Sandiwara.




Bila aku duduk sendiri. aku suka mengelamun. pandang syiling bilik sambil tangan silang
belakang. lalu aku flashback saat aku mula kenal kau. nak kata aku menyesal kenal
dengan kau pun. tak boleh. jodoh pertemuan itu semua Allah sudah aturkan. itu takdir.
jadi buat apa aku salahkan takdir temukan aku dengan lelaki berperangai hodoh serupa
kau ini? maka aku redha.

Aku sudah berjanji pada diri. aku sudah bisik kan pada kenangan lama. walaupun aku
bertemu dengan lelaki selepas tercetus kenangan itu. maka aku akan anggap mereka
sebagai teman. tak mungkin selebih itu. sebab hati aku cuma satu. tak akan sama sekali
aku kongsi pada yang lain. bagi orang sentuh sesedap perasaan. sehingga kini cinta aku
cuma untuk cinta pandang pertama walaupun empat tahun satu jangka masa yang lama.
aku yakin itu mustahil untuk aku gapai. tetapi aturan Allah itu tetap yang paling cantik.
aku berusaha tanpa pengetahuannya. maka aku tawakal dan berserah.

Bagi kau si berperangai hodoh. aku tahu iman kau tidak kuat. juga iman aku. tambahan
pula bila perempuan berada di samping kau. kucing mana tak mahu menyambar ikan
favourite nya apabila di hadapan mata?

Aku juga bukan lah perempuan yang terlalu baik untuk di sanjung. cuma aku minta secebis
rasa hormat kau pada aku. aku tidak minta tawar-menawar rasa hormat itu. aku cuma
minta kau hormat aku sebagai perempuan. itu pun sudah terlampau berat untuk kau turuti.
bagaimana yang lain nya?

Bagi kau si bermulut manis. pegang tangan bersentuhan sana sini itu sesuatu perkara
normal yang kau boleh buat bila bersama perempuan yang kau suka.

"alahhh. pegang tangan sikit je kot. tak akan nak marah bagai nak rak macam ni?"

Tapi bagi aku pula. itu bukan perkara yang normal. itu abnormal bagi aku. sesuatu yang
ganjil bagi aku. sesuatu yang jijik bagi aku. sesuatu yang aku rasa seperti di sentuh
dengan najis yang berat. sesuatu yang aku rasa kau sedang beri maruah kau untuk di pijak 
lumat oleh aku. kau tak rasa terhina?

Bukan cara aku suka menghina orang. tetapi kalau yang macam kau ini. kau sendiri yang
datang bersujud depan aku untuk hina diri kau. sebetulnya kau sedang menghina diri kau
sendiri di hadapan aku. itu yang sebenarnya. mungkin juga itu sesuatu yang ringan
pada kau. tapi berat pada aku. aku mula rasa jijik nak kenal kau dengan lebih lama.

Seperti yang aku katakan. iman aku juga senipis kulit mangga. aku juga kadang rapuh
bila berada berhampiran dengan lelaki. tetapi sehingga kini. aku masih mampu mengawal
gelodak nafsu. aku masih mampu kawal gerak geri syaitan yang cuba hasut aku dari dalam.
aku masih mampu kawal semua itu. cuma satu. nasihat umi sendiri hadir saat hati aku
perlukan. kuasa pesanan umi lebih hebat dari kuasa syaitan itu semua. alhamdulillah aku
dapat berfikiran secara waras. aku mampu. kenapa kau tak cuba mampu kan diri?

Kita cuma berkawan. dan tak lebih dari itu. tetapi kenapa reaksi kau seperti kita sedang
hangat bercinta? aku jadi pelik. nak sweet-sweet? sweet kepala hotak awak!

Sewaktu aku mula kenal kau di alam maya. kau boleh di buat teman. kejujuran kau itu boleh
di buat pedoman untuk aku. cara kau kadang-kadang buat aku jatuh cinta. lalu aku cuba
tepis perasaan itu. aku sudah janji. maka tak akan.

Kita baru kenal beberapa hari. kau sudah mula berani berkisar perihal kisah hidup kau. aku
tahu kau perlu kan teman untuk berkongsi cerita kau. aku ada. aku dengar cerita kau
sehingga lewat pagi. satu benda aku suka bila texting dengan kau. tulisan yang kau guna
bukan tulisan rempit. ayat penuh. aku suka.

Aku ingat lagi. kita kenal 17 Februari tahun ini. aku nampak kau baik. kau cerita semua
kenakalan comel kau itu dekat aku. mula saat itu aku jadi pendengar setia. kau langsung
tak selindung. baik buruk kau semua kau cerita dekat aku. aku nampak kejujuran melalui
cerita kau itu.


Kau langsung tak selindung. baik buruk kau semua kau cerita pada aku. macam aku sudah
kenal kau bertahun-tahun. kau begitu jujur sekali.

Kau pernah cerita. dulu waktu sekolah ada sekelompok student cina tengah celebrate
birthday party dekat kantin sekolah. kau pula tengah makan waktu itu. mereka nyanyi
lagu 'Happy Birthday' kuat gila waktu itu sehingga mengganggu konsentrasi kau sedang
melahap ayam goreng. kau geram. kau baling tulang ayam dekat sekelompok cina tadi.
tapi mungkin nasib kau tidak begitu baik pada ketika itu..

Niat kau supaya sasaran itu tepat terkena pada salah seorang student cina yang ada
di situ. tapi malangnya terkena cikgu disiplin tulang ayam tadi. kau buat selamba badak
kau dan terus melahap makanan yang masih berbaki. terus kena panggil masuk bilik disiplin.

Kau pernah cerita juga. ada satu hari itu kau main pistol mainan nak kenakan cikgu tengah
makan. then terkena dahi cikgu. kau gelak bersungguh di sebalik pokok. cikgu itu cari
siapa pelakunya. kau ingat cuma kau seorang berada di situ saat itu. rupanya kawan kau
yang lain jadi tukang gelak juga. maka semua sudah terbukti..

Sekali lagi kau di panggil masuk ke bilik disiplin. sejak dari hari itu. cikgu disiplin anti gila
dekat kau. pantang bertembung muka dengan kau. pasti ada sahaja kesalahan yang kau
buat. tetapi aku gelak saja. bagi aku nakal kau nakal yang comel apa. aku masih
mendengar cerita kau dengan tekun dan teliti sekali.

Kau juga pernah cerita. dulu kau pernah masuk sekolah sukan. orang luar nampak dari
luaran begitu heaven nya sekolah itu. tapi dalam sekolah itu..

Kau selalu kena buli dengan senior. kepala kau pernah kena pukul dengan kayu hoki gara-gara
tak beli sarapan untuk dia. aku dapat rasa pukulan padu itu bila mengena ke kepala.
kejamnya aku rasakan.

Kau katakan juga. setiap orang kena menggosok baju senior tujuh helai seorang walhal
seterika hanya di sediakan satu sahaja di setiap blok. kadang kau cakap sehingga tak tidur.

Aku dapat bayang macam mana perasaan kau waktu itu. tapi kau cakap sekolah sukan itu
perfect gila! best! aku pun kagum dengar kemudahan yang ada dekat situ melalui
penceritaan kau. tapi menderita..

Kau pernah kena tangkap dengan guard sebab keluar pukul tiga pagi untuk beli makanan
untuk senior yang kebulur tengah malam. sadisnya hidup kau. aku masih mendengar.
sedih semua cerita kau, bagi aku. selepas kau pindah sekolah. kau pula buat perangai
nakal comel kau itu. bagi aku lawak. kau tak jahat. cuma nakal. nakal yang comel.

Masih banyak cerita kau. tapi itu saja yang boleh aku proses saat ini. kau handsome, aku
tak sangkal. kau ada air muka yang manis. tapi sayangnya. kau tak mampu kawal lagi
hasutan halus di telinga kau itu.

Putaran hidup manusia. kalau kau masih tidak berubah. aku yakin kau akan dapat jodoh
sebagaimana diri kau sekarang. 

Bukan cara aku suka terhegeh dekat orang bila orang dah tak suka. sebab itu hidup aku
jadi mudah. aku boleh jadi kawan yang baik. tetapi sekali kesempatan itu di ambil.
mulai saat itu aku tak kenal lagi siapa kau. nama kau pun aku jijik nak sebut. apatah lagi
pandang kau. jadi aku tak hairan pun manusia sebegini merangkak pergi dari hidup aku.
tapi aku percaya. manusia boleh berubah. aku tunggu perubahan kau itu. aku harap.

Aku tak sangka kau macam ini. unexpected. tapi aku percaya zaman sekarang sukar nak
cari lelaki yang tak pegang perempuan. kalau ada pun. minoriti. entah tak jumpa. kot?

Kadangkala aku terfikir juga. kenapa aku jumpa orang macam kau? sebelum ini aku pernah
jumpa lelaki yang tak pernah ambil kesempatan dekat perempuan. jadi aku kembali
kepada realiti hidup. mungkin Allah sedang menguji iman aku? alhamdulillah aku masih 
punya iman yang tidak seberapa ini. kemudian Allah meletakkan jurang antara aku dan kau
kerana DIA sedang melindungi aku. syukur. Allah masih sayangkan aku dan lindungi aku.

Aku anggap perkenalan singkat aku dan kau sebagai ujian. Allah nak uji takat mana iman
aku. takat mana aku mampu mengawal diri aku dengan lelaki seperti kau. ya, aku di uji.
aku tak menyesal. ini namanya takdir. jurang yang Allah letak ini pun takdir. jadi aku bersyukur.

Assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)