pembunuh dalam diam.
kelas ganti Commercial Law yang sangat ahhhhh apaaaa punya module niiiiii?
Assalamualaikum. memandangkan dua minggu berturut-turut gua terpaksa menghadirkan
diri ke kelas ganti pada hari minggu, makanya gua makin bijak selepas ini. ya. pointer
gua akan mencanak naik. insyaAllah. nampak tak menyeksaannya di situ?
jelas di situ ya lecturer tak ada kerja pada hujung minggu dan menghabiskan masa
bersama kami dengan mengadakan kelas gantian. huh. benci aku.
hoi sapiqoh. kenapa lu ni comel sangat? HAH? kami gelarkan dia syafiqah si barnie.
tak tahu aihh apa motif dia. seriusly. dia sangat gorgeous. awesome.
gua suka story mory dengan barnie ni. sebab banyak respon dia gua terima.
tak ada lah gua cerita dengan tunggul kayu. *krek krek*
kelas dekat maktab paling gua tak suka. ya. kurang minat. ada certain kelas ok.
tapi ada certain kelas macam tempat kubang badak saja gayanya.
hari isnin kelas semua dekat maktab. seronok. satu tempat dan tak payah menapak
pergi jabatan perdagangan(JP) bagai. nak makan solat pun semua dekat situ. jadi
dengan itu, gua mengambil kesempatan memakai jubahzz walaupun dekat JP
dilarang keras pemakaian jubah. tapi gua tengok ramai je pakai. ahakz.
hari isnin module semua tough belaka. dimulakan dengan Business Maths kemudian
Financial Accounting 1 serta diakhiri dengan Commercial Law. memang setiap hari
isnin kena refresh dulu otak supaya ada ruang untuk masuk benda baru expecially
LAW. ya Allah, pembunuh dalam diam.
nasib baik gua ni jenis yang suka buat nota ringkas. Cik Fardhila kasi contoh, faham kan
dan create ayat sendiri kasi otak bergerak. kawan gua cakap nota yang gua buat
cantik. dia tak pandai buat nota. so? gelakkan beliau.
kadang-kadang berbelit jugak nak faham si LAW ini. memang kalau nak baca serta
menelaah kemudian nak faham kan seorang diri, memang mati bunuh diri jela kau
nanti. tenung sampai tertimbus ayat di dalam buku tu pun, tak mungkin dikau
mengerti apa yang lawyer tu nak sampaikan except ada penceritanya.
tapi dalam membunuh tu jugak, bila gua makin faham contoh yang Cik Fardhila kasi tu.
gua makin jatuh cinta dengan LAW ni. memang itu yang gua mahu. ya Allah, kekalkan
lah minat ini ya Allah walaupun aku paling benci sejarah waktu zaman sekolah dulu.
sometimes lecturer yang mengajar itu pun jadi faktor utama yang menentukan
module tersebut best ke tak. tapi Cik Fardhila ajar best ah. mudah faham. ehem.
memandangkan kami memang hantu melahap merangkap jembalang melantak, lepas
kelas Business Maths pagi isnin tu, kami sanggup menapak ke cafe 1Malaysia yang
agak sejuta tapak dari maktab. kalau kain susah nak melangkah, memang berpuluh ribu
tapak lah jawabnya.
tapi tak ada lah jauh mana. exercise pagi-pagi kot. katakau.
kalau Cik lepas awal, makanya boleh lah melantak mee sup dekat cafe itu. wuhu gua
suka mee sup situ walaupun so so je tapi okay lah tekak gua boleh terima.
si sapiqoh barnie ni pun suka mee sup. kalau boleh kicap pedas tu nak letak semangkuk.
hitam kuah sup dia kerjakan. minat betul pedas minah gebu ni.
kalau Cik tak lepas awal, terpaksa lah menghadap Encik Hazman a.k.a Encik Annoying
dengan perut yang krok krek krok krek. ah bosan betul belajar Account dengan beliau.
tak ada daya penarik betul. last week datang kelas ganti hari ahad semata-mata jawab
kuiz yang setengah jam itu. terasa membara tak dalam diri?
kelas beliau hari isnin tiga jam dan akan lepas pun pukul satu tengahari. sila
pancung kepala sekarang.
kalau dah melantak pagi tu, waktu tengahari kami pergi koperasi beli yang ringan-ringan
saja. macam nak berkelah pun ada. sementara tunggu kelas Law petang tu. lepak
dalam kelas makan sambil borak gelak gelak. fuh puas hidup gembira macam ni.
tarak masalah.
dan dengan ini gua mahu isytiharkan esok hari sabtu merupakan kelas ganti Business Maths
untuk buat Test 1. seronok sangat. muka tengah happy ni. ahakz happy sangat.
nasib baik dah study formula. fuh. semput nak jawab esok, ggrrrr.
ok itu saja. next-update-gua-merapu-lagi. assalamualaikum fellas.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment