Seakan melemparkan selipar ke muka sendiri.




Cerita ini masih dalam keluaran semalam, makanya ku rasakan tidak busuk lagi jika aku
mahu ceritakan peristiwa seperti di lemparkan selipar ke muka secara berjemaah dan
konsisten sekali. kah kah kah katakau nokss.

ISNIN, 13th MAY 2013. 

Gua serta housemates gua bercadang mahu ke rumah sewa untuk kemas apa yang
patut sebagai persediaan supaya tiada binatang ternakan menumpang di situ dan
buat seperti sarang mereka sendiri. jadi dengan itu, kami pergi pagi itu dan 
yaya merangkap driver kami mengutip sorang-sorang dari rumah masing-masing.

sebelum pergi, pakai cantik-cantik kah kah kah padahal nak kemas rumah je pun
ok stop! lepas kemas nak pergi bandar ok.

then sampai. fuh lama sudah gua tidak meng-exercise-kan diri ini dengan menaiki
tangga flat ini. gua rasa gua lepas gian sebentar di situ. kuang kuang kuang.
sampai rumah buka segala jenis mangga yang berselirat kemudian beri salam
masuk rumah. lalu gua shocked. BERSEPAHNYAAAAA! jerit batinku.

kemudian agihkan tugas masing-masing. di sebabkan bertiga sahaja, makanya
gua basuh peti sejuk. yaya basuh toilet. dan sya kemas sapu ruang tamu.

sebelum kerja kemas mengemas dilakukan, semua tukar uniform buruk masing-masing.
nasib baik ada tinggal sedikit baju dekat rumah sewa.

jadi masing-masing buat tugas masing-masing. gua buka peti sejuk itu dan
sekali lagi gua rasa nak pengsan bau-bauan yang keluar dari arah peti itu. 
WOIII KAKAK NI! TAK NAK BASUH PETI PUN, TOLONG LAH BERSIHKAN MAKANAN
YANG ADA DALAM PETI NI. kau tahu betapa busuknya peti itu dengan suisnya
di off kan then berserta makanan yang memang umphh baunya? mengucap
panjang gua di situ. dengan tuna nya lah, dengan susu lah, dengan buahnya lah.

gua sabar. then gua pergi cerakinkan satu-satu then cuci pakai sabun carry junior.
ahaks. bapak sedap bau carry junior itu. punya lah semangat gua basuh
peluk merecik-recik. dekat rumah sendiri punya lah liat nak basuh peti sejuk,
dekat rumah sewa ewah rajinnya dikau?

selepas di yakini hilang bau, warna dan rasa, gua rasa puas hati sebab gua
berjaya mengkentalkan diri ini untuk basuh peti yang di tinggalkan hampir
setengah bulan busuknya ya salam.

sya mop lantai apa semua. yaya bertenggek dalam toilet sental bilik air kasi
berkilat. then yaya keluar sekejap. gua dengan sya tinggal berdua dekat rumah.
lepas dah rasa semua kerja dah beres, gua dengan sya masuk bilik bermalas-
malasan di hadapan kipas fuh ya Allah sungguh kenikmatannya dapat di kecapi
hanya saat itu. punya lah sedap, baring kejap sampai terlelap.

dalam sepuluh minit. gua dengar suara. gua dengar ada orang ketuk pintu rumah.
gua ingat gua sedang bermimpi tika itu. rupa-rupanya yaya yang ketuk!
sya pergi buka then dia pergi sambung buat kerja dia yang tergendala tadi.

pukul dua something, FINISH ALREADY! lepas tukar baju apa semua. sorang-sorang
di tangan pegang sampah untuk di buang, keluar kunci pintu mangga grill.
turun. gua lega semua dah siap. jadi lepas ni tidak perlu lagi memikirkan apa-apa
tentang rumah itu.

kemudian kami bergerak ke Kedai Buku 1 Malaysia. gua tak pernah sampai ke situ
lagi tapi yaya cakap novel dekat sana banyak gila ok! dan bila sampai dekat
situ ternyata memang novel kiri kanan depan belakang. seriusly rasa nak beli
semua! lagi satu, yang menariknya separuh harga dari harga sebenar novel itu.
dan yang paling penting, boleh guna baucer buku. dan gua memang ternanti-nanti
nak pergi KB1M ni nak habiskan baucer. nampak tak permainannya di situ?


Aku sempat capai tiga buah novel ini sahaja. banyak lagi yang menarik, tapi kan
novel SETIA HUJUNG NYAWA itu paling menjadi idaman kalbu!

kemudian yaya tanya nak kemana lagi. kami ke Taman Gelora untuk manjakan
perut terlebih dahulu. gua rasa perut gua buat dangdut dalam perut ni woi.
bertemankan deruan angin pantai, gua makan nasi goreng kampung beserta
air teh o ais dan air batu kosong. 

lepas dah makan apa semua. perut dah di yakini kenyang, kami ke Teluk Chempedak
pula. okay seriusly sangat tenang dan hari isnin kan mesti lah tak ramai orang.
duduk dekat batu-batuan itu semua senyap. menikmati angin laut. katengko.

kemudian jalan dekat jambatan. gua dapat lihat satu adegan yang begitu romantika
ya di atas jambatan itu. satu pasangan sedang bertarik-tarikan bertepuk-tepuk
tampar apa semua. hei engkau kalau nak bermanja apa semua, jangan dekat sini
ya? orang nak jalan. bangang apa tahu. oh muka kampung rupanya? no wonder lah.

lepas dah sampai hujung, patah balik. eh cop! masa on the way nak patah balik
tu, kami tengok ada orang gila kot dekat ada satu pondok sepanjang jambatan tu.
fuh kus semangat. nasib baik dia tak perasan.

sedang jalan punya jalan, ok meon(monyet) sedang menanti di hadapan.
Ya Allah meon! kenapa masa kami nak baik baru kalian semua nak muncul?
izinkan lah kami pergi dulu.

then ada dua orang abang ni lalu dekat situ datang dari arah belakang. fuh jadi
hero nak halau segala meon-meon itu. kalau kecik-kecik gua boleh terima lagi,
dah kalau stok bapak meon kemana mahu lari? tengok macam nak telan.
dengan atas pokok lagi, dengan dekat tepi jambatan lagi, dengan dekat depan lagi,
dengan jambatan yang seluas kangkang kera itu?

Okay kali ni redha je. pakai jalan pandang depan yes berjaya! bersyukur sangat!
Ya Allah! dugaan lagi. belum lagi keluar dari jambatan tu, ada sekumpulan
meon sedang menunggu. abang abang tu still ada jalan dekat depan.

tiba-tiba ada seekor meon ni meroyan apa benda entah nak bercanda tak kira
tempat woi aku takut tahu tak?!, seakan mahu menghampiri kearah kami.

dan tika itu tanpa berfikir lama serta secara spontaneous, gua dengan sekuat
tenaga yang ada tertarik baju salah seorang abang di hadapan tadi untuk mengelak
dari meon yang sedang asyik memandang ke arah gua seperti mahu menerkam.
padahal gua tak kenal pun abang tersebut. apabila gua kembali ke alam nyata,
baru gua tahu begini rasanya memalukan diri sendiri. kwangajo punya meon!

betapa kuat gua melontarkan jeritan yang ada. gua tengok abang itu tercengang
bajunya di tarik lalu tersenyum. saat itu gua jalan straight tanpa toleh ke belakang
lagi. gua malu. gua tak sedar baju sapa gua tarik. ok gua malu sekarang.

bila jalan sepuluh langkah ke hadapan, gua tersengih sorang. gua tak tahu gua
mahu sorokkan muka ini di mana. Ya Allah malu sangat ya!

nak pergi dekat kereta satu hal lagi. ini padahnya park kereta tempat meon
sekalian bergurau senda. masing-masing dok menghendap takut-takut meon nampak.
menyusup perlahan-lahan masuk kereta tak nak bagi meon nampak!
dan ya! kali ini berjayaaa! fuh cabaran sungguh.

then balik ke rumah masing-masing. terima kasih yaya bawa kami bersiar-siar
tengok dunia luar. kah kah kah.

Assalamulaikum.


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)