Hitung kira.




Assalamualaikum. mengikut firasat aku dan pengiraan imbangan duga yang telah aku 
lakukan sepanjang cuti semester ini. sisa baki percutian yang menjengkelkan ini cuma
tinggal lima hari lagi. ini bermakna kepulanganku dan housemates sekalian ke pangkuan
rumahku sewaku cuma berbaki empat hari lagi? yakin ini bukan gurauan manja?

Jika bisa. sekarang juga aku mahu pulang ke teratak flat yang sudah dua bulan tidak
berpenghuni itu. aku rindu kan suasana manja dan ceria di rumah itu. tetapi apakan daya.
terpaksa juga menunggu empat hari lagi. ya. dua bulan aku bisa menanti dengan penuh
kerelaan di persada cuti cilakak ini. ini kan pula hanya empat hari cuma?

Aku juga tidak pasti. mengapa cuti kali ini begitu hodoh sekali sehingga hampir setiap
hari aku bangun dari tidur cuma lakukan sesuatu yang sama. why hah why?

Aku juga sudah membuktikan. berada di rumah selama dua bulan tanpa berkeliaran
di permukaan matahari mampu memutihkan kulit yang sedia ada gelap akibat memanggangkan
diri serta muka secara rela sewaktu kelas sehari-hari ketika di semester kedua lalu.
apakah sifat kebangangan yang sedang bersepai dalam diri ini?

Juga. sewaktu di rumah sewa aku yang pada mulanya memiliki metabolisma yang cukup
tinggi dalam badan gemuk serta merta di bahagian paha dan betis sehingga short pants
yang aku pakai saban malam tidak mampu menampung lemak yang terkumpul bahana
nafsu yang tidak mampu di kawal ketika kedai makan di bawah flat mengeluarkan sesuatu
bau yang bisa buat iman aku berkocak. pergh ini bahaya.

Tetapi sejak kepulanganku ke rumah sendiri sejak sebulan yang lalu. aku perasan. 
kaki yang berbelang kini makin hilang warnanya walaupun tidak menyeluruh. short pants
yang dahulu sendat sehingga tiada ruang untuk oksigen. sekarang sudah bernafas
dengan tenang kembali. tengok lah naik semester ini. kalau tak sendat semula, terkoyak.

Sudah aku bilang. apabila berada di pangkuan keluarga. aku bukan seorang pemakan orangnya.
jarang sekali lihat aku menerkam makanan yang ada di dapur dengan pelahap sekali. tidak.
aku cuma pelahap apabila di rumah sewa. di sana banyak faktor mendorong untuk aku
jadi seorang gelojoh hendak kan itu ini. syafiqah pula begitu handal dalam bab hasutan
makanan. aku pula jenis tak tahan hasutan kalau bab makanan ini. maka habis cerita.

Lalu di rumah. aku cuma sendiri. tiada penghasut melainkan syaiton. aku tak makan hasutan
syaiton. hasutan syafiqah lebih dasyat. katengko.

Pada aku. aku akan makan sesuatu yang ganjil bagi aku jika ada teman untuk makan bersama.
biasanya syafiqah akan jadi peneman aku itu. dia yang selalu kenal kan aku pada sesuatu
yang aku tak biasa makan dahulu. tapi pada syafiqah pula. dia tak hirau orang lain.
janji perut dia kenyang sudah. katanya.

Nama sahaja rumah sewa. rumah yang disewa. penuh kelengkapan dapur ada itu ini. tetapi
anak dara yang ada di dalamnya bukan pemalas untuk masak tetapi lebih suka yang
instant. hahaha jadahnya sanggup turun naik tangga flat. apa orang kata? baik untuk
kesihatan jantung. ha gitu.

Kenangan yang paling tak dapat aku lupakan sepanjang semester dua lalu sehingga terbawa
ke hari ini ialah aku pernah belanja sampai RM20 sehari. mana taknya. setiap kali class break
pergi meronggeng ke koperasi. sekali masuk koop RM10. terkejut beruk juga aku. tapi
salah aku juga koperasi itu memang suka cekik darah student. tapi dekat maktab, situ saja lah
koperasi. hmm.

Then balik rumah makan nasi pula dekat bawah. ada lah menelan belanja RM10. uncle kedai
sampai kira dua kali takut dia kira salah. padahal aku memang melantak banyak sebab lapar
sangat kot. dalam hati macam nak menangis teringat RM20 belanja haritu. tapi duit boleh
dicari, perut yang lapar biar dimanja-manjakan. biarkan.


Rindu sungguh mummy dekat anak mummy yang debab sorang ini tahu. bukti aku bagi dia
cukup makan. sihat macam ini tahu tak. perhatikan tangan lah. sayang betul aku dekat dia.

Disebabkan aku suka berceloteh setiap pagi persis ayam berkokok kejut mereka semua,
digelarnya aku mummy diorang. aku tak kisah. tapi masalahnya dalam ramai-ramai itu
aku yang paling muda sekali. anak-anak lebih tua dari mummy nya? haha ini lucu.

Kata kak Azie, "kalau tak ada Ain, kak Azie rasa tak bangun dorang semua ni..".
Kata yaya pula, "Ain ni macam mak yaya lah hahaha..".
Kata kak Farah pula, "Jadi mak lah Ain..".

Kata Syafiqah pula pada suatu petang aku balik ke rumah sendiri, 
"..mummy, kiteorang nangis dekat rumah ni rindu mummy. nak susu!". aku pun apa lagi
layan lah conservation itu supaya lakonan lebih berkesan.
"..alah mummy pun rindu anak mummy tau. susu ada mummy simpan dalam peti ye.
baru fresh..". bangang tak bangang aku layan gila si syafiqah ini. sepanjang aku type
text itu aku gelak guling-guling atas katil. gila.

Oleh kerana syafiqah insan yang paling liat untuk bangun pagi. aku akan kejut dia paling
lewat sekali dan paling lama mengambil masa untuk kejut dia. kalau geram tak bangun 
sangat. aku tepuk kuat-kuat pungkuk dia lepastu aku akan dengar dia menjerit nama aku.
satu kepuasan bagi aku. kah kah kah.

Jujurnya. aku rindu suasana itu. aku rindu nak menjerit. aku rindu nak huha huha. 
aku rindu nak ceria kan rumah itu. di rumah sendiri bukan tidak ceria. cuma di sana lebih
terasa keceriaan itu bila berada dalam kalangan teman-teman.

Aku dengar course Accountancy semester ketiga tak banyak kelas sangat. maka masa
aku akan banyak terbuang bersama si syafiqah. yang paling aku tak sabar nak tunggu.
first day puasa nanti bersama housemates. ada juga kiteorang bercadang nak masak saja
untuk sahur dan berbuka tetapi itu hanya perancangan. ya semester lepas bercadang
begini juga last-last sahur makan nestum dengan biskut sebab mengantuk sangat.
berbuka pula beli lauk dekat bawah kemudian cuma masak nasi. jadahnya perancangan
tak berapa nak rapi.

Assalamualaikum.




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)