Cerita pendek dua tiga kosong tiga satu tiga.
Assalamualaikum. maaf untuk entri kali ini tidak disediakan gambar. entri tak bergambar
tak menarik. hoi shadap you.*pegang kayu hoki*
Okay memandangkan ini merupakan kali kedua selepas setahun yang lalu gua keluar
dengan lelaki makanya perasaan nervous itu makin menebal dalam diri ini. katengko.
mana tahu dalam tengah jalan jalan itu terserempak dengan kaum kerabat tak ke
kena bahan nanti. mati gua serius cakap. ahakz.
keluar sebagai kawan. ya kawan. tapi gua rasa macam keluar dengan bapak orang.
badan tak boleh nak katang lagi Azlan Abdullah?
bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah daripada pertemuan ala ala first date ini,
dia membawa seorang kawan bersama untuk menemani. jadi tiada sebarang fitnah timbul di situ.
nampak sangat tengah buat reunion bersama kawan kawan sekolah bukan? haha.
pertemuan ini merupakan pertemuan kedua yang dirancang oleh gua dan dia. tapi
mujur pertemuan yang kedua ini menjadi memandangkan pertemuan yang pertama dahulu
serupa mahu hentuk kepala dia sebab banyak alasan. kalau tak jadi juga, gua sudah
berjanji gua akan sunat kan dia buat kali kedua. kah kah kah padan muka.
janji nak jumpa dekat mall pukul dua petang. ya gua ikut janji islam. tapi dia ikut
janji melayu. ya biasa lah janji melayu. janji pukul dua tapi datang pukul tiga?
gua rasa mahu hadiahkan dia jam tangan waktu birthday dia 5 April nanti. serius.
disebabkan gua dengan syafiqah terlampau sangat amat lapar ketika itu, kami terus
tuju ke foodcourt atas untuk makan. hah mesti lah makan kan tak kan nak tengok
bola kot? ahaks.
subhanaAllah apa punya ramai sangat orang hari ini? KFC ramai. foodcourt pun ramai.
nasib baik ada tempat duduk. sementara menunggu si Azlan bersama temannya itu,
makan dulu. tapi sejam juga lah nak tunggu dapat makan sebab harimau berpusu-pusu
tengah bayar dekat kaunter. gah. untuk mengelakkan perut kosong tanpa makanan,
kami berdua putuskan untuk beli kaya boy di kedai penjuru foodcourt itu.
gua lapar nasi tapi dapat kaya boy pun kira bersyukur lah. sabar ya perut.
pukul dua petang waktu itu masih tak makan nasi? seperti berpuasa daku rasakan.
sejam gua duduk dekat meja itu, sejam juga gua tunggu si kuntilanak itu. gua tahu
lah jalan jem sebab najib ada datang janji ditepati apa ntah, hai awak tumpang
makan situ ke? haa.
on the way sampai sejam? ini memang boleh bawa gaduh. hahaha perut meragam
tapi dia suruh tunggu dengan sabar. saya memang tengah bersabar lah ni sayang.
kalau tak, dah lama meja dekat foodcourt itu saya bawa balik rumah. ngee
gua dengan syafiqah sampai foodcourt itu pukul 2.15 petang. si kuntilanak itu
bersama temannya tanpa segan silu terkedek-kedek depan gua sampai
pukul 3.10 petang. gua dah nampak dah dari jauh budak pakai baju pink, short pant,
berkasut tapi gua tak expect pun dia cam gua untuk pertemuan pertama kali ini.
ahakz gua nampak gua senyum terus cam lalu gua perli lamanyaaa otw awak ya?
harap dia terkesan. kah kah kah.
nasib baik lah muka ala ala kejambuan sedikit, jadi tidak lah gua rasa menyampah
bila dia pakai baju pink. dalam banyak banyak kaler baju, asal baju pink juga yang
jadi pilihan ni awak? haha buat kelakar.
memang nampak macam bapak orang lah. serius kabo. terasa kecil diriku ini.
suara pun arghhhhh besar gila. takut ai. ahakz.
then waktu itu orang pun dah makin berkurang perut pun dah mula buat orkestra,
gua dengan syafiqah pun pergi beli nasi kukus. gua ajak sekali si kuntilanak tu
makan tapi dengan riaknya dia cakap dia dah makan dekat rumah walaupun dia
dah text dah gua dia memang makan dah dekat rumah haha padahal dia tak tahu
gua cuma ajak ajak ayam saja. kah kah kah.
padahal baru bertemu empat mata hari itu tapi macam kawan sekolah gua buat.
punya lah tak berapa nak malu kan. haha
yang tak boleh blah bila gua hulur kaya boy yang gua beli tadi tu dekat dia,
terus je ambil. tak check dah kot kot gua letak racun tikus ke apa dalam tu.
haha dasar kebuluran. ahakz.
gua hulur mentos, ambil juga. tak tolak langsung. haa Azlan Azlan...
sambil gua makan tu, ada je kawan dia datang tegur. fuhh macam artis hang Azlan.
okay dah settle pasal makan. nervous mula mula tadi je lepas dah rasa selesa
okay jom tengok wayang pula. disebabkan gua dah janji nak belanja dia tengok movie,
terpaksa gua tunaikan.
dia suruh gua pilih nak tengok cerita apa dekat GSC dekat iPhone dia tu tapi
bila gua pilih nak tengok Gila Gila Remaja 2 tu haa okay okay. tapi bila pergi dekat
wayang tu dia nak tengok movie Snitch pula. nampak tak permainan dia dekat situ?
saja nak main main kan gua. nasib baik tak ada orang hampuk kepala semalam.
jika ada sesiapa yang mempunyai masalah untuk tidur, elok benar lah menonton
movie ini. ia mampu buat anda tidur tak bangun bangun. ahakz.
punya lah ramai kenalan, dia pergi suruh kawan dia yang kerja dekat GSC tu
tolong beli kan tiket. dapat yang Children punya. RM6. untungnya keluar dengan kau lan.
hahaha gua pula yang rasa bersalah sebab terlibat sama dalam hal ini.
gua tengok cara kawan dia pass tiket dekat dia pun macam supplier. macam macam.
okay lepastu teman syafiqah pergi dekat Roti boy tunggu parents dia sampai.
hantar je salam salam sikit lepastu blah. haha kesian syeffy.
movie start pukul 5 petang jadi kami bertiga round je lah satu ECM. gua diapit
oleh dua orang body builder. body guard gua pun boleh.
pantang jalan sikit, mesti ada je kenalan dia. tak faham gua apa konsep dia amalkan
sekarang ini. terkenal juga hang ni ya Azlan. budak sekolah lah, budak gym lah.
masa jalan tu setiap kali terjumpa kawan dia, kawan dia dok pandang pandang gua.
dah kenapa?
gua tengok kawan dia semua kecik kecik je, dah dia kenapa macam bapak orang.
musykil gua dekat sini.
waktu tu pukul 4 something kot. naik atas balik pergi foodcourt. gua dengar dia
nak minum je last last pergi makan nasi kukus. ya Allah budak ni, hang makan ke melantak?
bersungguh gila lah makan. gua dengan kawan dia Amin dok usha je dia makan.
waktu tengah makan tu sekelompok kawan dia datang. setiap tempat ada je kawan
hang ya Azlan. baru saya tahu kenapa awak tak suka lepak mall. poyo.
tengah beratur nak bayar pun sempat lagi berborak dengan budak gym. sakit
pula hati kena tunggu. hah.
tiba tiba ada kawan dia datang dari celah mana entah, "Lan, bila nak kawin?"
sambil pandang gua. gua yang sorang perempuan ni terpinga-pinga. melawak gamaknya.
sambil tunggu dia makan, sambil tu gua usha iPhone dia atas meja. geram je nak
godek godek. lepastu gua ambil, "awak, cuba bukak password ni jap. nak tengok jappp..".
"Alahh tak yahh tengok lah tak ada apa apa pun. lelaki je boleh tengok".
"Alahhhhhh tak ada apa apa lah nak tengok. nak tengok kejap jeee".
"Nanti dah sah baru boleh tengok. sekarang tak boleh. lelaki je boleh tengok".
sambil jeling jeliing Amin. geram je gua Amin selamba dok tekan password dia.
perghhh siap hafal lagi.
"awak, antara saya dengan Amin, mana lagi katang?". sambil sengeh macam kerang busuk.
gua pun, "tak payah lah nanti ada yang berasa hati pulak kang". Amin gelak gelak
sambil usha tak puas hati je dekat kuntilanak tu. "tapi biasanya bila saya tanya
orang, orang akan cakap saya lagi katang dari dia". gua dalam hati poyo gila budak ni.
ahakz.
dah pukul 4.40 petang lepas dia siap makan semua merah sampai muka padan muka
hang Azlan sapa suruh makan belacan sampai habis. over gila kau nyah.
kami pun masuk GSC dengan muka masing masing tengah tahan nak buang air.
tukang yang ambil tiket tu pun kawan dia, dok pandang gua macam nak telan ni
kenapa dik?
naik tingkat satu pergi toilet kejap sebelum masuk hall 9. dia pergi ikut belakang gua,
gua nak masuk toilet, "eh eh silap masuk..". mujur tak ada yang patah tulang
belakang semalam. ahakz.
gua siap dulu. gua tunggu kejap..kejap.. dalam 10 minit baru keluar.
gua pun, "woi lamaa nya. buat menda?". "sorry. saya berak kejap tadi awak".
jujur sungguh anak ikan aku sorang ni. kah kah kah. Amin pun tahu malu dok
hoi hoi dekat si kuntilanak tu.
"awak nak duduk sebelah sapa, sebelah Amin ke sebelah saya?". sambil jeling jeling
gua. "haa nak duduk tengah tengah boleh..". lepastu huha huha dok gelak gelak.
sebelum masuk hall, ada kawan dia dok pass popcorn satu plastik besar. gua tak
perasan pun. bila dah duduk, baru perasan. ni untuk berapa orang makan ni?
bapak lah gila banyak! terkejut aii. hahaha. apa yang dia cerita selama ni rupanya
betul lah. kelakar sungguh.
makan popcorn macam dekat rumah sendiri. gua yang rasa tempiasnya orang dok
tengok tengok.
dengan mulut penuh dengan popcorn si kuntilanak tu, "awakkkk tak payah lah malu
malu. ambil je lah. banyak ni". sambil hulur dekat gua. nak ambil hati, ambil juga
lah popcorn tu. nasib baik gelap tak ada lah malu sangatttttt.
tahu tak tengok cerita tu mengantuk gila? rasa nak hempuk kepala Azlan suruh
pergi tengok cerita tu. gggrrrrr tak tahu apa motif cerita tu haaa.
satu je gua nak cakap, cabaran betul duduk dalam tu semalam. okay habis.
dalam pukul 7 petang habis movie tu. lepas dah settle semua bye bye, dorang balik.
gua dok merayap kejap dalam mall tu sementara tunggu abah datang ambil.
konklusinya, baru gua tahu begini rupanya Azlan Abdullah. biasa text je,
dengar suara je last last jumpa tuan dia. ternyata memang lawak dari apa yang
disangka. kadang-kadang semalam dia tengah cakap dengan Amin pun, gua
tiba tiba tergelak. kelakar betul hang budak. next time keluar lagi tak payah bawa
Amin lah, jeleous betul asyik cakap dengan Amin je. macam lah tak jumpa Amin
dah lepas tu. hah
tahniah untuk result SPM ya Azlan. okay lah tu lepas dah nak masuk mana mana.
dia bagitahu gua dapat lain, bila gua korek korek dekat Amin rupanya lain.
punya lah siap nangis nangis lagi bagitahu gua dapat teruk rupanya dapat lagi bagus.
punya lah siap nangis nangis lagi bagitahu gua dapat teruk rupanya dapat lagi bagus.
nasib baik tak kena tendang. hahaha.
walaupun dia muda setahun dari gua kan tapi gua tak rasa pun gua hang dengan
adik adik semalam. gua rasa gua yang macam kanak-kanak. dia lagi matured. katengko.
cuma kawan. ya cuma berkawan.
untunglah si jambu ada dekat Pulau Perhentian sekarang ni kan. jangan lupa bawa
pulang sesuatu untuk saya ye :)
Assalamualaikum.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment