aku dia dan angan sampahku.
dulu mungkin aku pernah suka kau.
ya mungkin dengan cara kau persembahkan diri kau,
maka aku jadi tertarik.
meroyan juga kadang kala.
bukan cuma aku.
mungkin orang lain juga sama.
sebab kau ada pakej comel manis sekali.
tapi aku tahu.
suka aku bukan dari hati.
lontaran kata aku hanya pada fikiran saja.
tanpa dipengaruhi perasaan.
ya. itu aku pasti.
jantung aku tak jatuh bila pandang kau.
cuma kadang kala aku sedikit mengelabah bila di hadapan kau.
itu tak bermakna otak aku berputar 360 darjah ikut putaran jam untuk jatuh cinta pada kau.
dalam kata lain.
aku bukan suka diri kau.
tapi aku suka cara kau sebenarnya.
gaya kau yang bersahaja.
awal lagi aku sudah pesan pada hati.
jangan nakal-nakal.
jangan jatuh cinta pada orang yang salah.
tapi sebenarnya.
aku cuma tunggu orang di sana sehingga kini.
masuk tahun ke-empat,
aku masih di sini mengharapkan kau di sana.
empat tahun aku menganyam rindu tak sudah.
like seriusly,
aku rasa bodoh.
menanti insan yang tak pasti aku masih di teratak lama.
masih dengan hati yang serupa.
dan cinta yang sama.
bukan aku tak cuba untuk melupakan,
tapi tak berhasil.
bukan aku tak berusaha untuk jatuh cinta pada yang lain,
tapi cannot go.
walaupun ada yang lebih baik.
tapi bagi aku.
dia yang terbaik.
sekaligus merangkul anugerah raja dihatiku.
mengenali dia,
satu kebahagiaan bagi aku.
walaupun Allah bagi pinjam dia sementara waktu cuma,
tapi dia akan tetap hidup dalam hati ini untuk selamanya.
walaupun empat tahun memendam rindu.
aku tak mampu bersuara.
aku jadi lemah selemah-lemahnya.
hanya pada kertas putih aku curahkan segala isi hati ini.
hati yang terlalu merindu.
aku harap kau dengar.
dengar suara hati aku yang sentiasa menjerit namamu.
aku harap kau juga turut rasa rindu ini.
pedih. ngilu.
kadang kala aku ketawa.
kadang kala aku berseronok.
bukan sebab aku gembira.
tapi sengaja ingin menutup kelukaan dihati.
sengaja ingin lupakan kau untuk seketika.
kadang kala aku rasa dibelenggu.
dibelenggu kisah semalam.
kisah yang kau dan aku ciptakan.
aku rindukan kita waktu zaman sekolah.
cerita kita empat tahun lepas tak menarik macam orang lain.
kau seperti tiada perasaan.
aku seperti childish yang sentiasa ingin perhatian.
dulu kita tak pernah keluar hangout sama-sama pun kan?
dulu kita tak pernah date pun kan?
dulu kita jarang sangat jumpa walaupun kelas menyebelah kan?
kadang kala aku sendiri yang sengaja cipta alasan untuk ketemu.
aku tahu kelebihan kau yang hebat dalam bab mengira.
dan kekurangan aku di situ.
jadi aku putuskan untuk jadikan kau cikgu tutor aku.
bukan sebab itu saja.
tapi lebih kepada nak lihat kau dengan lebih dekat lagi.
ternyata kau memang kacak.
indah sungguh ciptaan Allah yang satu ini.
tapi saat kau tanya, "Ain dah solat ke?"
pada suatu petang ditepi padang sekolah,
terasa macam nak buat kau jadi suami aku saat itu juga.
sebab itu hati ini tak toleh ke arah lain sampai ke saat ini.
tak sangka soalan itu yang ditanya.
aku selalu perhatikan kau.
dari jauh setiap petang.
berjalan menuju ke surau sekolah.
hati aku menguntum senyuman.
alhamdulillah kau sangat menjaga solatmu.
ini yang aku cari.
tapi sayang.
itu dulu.
ya. aku tak boleh nafikan.
cerita empat tahun lepas yang meninggalkan cebisan indah.
sebab itu kadang kala aku ingin sekali putarkan filem kisah lalu.
supaya aku boleh menetap di situ sampai bila-bila.
ya sampai mati.
aku harap kita dapat jumpa lagi.
mungkin seperti waktu yang bertarikh 24/4/2012.
aku tak akan lupa tarikh itu.
dimana aku dapat jumpa kau semula selepas tiga tahun.
keajaiban akan berlaku jika Allah mengkehendakinya.
kunfayakun.
aku berserah.
aku bersabar.
ya. aku setia menanti.
terima kasih untuk cinta yang kau tinggalkan ini.
aku bersyukur pernah dicintai orang seperti kau.
kenyataan kau yang satu ini.sangat mengharukan jiwaku sepanjang masa.'tak ada apa yang lebih indah selain mencintai Ain'.samada ia ikhlas ataupun hanya mainan hati.tapi aku dapat rasa ianya ikhlas lahir dari hati seorang lelaki yang aku sayangi.
2 orang manusia cantik:
sweet. :)
:')
Post a Comment