#Teknik imbas kembali.




Assalamualaikum. untuk sekian kalinya. jari-jemari runcing aku masih menari-nari menaip
entry berbau selekeh di dada blog. ha gituw. seksinya blog. pakai baju tak ni ha?

Mungkin blog terasa sesak nafas dan perlukan oksigen bilamana sejak cuti semester ini
berlangsung aku seringkali menempekkan muka ke sini untuk menulis sesuatu yang 
tiada kaitan dengan pelajaran jauh sekali yang berunsur kan ilmiah. student life katengko.

Hidup aku sejak cuti semester yang begitu busuknya ku rasakan tanpa melakukan
aktiviti luar lifeless sekali seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. tapi
aku rasa aku kais petang sahaja mungkin. bayangkan tidur jam empat pagi kemudian
bangun pukul dua petang. ha jadi makan petang je lah kan? amendeeee Ain.

Jadi bila aku khabarkan aku kurang makan bila berada di rumah sepanjang hari. teman
aku mesti membantah. pangkah cakap aku. sebab dekat rumah sewa aku lah ratu makan.
aku jenis cepat lapar bila ada dekat rumah sewa. mungkin banyak faktor yang 
mendorong. kedai makan. kedai runcit. seven eleven apa semua. erghh aku rindu kalian.

Tetapi bila ada di rumah. aku foreveh alone. duduk rumah sorang-sorang. kedai pun
jauh dari rumah. adakah sanggup aku nak menapak jauh-jauh untuk membeli jajan
atau aiskrim macam selalu aku beli dekat rumah sewa? hell no.

Ok. mari teruskan sandiwara.

Semalam selepas aku off segala jenis social networks aku. aku terus tenggelam bersama
perasaan sambil dengar lagu favourite melalui corong earphone aku yang berwarna
torquise itu. *ha begitu detail sekali*. lalu aku meneliti angka yang tertera pada 
objek yang di panggil cell phone itu. jam 2:30AM waktu itu. masih terlalu awal untuk
aku melelap kan mata ini. walaupun pada hakikat yang sebenarnya aku begitu 
mengantuk saat itu. entah apa yang merasukku untuk terus stay up. segala mimpi
aku untuk malam itu terbantut dek kerana payahnya aku hendak melelap kan mata ini.

Aku mohon. jangan lah sampai terbawa ke rumah sewa nanti. 

Seperti malam yang sebelumnya. aku suka amalkan teknik imbas kembali ini. aku
imbas semua memori yang pernah aku lalui sebelum ini. aku singkap kenangan 
bertahun-tahun yang terdahulu. sedang aku dalami memori itu. otak aku stuck pada
kenangan yang hampir 14 tahun terkubur. ya memori bersama teman sepermainan
aku sewaktu lewat usia lima tahun dahulu.

#flashback 14 tahun lalu..

Alkisahnya dahulu. aku ada seorang teman. teman seusia. teman sepermainan. teman
bercanda. ya nama pendeknya Akim. teman-teman panggilnya Akim. aku juga. zaman
aku dahulu mana ada iPad segala jenis gadget yang canggih macam budak zaman
sekarang. jadi tempat aku dan dia bermain hanya di luar rumah. kebetulan pula taman
permainan hanya berhadapan dengan rumah kami.

Memandangkan kami berjiran. bukan malahan berjiran, rumah hanya sebelah-menyebelah
sahaja. pagi-pagi dia akan panggil aku untuk turun main bersamanya. kanak-kanak
waktu usia lima tahun begitu yang ada di fikiran mereka hanya bermain.

Aku rasa aku selalu main dengan Akim sahaja kot. memandangkan hanya kami yang belum
bersekolah waktu itu. jadi kami banyak meluangkan masa bersama.

Waktu itu aku nakal. ya teramat nakal. kawan dengan budak lelaki. jadi segala apa yang
budak lelaki main. aku juga turut serta. segala apa budak lelaki cadangkan. aku iya kan
sahaja. sungguh naif aku ketika itu.

Pernah satu ketika. aku tolak si Akim ini jatuh longkang hadapan rumah kami. entah apa
yang aku fikirkan waktu itu. aku pun tak berapa nak ingat. Akim tak melawan.
bila umi tanya,

"..eh tadi kan awak main dengan Akim, mana dia?"

Aku tanpa segan silu dan rasa bersalah ketika itu, terus hala kan jari telunjuk ke arah
longkang di hadapan rumah.

"..Akim ada dalam longkang tu ha..".

Terus kelam kabut mak dia dengan umi. aku buat selamba badak je kot waktu tu?
punya lah perasaan bersalah tidak di tanam dalam dalam lagi seawal usia itu.

Yang aku tak boleh terimanya. Akim senyap je dalam longkang tu ha. tak melawan dah
waktu aku tolak dia tu. mak dia dengan umi sibuk cari dia kesana kemari. rupa-rupanya
dalam longkang! bila aku ingat semula waktu itu, aku tersenyum sendiri.

Kejam sangat aku waktu itu. jadi memang sepanjang masa aku bersama dia. segala jenis
benda kotor dekat luar rumah kami main. Akim ini tak lah lasak mana. biasanya aku lah
ketuanya kot. sebab itu bila aku tolak dia dalam longkang dia tak melawan. 

Waktu zaman dahulu pun ambil gambar siap peluk-peluk lagi. aku duduk depan. dia
duduk belakang. tangan dia siap bersilang lagi dekat depan ha. aku masih simpan lagi
gambar tersebut. rindunya aku waktu itu.

Sampai satu saat bila begitu sekali keakraban kami. umi dengan mak Akim siap nak jodoh kan
kami lagi bila sudah besar nanti. umi dengan mak dia pun kawan baik.

Bila tiba umur kami nak menginjak ke angka enam tahun. masing-masing bawa haluan
sendiri ikut keluarga. aku pindah ke Kuantan. Akim pindah ke Seremban. memang hidup
aku boring gila waktu itu. sebab dengan dia je aku rapat. 

Seminggu sebelum berpindah. aku ada bagi gambar dekat Akim. gambar comot mana entah
aku bagi. aku lupa. dia simpan dalam kocek seluar dia. aku tahu dia juga sayang untuk
berpisah dengan aku. dari umur tiga tahun kot kami bermain bersama.

Dah dekat beberapa bulan pindah. mak dia call umi. tanya khabar apa semua. kalau mak dia
call umi mesti terselit tanya perihal aku dekat situ. aku pun buat malu-malu kucing.

"..ha si Akim tu sebelum dia tidur setiap hari mesti dia tengok gambar si Ain 
tu dulu. rindu gamaknya.."

Ha waktu itu aku buat dengar tak dengar je umi bercerita. budak-budak lagi waktu tu
mana nak ada perasaan apa semua macam remaja sekarang. tapi aku boleh ingat.
macam itu lah ayatnya. yang aku tak boleh lupa. ayat dia sebijik macam itu.

Sejak daripada itu. aku langsung tak pernah jumpa Akim lagi.

Jadi sekarang sudah jejak ke angka 14 tahun aku tak jumpa dia. kenangan zaman
kanak-kanak dulu masih melekat hebat di kotak minda. 

Kalau andai ada jodoh ketemu nanti. mesti masing-masing malu. sekarang dah 19 tahun
dah pun. lamanya perjalanan. walaupun terasa pantasnya waktu merangkak.

Sekarang bila jumpa. mesti malu. padahal waktu zaman kanak-kanak dulu ambil gambar
siap peluk lagi. cuba sekarang waktu jumpa ambil gambar macam itu, mahu kena
pelangkung. kah kah kah.

Sehingga kini. aku langsung tak dengar berita perihal dia. mungkin dah lain. dulu tak
sememeh. sekarang pasti sudah kacak. dulu pakaian selekeh. sekarang mesti tampak
kemas. aku pun sudah lain. tak macam dulu. dulu main pakai short pant pun tak ada 
orang nak marah. ha.

Bila imbas semula. Ya Allah! kelakarnya aku dahulu. tak sememeh orangnya. bila dah
besar pun tak sememeh juga. tetapi masih mampu di kawal rapi. ahaks.

Walaupun sudah 14 tahun. ingatan aku pada insan bernama Akim itu masih sebati dalam
diri. mungkin sebab aku terlalu banyak habis kan masa dengan dia waktu kecil dahulu.

The end.


Berbalik kepada realiti hidup. aku juga turut merindu insan ini. insan yang aku tak ketemu
sepanjang cuti semester ini. insan yang aku perlukan sebagai bantal busuk apabila
di rumah sewa. insan yang aku selalu marah-marah bila tak puas hati ke apa.

ini insan nya.








Ya insan ini punya hati yang baik. walaupun aku baru rapat dengan si Syeffy ni naik
sem dua tapi aku tahu dia baik budaknya. walaupun kadangkala aku rasa nak marah.
kadangkala aku rasa sakit hati dengan dia bukan kerana aku dengki mahupun jeleous
jauh sekali dengan rupa parasnya tapi hmm susah nak describe.

Ya. walaupun aku asyik menghamburkan kemarahan aku entah apa salahnya. dia
tetap senyum. dia tetap layan aku sebaiknya. dia tetap tegur dulu bila dekat rumah
sewa itu. walaupun masa itu aku nak marah dia. dia tegur baik-baik. kemarahan aku
yang datangnya dari pelusuk mana. makin mengendur. aku tak jadi nak marah dia.
aku mula tak sampai hati.

Aku tak pernah lagi tengok dia marah-marah. jauh sekali nak bermasam muka. bila aku
tengok dia. aku mula tak sampai hati tak nak bertegur ke apa semua. sebab dia tak
pernah nak balas. muka pun minta simpati. hahaha.

Kadang-kadang aku marah pun bukan sebab apa. marah dekat orang lain. dia yang jadi
sasarannya. amendeeee lah Ain ni. seriusly. dia kawan yang boleh di bawa berbincang.
walaupun nampak sedikit kemalasan itu, tetapi bila di suruh dia rajin. ha itu lah Syafiqah
Sulaiman yang aku gelarnya si comel barnie ehem.

Kalau bonda tahu aku masih amalkan teknik imbas kembali ini walaupun sudah tamat
sekolah menengah. pasti bonda berbangga dengan aku. hidup bonda! 

Aku baru dapat text. salah seorang mak kawan aku meninggal tengahari tadi. aku
harap kau tabah kawan. sabar. mungkin ini ujian buat kau untuk lalui hari mendatang.
Ain sentiasa support Soleha dari belakang. Al-fatihah.

Assalamualaikum.


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)