Halusinasi.



Alkisahnya begini. aku punya dua kisah mahu di kisah kan disini. maka untuk memudahkan
urusan aku. aku pungut dua kisah itu dari saluran otot-otot di mindaku ini untuk hasilkan
satu entry yang begitu awesome. ha pantas dan efisyen.



KISAH PERTAMA: JAMUAN RAYA JABATAN PERDAGANGAN 2013.

Bertempat di Dewan Seri Makmur pada 21 haribulan kalau tak silap aku lah aduh dah
lupa ok ok rabu lepas. jamuan raya jabatan. nak gah, buat dalam dewan. tak tahu
ke kalau dalam dewan crowded gila dan panas nak mampus. tak fikir ke? hot tahu hot.

Memang hari itu kelas semua cancel lah. aku fikir boleh makan apa semua bergembira
huha huha huha tetapi sangkaan aku meleset 360 darjah persegi. jadahnya.

Bagi student Akauntansi cuma dapat makan mee kari dengan nasi impit yang tak berapa
nak impit sangat macam bubur nasi pun ada aku tengok. menyampah. nampak tak
tiada pilihan di situ. aku pakai dress biru. aku fikir juga kalau aku makan mee kari
nanti nak jadi peristiwa mandi kuah kari baik aku makan nasi impit tapi aku rasa macam
makan bubur. nasib baik kuah kacang agak aummm.

Dari rumah macam semua housemate aku bermalas-malasan nak pergi. dah bayar kan,
kena pergi. itu tak adil namanya. jadi kami decide nak pergi lambat. dalam jam 9 pagi
baru gerak. padahal jam 8 pagi program dah bermula. aku tahu janji melayu.

Setibanya ke dewan tak rasmi apa kebendanya pun lagi. haha janji melayu kan.

Housemates aku bangun awal kemudian main makeup sesama sendiri. aku di bilik senyap
tempek moisturiser dan bedak silky girl di muka pun sudah cukup macam ke kelas seperti biasa.
ada yang suruh aku pakai eye liner. aku cuma mampu gelak dan gelengkan kepala. 
eye liner itu macam mana nak pakai?

Blue theme. aku ikut tema. baik sungguh aku sebagai student jabatan perdagangan ini ya.

Nak ke dewan terpaksa melalui satu fasa di mana ramai makhluk yang tidak bertudung
iaitu kaum adam. sumpah fasa ini paling aku kurang enak.



Aku yang dress biru, shawl dan yang paling tinggi. hahaha sikit. aku benci biru sebenarnya.
tak berapa gemar. tetapi entah mengapa raya hari itu aku tiba-tiba minat colour dia.
kemudian bila Zul cakap blue theme. aku pun apa lagi capai dan pakai.

Bila sudah ambil makanan dalam dewan. kami terus lepak luar dewan dan ambil port
atas jalan. bapak gembel wei.

Harap je dewan ada air cond tapi haprak tak rasa sebab crowded bak hang. choi.


Sudah puas makan. manusia biasa mesti lah nak ada gambar untuk buat kenangan.
kenangan sangat. typical students.

Macam macam gaya buat. cerita dia sekarang bukan penat makan aku rasa. tapi penat
bergambar. sumpah penat woi. woi woi.

Aku tak faham kenapa diddy selalu join kami bergambar sana sini mesti ada dia. haha
mungkin diddy berusaha nak jadi seperti kami? nak jadi perempuan ke diddy? kahkahkah.
free hair pun boleh lah diddy.

Nak kata jamuan ini seronok. ohh seronok lah juga. sebab? sebab kerana ada jamuan
ini lah aku terpaksa bawa laptop dalam beg mickey mouse aku untuk jawab 
test UBS lepas jamuan tup tup kelas cancel. mohon sabarkan aku sekarang.

Habis jamuan beli makanan sebab tak kenyang kemudian naik ke rumah kemudian
makan dan ketiduran. beruang kutub biasa lah.


"Ain, sengetkan sikit kepala Ain. tak nampak Nana dekat belakang ni.."-Nana

"Woi Ain kepala kau besar sangat. tak nampak yang belakang.."-Diddy

"Bapak biadap korang semua. baik kali ni aku mengalah.."-GUA

Konklusinya makan tak kenyang mana tapi bergambar sakana. tak faham apa konsep
semua ni woi. ahaks.

Last but not least.




***

KISAH KEDUA: PHOTOSHOOT KELAS



Hari khamis lepas kelas Financial Accounting 2 Anis cakap lepas ini ada photoshoot dekat
sebelah koperasi. kata jam 10 pagi tapi kiteorang sempat pergi makan dulu.

Aku cuma nak bilang. nasi lemak kalau makan waktu siang memang mengantuk woi.
tolonglah faham aku tersengguk-sengguk.

Photoshoot sangat kan. tak semua ada. ada yang tengah buat kerja dekat library jadi
tak ramai dapat join. tak apa lah. asalkan ada wakil.



Nak tergelak tengok muka sorang-sorang k. serious talk. sumpah kelakar. apa ke happy
muka masing-masing.


Accountant-to-be. In sha Allah. ada rezeki, ada peluang, ada lah. Zul sangat comel ok.
sungguh tak tipu. aummm.

Kali pertama dan terakhir aku pakai blazer ini. dengan busuknya ditambah berpeluh.
eyuck! disgusting.


Aku suka betul dengan gambar ini. semua macam berkeyakinan. berkeyakinan dengan
blazer yang super busuk itu kah? haha muka menahan. photoshoot punya pasai.


Hafiz kumbang jambu di antara bunga-bunga. classmatesku, kecintaanku. 

Ok habis cerita. alhamdulillah esok kelas mula jam 12 tengah hari. jadi pagi esok boleh
tidur sepuasnya. aku kemaruk tidur sebenarnya. aku kalau tak cukup tidur, suara
mula nak seksi bagai. badan penat. fiuh.

Bercerita perihal praktikal untuk semester empat akan datang. aku sudah dapat tempatnya.
alhamdulillah untuk yang entah ke berapa kalinya. bersyukur sudah dapat tempat dan
tak perlu fikir lagi dan boleh hidup dengan tenang. kau tahu lagi tak settle dan tak
dapat cari tempat praktikal selagi itu kepala kau akan senak sebab kau akan rasa sendiri
diri kena berusaha cari tempat. bukan senang. sebab kalau bahagian audit atau akaun
satu syarikat cuma nak kan seorang ataupun dua orang student praktikal dan semua itu
harus wujud perlumbaan. kalau tak, kau kena tinggal di belakang tahu?

Aku dapat satu Wisma dengan Syafiqah. tapi syarikat lain-lain. aku tingkat dua dan dia
tingkat satu. tak apa tak kisah. asalkan ada geng nak lunch ke apa nanti. perghh
dah imagine ke hadapan.

Nama company aku Quorom Secretarial Solution Sdn.Bhd. salah satu syarikat secretary
tak silap aku dan ada bahagian audit. cuma nak dua orang student praktikal.
dan yang pasti partner aku untuk praktikal nanti adalah lelaki. sebab dua orang itu
lelaki dan perempuan. mohon perangai partner aku nanti baik-baik sahaja. cuak juga aku.

Aku juga mohon supaya semester empat cepat berlalu dan semester kelima aku kembali
ke Poli tercinta (sangat) semula. kemudian semester keenam. perhhh cepatnya.

Aku sudah letih sangat. badan perlu di charge. aku beradu dulu. assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)