interprestasi hidup.




since gua masuk poli,
alhamdulillah gua dapat kawan kawan yang sekepala.
walaupun kadang kala cakap lepas.
syukur tak sampai ke hati.
sebab gua tahu hati kalian baik.

dalam geng gua yang ada lima manusia itu, (haha bajet nak jadi geng gangster)
gua paling banyak melontarkan kata-kata yang tak berfaedah.
like seriusli. 
gua sangat merapu tak tentu hala.
kadang kala bila gua start cerita yang berunsur lawak kot, (bergosip lawak ke?)
baru mukadimah,
si zalikha farah dah ketawa seperti langsuir tercekik dahan pokok.

macam biasa.
akhirnya gua yang dipersalahkan sebab buka cerita tak senonoh.
haih perempuan perempuan.

memang gua seronok.
ya. kehidupan gua jauh lebih seronok berbanding dulu.
tapi tak bermakna gua terus lenyapkan kawan sekolah gua.
tak pasal pasal kena band jakgi.
mampus aku.

kadang kala kata yang gua muntahkan,
spontaneous kot.
tapi yang tukang gelak over confident.
kalau di tempat tersembunyi tak apa,
tapi ini di library.
ramai manusia menelaah.
memang tak pasal pasal bahu lebam kena tepuk.


memandangkan kami satu geng.
geng paling selamba dalam kelas katamu.
muka ini lah yang selalu keluar awal sebaik sahaja lecturer baru melangkah dua tiga tapak.

pantang ada masa terluang,
perut mesti kena isi.
on time bila makan.
si zalikha farah tak tersenarai dalam gambar.
si kuat makan ketawa langsuir.

bila makan,
bersamamu.
bila buat study group,
bersamamuu.
bila pergi kelas,
bersama mu muu dan muuu.

alhamdulillah.
bila tak tahu nak buat assignment,
kami buat sama sama di library.
kau tanya aku. aku tanya kau.
kesudahannya, 
siap juga assignment walaupun banyak ketawa dari buat kerja.
Business Maths kadang kala membunuhku.

Financial Accounting 1 (FA1) punya kuiz.
tak sangka macam taik.
ku sangka kan panas hingga ke petang, tak sangka hujan di tengah hari.
boleh pulak main sambung sambung buat kuiz. 

Commercial Law lagi menikam tengkuk berkali-kali.
revision book punya lah bosan.
ya Allah lawyer rupanya penulis.
Cik Fardhila bagi contoh pun pening anak murid.

ehem Cik Fardhila Syahira comel belanja gua KFC.
gua tolong dia menaip markah budak Latihan Industri(LI).
"Ain awak ada kerja tak lepas ni? tolong saya buat kerja. saya belanja KFC".
di dalam kelas hari sabtu sewaktu kelas ganti Law.
haha sempat je rasuah gua dengan KFC.

 
dalam kelas,
muka gua antara yang terhadapan. (bajet. ahakz)
semangat tak semangat.
bila belajar pandang lecturer,
lecturer pandang gua balik.
lagi lagi waktu FA1.
encik tersebut siap tenung lagi.
serba tak kena pulak kita. errww psycho-nya.

antara kami berlima ini,
si nur syafiqah paling comel sekali. (aduh statement)
muka like a barbieeee dollllsssss.
cakap kita awak kita awak.
apa ke comel sangat awak ni.
lempang karang baru tahu.

waktu makan adalah waktu yang paling bahagia buat kami.
sanggup menapak naik tangga ke cafe library.
walaupun kelas lagi setengah jam di maktab.
sejuta tapak lagi harus dilangkahi.
perut tetap di manja kan serta di dodoi kan dahulu.
nampak tak nafsu makan itu sentiasa berkobar-kobar dalam diri? 


ya Allah sekarang jadual makan gua sangat on time.
pagi? kadang-kadang. tengah hari? ya. malam? ya.
dulu makan bila terasa lapar saje.
sekarang bila rasa lapar,
terus menapak ke cafe.
sekepala pulak lapar bersama.
comel sangat.

ketawa bersama. 
bergosip bersama.
ku harap kita lapar pun bersama.

kenapa perlu menghubung kaitkan pasal makan ni? (waduh lapar lapar)

disebabkan rumah flat sewa gua agak menyeramkan dengan ramainya kaum adam,
maka bertambah lah populasi tikus jadian di situ.
tikus mondok ada. tikus muncung ada.
sampai oneday tu gua baru balik kelas nak naik atas,
alangkah terkejutnya gua hampir terpijak tikus original.
bukan kepalang jantung gua dup dap dup dap. kus semangat.

main lenyek atas tanah sambil ditemani lalat, sapa tak terkejut beruk?



sebagai penutup kata, eh dah tahun 2013 kan?
haha gua tak ada pun azam tahun ni.
tak sempat nak berazam bagai,
sibuk study. module semua tough belaka.
semua fakta. ya fakta semua.

fokus study azam gua sekarang ni. (nampak berlagak tak?)
tak mau macam semester satu dulu.
walaupun gua dah buat all out waktu final,
tetap result gua sipi sipi je nak 3.0 pointer.
sedih ah cemni kan.

so sem dua ni kita study comel comel k?

nur zalikha farah, nur syafiqah, nur asrina, nor hafizah.
kalian seronok.
walaupun ada yang loading serta pending.
ada yang langsuir.
ada yang suka buat suara comel aduh memang comel pun suara.
ada yang cakap laju.
ingin ku kata kan pada kalian,
semua ber'cahaya' kot. kalian the best!


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)