnya manis.
hanya Allah yang tahu, wallahuallam..

bila kita dah tekad dalam diri, matlamat aku cuma satu. nak masuk universiti!
ikut aliran yang sepatutnya. jangan main. insyaAllah kalau ada rezeki, kau pilih
universiti mana yang kau nak, akan diterima. STPM memang menguntungkan sebab
sebab semua universiti terbuka luas untuk student lepasan STPM. percayalah..

emak A: eh, anak kau study mana sekarang jah?
emak C: anak aku dekat UiTM sekarang.
emak A: laa, sama lah anak kita. program apa?
emak C: anak aku program ijazah dah.. anak kau?
emak A: anak aku diploma lagi.
emak C: laa, tak habis lagi ke diploma anak kau joyah?
emak A: ..... *diam*

nampak tak permainan dia? haa. ni ceghita kaunselor sebab dia pernah lalui.
kaunselor suruh ajar mak kita nanti jawab macam ni. baru bertemu buku dan ruas.
message of the story.. jangan memperlekehkan sesuatu tu walaupun kau nampak
benda tu macam mudah. remeh. makan dalam woi. jaga perasaan orang. bayangkan
kau berada ditempat dia. apa yang kau rasakan?


pra-U ni memang laluan yang paling mudah nak masuk universiti. tinggal cuma kau
perlu berusaha untuk capai apa yang kau nak. semangat perlu ada. persetankan
orang nak kata apa. janji diri kau ada semangat. aku yang nak berjaya. orang lain
lantak pergi.

jangan jadikan kegagalan hari semalam pemangkin kegagalan kau hari esok. mungkin
bukan rezeki kau tak dapat result superb waktu SPM dulu. tinggalkan. lupakan yang
SPM dulu. sekarang, orang yang dulunya gagal pun, orang cerdik ke bergantung
pada ini. kau rajin, kau berusaha. kau berjaya, kau dapat masuk universiti.

tahun ni permintaan untuk masuk ke pra-U memang ramai. majoriti sangat ramai.
dekat sekolah almost 98 orang. penuh dewan. kalau dalam bilik kuliah, penuh
melimpah ruah. tu tak kira yang tunggu rayuan nak masuk pra-U lagi tu. cikgu
cakap ramai yang tengah berebut berebut nak masuk pra-U dekat luar sana, tengah
tunggu giliran je. sebab semua nak masuk universiti dengan cara mudah kan?

cikgu cakap, sapa yang berkira-kira lagi nak masuk Politeknik ke Universiti ke untuk
second intake ke nanti, better keluar. bagi peluang dekat student yang betul betul
nak belajar. nanti bila dah keluar, topup masuk lagi. fulamak.

tahun lepas student lower six boleh enjoy enjoy main main aumm cakk lagi sebab
STPM diorang hujung tahun upper six nanti. tapi no no no bagi batch kiteorang.
naik cuti penggal kedua ni, memang kena fokus terus. tak boleh main dah sebab
dalam bulan november nanti ada final exam sem satu. so kiteorang exam sama
dengan kakak abang upper six.

deduksinya, bila jadi student pra-U ni kau terpaksa rendah diri sikit bilamana jumpa
dengan kawan kau yang dah masuk universiti tu walaupun kau dengan dia sama
taraf je dan kau lagi untung sebenarnya. insyaAllah ini mungkin jalan terbaik yang
Allah aturkan untuk kita, amin.

saya dah nekad dengan keputusan saya. STPM jadi pilihan, Universiti jadi idaman.
lagipun kita kesian dekat mak bapak kita. walaupun kita lebih daripada mampu, ah kita
kesian jugak. tengok kakak kita selalu mintak duit, tetiba rasa susahnya hidup
dekat luar. hmmpphh.

***

semalam ada abang senior sekolah gua call pukul 12.15pagi. perghhhh, setelah
5 bulan menghilang, tetiba gua masuk sekolah balik. eh eh, call call bagai.
tu pun nasib baik gua senyum masa terserempak dekat kantin hari second tu.
kalau tak..

"hahaha. budak tu masuk form 6. gud job". -nombor tak dikenali

gua tak terfikir pulak senior gua tu. gua ingat en sapa lah kan kan. baru nak reply,
call masuk.

"sapa ni..". haha sapaku sambil gelak gelak eee geli aku. ahakz.

"teka lah teka lah. best ke form 6? eh Ain ambik geografi tau, sama dengan abang..".
okay lepastu baru gua tahu sapa!

"tu lah dulu tanya nak masuk form 6 tak, kata taktahu lah taktahu lah. last last
masuk jugak ye..". haha menganjing aku ye bang?

dalam sejam lebih. berasap telinga gua sambil duduk bersila dekat lantai dapur.
duduk. berdiri. duduk. berdiri. bukak lampu toilet. bukak tingkap dapur.. no life haaa.

alhamdulillah, apa yang gua runsingkan pasal form six, dia cuba leraikan. suara dah lah
kanak-kanak riang. menyampah aku. phew!

assalamualaikum.




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)