Sampah mulia.



Tahun berganti tahun. adakah rasa itu akan tetap sama wahai cinta?



Dalam kelas. aku suka berborak dengan lelaki. sebab aku rasa mereka lebih jujur daripada
jantina yang sama naluri dengan aku. aku gemar bergurau apa jenis topik pun dengan
mereka sebab aku rasa mereka lebih ikhlas menerima. dan yang penting, tidak langsung
bawa ke hati.

Di luar serious talk aku jarang ada kawan lelaki. kawan lelaki aku boleh kira dengan jari.
tak sampai sepuluh tak pun tak sampai lima pun. aku takut dengan lelaki sebenarnya.
aku takut aku tak kuat iman. aku takut aku termakan semua janji manis busuk sampah.
jadi langkah yang aku ambil tidak mendekati lebih rapat spesies itu.

Tetapi kalau kawan lelaki classmates aku bergurau dengan mereka macam aku bergurau
dengan kawan baik aku sendiri. aku jadi ramah. tahu aku rasa itu semua spontaneous
tanpa ada simpan apa-apa rasa. tahniah untuk aku.

Jenis aku. aku tak suka bercinta satu tempat belajar. serious shit. kadang-kadang kau
boleh lupa kawan kau yang ada di sebelah. tapi itu hak masing-masing. tapi bagi aku
memang sampah lah kalau kau sampai sanggup pinggirkan kawan kau sendiri. sebab itu
aku langsung tak hairan ada couple dekat Poli aku itu ha. cukup hanya insan itu. titik.

Aku memang nampak macam sombong. tapi kalau orang dah kenal aku lama, mereka akan
tahap hyper aku itu sampai ke tahap mana. semua bentuk gurauan aku, semuanya
spontan.

Tapi aku benci. dan aku rasa semua orang benci bila part ini. bilamana depan kita 
hamba Allah ini berlagak suci macam kain putih yang tak pernah kotor tapi belakang
kita dia tikam secara diam. sampah macam ini patutnya kita pulaukan dia secara berjemaah.

Bila kau buat salah, aku diamkan. tetapi bila aku buat salah, kau jaja salah aku macam
anjing tengah gonggong tulang di mulut. sampahnya kau ya.

Aku tahu tak guna aku berdendam. siapa berak tepi jalan kemudian mahu mengaku?

Sebab apa. orang begini depan dia pandai berpura-pura baik. tapi belakang mulut macam
najis kumbahan. sampah tahu?


Aku fikir kalau berdendam pun tak ada sudahnya juga. nanti perangai aku lebih kurang
sama dengan sampah itu.

Memang manusia tak ada yang sempurna. semua pernah buat silap. semua pernah buat
salah. tapi kalau mistake itu terang-terang kita boleh elak, kenapa kita masih ringan kan
mulut untuk memproses dosa? 

Dah besar kan. aku rasa kau boleh fikir sendiri. cuba think positive.

Aku anggap kau kawan. aku pun tak pernah niat nak memperdajalkan kawan sendiri.
sebab itu aku kawan sekadar kawan sahaja. tak mampu sampai jadi rapat. sebab aku
takut bila kau tikam aku kelak, jiwa aku mati untuk terus lihat muka kau. itu je.

Kita kawan. tapi since kau buka salah aku. aku rasa kita bertegur ala kadar sudah.
tak semesra semalam. tak seikhlas kelmarin.

Sebab setiap kali aku nak bergurau dengan kau seperti biasa, aku rasa aku jadi seorang
pembohong. gurau aku gurau tak ikhlas. tak jujur seperti selalu.

Aku berusaha dan ikhlas nak berkawan dengan kau tapi dalam diam kau sebenarnya
batu loncatan yang lebih hebat dari batu api.

Aku tak salah kan kau. sebab aku tahu mungkin terlepas cakap. tapi bagi aku sampah
tetap akan jadi sampah. tak boleh nak jadi intan batu permata semula. tak boleh nak
kembalikan keikhlasan yang dulu. semua fake.


Aku tolong kau. sebab aku fikir aku ada dekat tempat kau macam mana rasa. aku tak
tahu orang akan tolong kau ke tak kalau tahu perangai sampah kau itu.

Kalau begini. cukup cuma kawan biasa semata. usah terlalu bergantung sama.
kelak risau ada yang merana.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)